Aug 2, 2015

Menu Fusion Baharu di Magnum Cafe Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua 

Yaya tahu ramai peminat aiskrim Magnum kan? Yaya sendiri pun merupakan die-hard-fans aiskrim Magnum! Suka sangat sampai makan sambil pejam mata. Haha. Tapi selain tu, korang kena cuba juga makanan yang disediakan oleh chef yang berkemahiran di Magnum Cafe. Nak tahu menu baharu di Magnum Cafe? Scroll bawah dan bersedia untuk terliuq macam yaya. Teringat ingat kesedapannya.


Jalan jalan di tingkat atas Magnum Cafe Midvalley, Kuala Lumpur.





Chicken Toasties - RM20.00


Sedap sangat. Memang pembuka selera yang baik. Roti garing yang dibakar bersama salutan ayam. Cicah bersama sos. Nyum nyum. Lazatttt!



Oxtail Soup with Sushi Rice - RM35.00

My favorite! Nasi bersama sup ekor tu memang padanan yang baik. Sedapnya sup ni korang kena cuba okay. Dihidangkan panas panas dan sup masih menggelegak lagi tau! Nak lagi pedas, letak cili kicap lebih lagi! Hihi


Chicken Rendang Pasta - RM36.00

Special tau yang ni. Spaghetti dihidangkan bersama rendang! Kuah rendangnya padat dengan isi ayam segar. Memang kenyang dan puas hati. Kalau nak kelainan, boleh cuba hidangan ini ye korang. 


 Aglio Olio with Shrimps - RM 40.00

Rasanya kalau perasan, dalam IG yaya selalu yaya upload gambar Aglio Olio. Sebab yaya memang sukaaaaa Aglio Olio! Suka suka suka lagi kalau chef guna minyak sedikit je and just nice untuk seimbangkan ia. Dan untuk menu ini, yaya memang sukalah nak kata apa lagi. Udang gemuk pulak tu. Haha


Carbonara Pasta - RM46.00

My ever favorite pasta. Selain aglio olio, Yaya sangatlah pencinta Carbonara. Sorry kata, tapi inilah Carbonara terbaik di alam semesta. Korang please korang pergi cuba. Rasa nak peluk chef sebab cipta resepi yang sangat bercheese, penuh cendawan dan creamy. Masterpiece betul menu ni. Meroyan ingat balik. Dah la banyak! Boleh makan share tau!


Death by Chocolate - RM32.00

Dessert yang sangat terbaik. Untuk pencinta coklat, Death by Chocolate sememangnya direka khas untuk anda. Penuh coklat kateko! 


This is mine! Yeayy heee


Bersama dengan blogger yang turut serta. Seronok jumpa semua! ^_^


Terima kasih Magnum Cafe atas hidangan yang lazat dan persembahan yang kreatif. Nak makan pun rasa sayang. Overall, memang fantastic! 





Business hours:
Sunday to Thursday (10am to 10pm),
Friday & Saturday (10am to 12am)


Terima kasih sudi baca  

5 comments:

  1. carbonara terbaik di alam semesta tuuuu!! muka yaya mmg tampak TERUJA

    ReplyDelete
  2. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  3. sedapnya yaya..nak sket ;)

    ReplyDelete
  4. ingat ada ice cream jekk..

    ReplyDelete
  5. Nampak sanghat awak suka makan ! heheh tapi kecik je badan :)

    ReplyDelete