Sep 13, 2017

Membeli belah barangan bayi di Babydash.com.my




Pernah dengar mengenai laman web babydash.com.my? Rasanya ramai dah tahu kewujudannya. Maklumlah sekarang ni semua orang lebih suka membeli barang keperluan mereka secara dalam talian sahaja. Teknologi di hujung jari. Yaya sendiri pun kebanyakannya membeli barang keperluan Dahlia secara online je sebab nak pergi kedai barangan baby bukannya dekat lepas tu tak semua barang yang kita nak ada dalam sebuah kedai sahaja. Teruja juga bila Babydash menyediakan platform untuk ibu bapa bagi memudahkan kami mencari barangan keperluan si kecil.


Babydash menawarkan pelbagai barangan keperluan ibu dan juga bayi mereka. Dari pilihan lampin, makanan formula, barangan menyusu, produk mandian, permainan yang berbentuk ilmiah, pakaian dan pelbagai lagi terdapat di lawan web Babydash. Babydash juga mempunyai komuniti keibubapaan yang sentiasa menjalankan aktivit seperti ceramah konsultasi bagi ibu yang menyusu, ceramah berkonsep keibubapaan dan pelbagai lagi. Bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Babydash, mereka juga secara automatik akan mendapat poin percuma apabila mereka login, membuat pembelian, membuat review dan poin atau mata itu boleh digunakan sebagai diskaun untuk pembelian yang seterusnya!





Memang rambang mata sungguh apabila menerjah ke laman web Babydash ini. Yaya boleh leka sampai berejam sebab seronok tengok barang keperluan yang ada disini. Pendek kata, kesemua barangan keperluan bayi dan ibu boleh didapati di laman web Babydash.


Yaya telah dijemput untuk melawat ke warehouse Babydash yang bertempat di Petaling Jaya. Babydash yang telah mula bertapak sejak 6 tahun lalu menawarkan pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi pada harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan, pada setiap hari rabu, kita boleh membida barangan di Babydash pada harga yang sangat berbaloi.


Yaya telah melihat sendiri ruangan stok barang di warehouse Babydash. Kesemua barang ditempatkan di rak mengikut spesifikasi masing-masing. Adoi rasa nak cekau je semua bestnya lahai bila melihat sendiri kebanyakan barangan keperluan bayi. Kebetulan Dahlia baru 3 bulan lagilah Yaya teruja bila tengok kesemua barangan bayi ni.


Disini juga terdapat staf yang sudi memberi nasihat dan pendapat tentang pilihan barangan yang Yaya perlukan. Kami diberi masa 10min untuk membeli belah barangan yang kami inginkan. Sambil-sambil tu kami boleh melihat barangan yang terdapat di laman web Babydash sambil dibantu oleh staf Babydash. Seronok betul pengalaman berada di warehouse Babydash ni hihi.




Taraa! Ini pilihan barangan yang Yaya beli masa ni. Jumlah kesemuanya lebih dari RM250. Yaya beli wipe tissue Drypers serius best gila wipe tissue ni lembut je, baby safe bath net dan juga baby food processor jenama Autumz. Seronok pula dapat beli baby food processor tu pada harga runtuh. Tak sabar nak buat pelbagai menu puree dan bubur untuk Dahlia Safiya nanti ^_^


Antara aktiviti semasa lawatan ke warehouse Babydash. Terhibur sungguh semua dengan keletah badut ni. Hihi


Ni kalau Dahlia dah besar seronoknya mesti dia buat lagi sepah hahaha. Comel sangat anak Fadzi Razak dan anak Kak Diya Nadia :)


Ketika aktiviti lucky draw dijalankan. Gigih iols tunggu rupanya iols tak dapat nombor lucky draw masa daftar hahahaha! Tapi thank you Kak Diya yang bagi hadiah lucky draw dia berupa rompers baby kat Yaya. Irreviuuuu < 3 Haa korang jangan lupa dapatkan barangan keperluan dan penjagaan bayi di Babydash tau! Selamat rambang mata :p


Untuk maklumat lanjut :

Website : https://www.babydash.com.my/
Facebook : Babydash
Instagram : @babydash.com.m




Terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. Wah...menarik tq for sharing...

    ReplyDelete
  2. Wahhhh bleh terjah ni,lama tak shopping brg humaira dok abiskan n pakai hadiah org bg je,macam ada mainan tu,skrg dok usha mainan yg bleh rangsang minda dia.

    ReplyDelete
  3. boleh rambang mata tengok barang baby

    ReplyDelete
  4. Hr tu xdpt prgi event babydash wuu beshnyaa

    ReplyDelete
  5. Wow...seronok ada baby anak kan , leh attend event best camni

    ReplyDelete
  6. senang kalau gini. ada apss tk susah dan pening la nk cari barang baby leh kurrier

    ReplyDelete
  7. Banyaknya barangan baby terus rasa nak ada baby lagi

    ReplyDelete