Aug 11, 2015

Pengalaman Yaya menjadi kanak-kanak semula di KidZania Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua 

Kai zemua! Hihi. Kenapa Kai? Sebab ianya bermaksud Hai atau Hello dalam dunia Kidzania. Seronok sangat bila dapat peluang menjadi kanak kanak semula. Yaya bersama rakan blogger yang lain pun turut serta! Ada yang jadi Pilot, Technician IT, Bomba, Nurse dan macam macam lagi. Boleh juga belajar buat Coklat Cadbury. Oreo, Air Spritzer, Vitagen, Burger Marry Brown dan lain lain. Haaa teruja tak? Haha. Yaya rasa nak pergi lagilah! Sebab pada 22 Ogos dan 29 Ogos 2015 nanti Kidzania akan memberi peluang kepada orang dewasa untuk menjelajah dunia kanak-kanak di Kidzania! Yahuuu!


Jom baca pengalaman kami di Kidzania Kuala Lumpur! ^_^


Yaya bersama geng yang bergerak bersama di Kidzania. Hihik


Bila mendaftar masuk, korang akan mendapat sekeping cek yang akan ditukarkan kepada wang kertas di CIMB Bank. Wang itu nanti bolehlah korang gunakan untuk belajar buat sesuatu pekerjaan dan juga boleh tambahkan ia semula dengan membuat sebarang pekerjaan dan diberi gaji di Kidzania. Kami diberitahu ada seorang kanak- kanak perempuan yang selalu datang ke Kidzania dan berjaya menebus permainan PS2 dari hasil duit gaji yang beliau kumpul. Memang terbaik lah!



Selamat datang ke dunia kanak-kanak Kidzania! 




Boleh buat burger sendiri di Marry Brown! Lepas tu makan dengan kawan kawan. Hihi


Yaya paling suka buat coklat di Cadbury. Seronok okay. ^_^


Hai! Kami nak belajar buat cokelat! Muehehe







Muka happy lepas dapat coklat sorang seketul. Nyumms!


Saya doktor gigi dan dia pula jadi polis. Hahaha. Happy bebenor.


Jom belajar buat sabun Lifebuoy! Boleh kumpul gaji kat sini. Hihi



Memang teruja bila kami bereksperimen untuk membuat sabun sebenar Lifebuoy. Campur itu campur ini dengan bimbingan pakar di Kidzania dan jadilah sabun! Yeayy!


Jom tengok teater atau berlakon di atas pentas! 


Bilik persalinan dan persolekan artis


Para pelakon sedang mendalami watak. Memang seronok tengok teater ni!


Nak make up dan buat kuku? Ada salun juga tau disini! 













Dan bermacam macam lagilah aktiviti menarik yang disediakan di Kidzania Kuala Lumpur ni. Memang tak puas bermain dan jadi kanak kanak kat sini! Phewhhh. 


Best tak? Mestilah best uols. Kalau korang pun teringin nak masuk kesini, jangan lupa save the date pada 22 Ogos dan 29 Ogos 2015 ini kerana Kidzania akan memberi peluang kepada orang dewasa untuk kembali ke dunia kanak kanak dan mencuba lebih dari 100 kerjaya dan bidang perkerjaan disini. Jangan lupa buat tempahan awal untuk dapatkan harga Early Bird! ^_^


Untuk maklumat lanjut dan tempahan :

1-300-88-5439

Harga : Early Bird (RM48) / Walk in (RM58)


Kalau rasa rasa nak buat aktiviti seperti family day atau majlis tertentu di Kidzania pun boleh tau! Kidzania akan menyediakan segalanya khas untuk uols dan orang luar tak boleh masuk. Hihi





Muka happy taknak balik! Haha. Nak pergi lagi! Jom? 


Terima kasih sudi baca  

5 comments:

  1. Terima kasih kak yaya sebab ajak ena sekali.. merasa juga masuk kat dunia Kidzania ni,, best sangat!

    ReplyDelete
  2. SERONOK LA KORG...NAK JUGA JOIN :)

    ReplyDelete
  3. bestnya....boleh try macam-macam siap ada gaji lagi

    ReplyDelete
  4. Baguslah muda2 dah balajar nak uruskan anak2.. dtg dengan mr perfek lak tu hehehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh dewasa pun bole join kidzania ea.. Baguih jugak ni., nanti mummy nak try gaklahhh xde la penat jadi tok pekong menunggu hero2 main kat dlm tu.. Hehehe

    ReplyDelete