Aug 28, 2015

Bloggers Day Out - Melawat Panda di Zoo Negara

Assalamualaikum semua 


Minggu lepas Yaya bersama keluarga KBBA melawat ke Zoo Negara. Fuhh excited bak ang sebabnya kali terakhir Yaya melawat Zoo Negara ni pun masa darjah 6 kot? Memang dah tak ingat sangat lah kan. Jadi bila ada kesempatan untuk ke Zoo Negara memanglah Yaya teruja nak pergi :) *jiwa kanak kanak sungguh daku ini.



Meet my bestfriend masa UiTM, Echa. Seronok dia jalan jalan di Zoo Negara. Yang excitednya kami ni sebab nak tengok Panda! Hihi


Masa ni juga berpeluang berjumpa dengan blogger yang Yaya tak pernah jumpa. Happy. :)


Aktiviti kami yang pertama, ialah melawat Butterfly Garden. Teruja tengok rama-rama berterbangan bebas di satu kawasan tertutup yang disediakan.




Cairan madu diletakkan di kelopak bunga raya dan mereka juga diberi buah-buahan seperti nenas sebagai makanan kepada rama-rama disitu. 


Yang bestnya, kami dibawa ke Zoo Negara Amphitheater dan menyaksikan haiwan terlatih seperti singa laut, burung kakak tua, ular, angsa dan lain lain membuat persembahan dan menunjukkan aksi bijak mereka. 



With Ayu Jean. Muah ciked!


Masa ni rasanya kami yang dewasa ni yang terlebih excited. Seronok tengok dan melayan perasaan macam kanak-kanak. So me. :p


Eh eh jumpa Panda tiruan! Haha


Seterusnya kami dibawa berjalan jalan di sekitarnya. Jemput menjamu gambar. Hihi



Unta merajuk.


Besarnya 'mereka' ni. Selalu tengok dalam gambar je. 


Hornbill ni pun Yaya pertama kali tengok. Cantik paruh 'dia'.




Haha lucu sekejap kat sini. Orang utan tu lama betul bergantung macam tu. Tak lenguh tangan awak ye?



Kami juga sempat melawat ke Bee Muzium. Memang teruja dapat minum madu fresh dari sarang kelulut lebah.

Lebah Teamwork Kelab Blogger Ben Ashaari



Melawat di Akuarium Tunku Abdul Rahman. Masuk sini best sikit sebab sejuk! Haha 



Terkejut ikan tu Yaya nak kiss. Terbutang mata dia! Hahaha *walhal dah tahu ikan memang tiada kelopak mata. Hee 


Ala penguin omey omey angat jalan terkedek kedek. Haha Yaya suka penguin!


Makan tengahari kami di ditaja oleh Food Panda di Wild Life Park Restaurant. Sedapnya. Pulak tu tengah lapar dan haus sebab penat berjalan. Memang layan la makan set macam ni. 



Ok sambung jalan balik! ^_^


Tibalah kami pada pukul 2.30 petang di Giant Panda Convention Centre.

Masa ni semua makin teruja dan tak sabar. Suara pegawai yang bertugas yang menerangkan tentang Panda pun sayup-sayup je kami hadam. Kalau nak tahu, najis Panda di China akan diproses untuk dijadikan kertas. Ini kerana makanan ruji Panda cuma berasaskan tumbuh-tumbuhan. But still.. kami speechless jugak. Haha!


With Kak Rara sayam.


Muka tak sabar kami tunggu Xing Xing atau nama Panda ini di China ialah Fu Wa. Pasangan Xing Xing iaitu Liang Liang yang masih berpantang dan ditempatkan dibilik khas selepas kelahiran baby Panda baru mereka. Hee


Yeayy keluar pun Xing Xing! Masa ni semua excited rasa nak menjerit sebab first time tengok Panda secara live kan. Tapi kami dilarang bising dan di ingatkan untuk tidak menggunakan flash kamera. Ia akan membuatkan Panda stress rupanya. Kebetulan juga Xing Xing menyambut ulang tahun yang ke 9 masa ni. Seronok beliau sambut hari jadi dengan kek sayur dan buah yang telah dibekukan. Hee

Panda Malaysia

Nyum nyum sedapnya kek harijadi saya. Rasa buah epal dan carrot. Haha


Pengalaman melihat sendiri Panda di depan mata memang lain betul rasanya. Bila tengok betul-betul, Panda ni memang lah antara haiwan yang paling comel sekali. Dah la badan dia cikebum camtu. Rasa nak peluk je!



Fuhh dah penat berjalan, kami naik shuttle. Walaupun penat, kami tetap seronok dan teruja dengan pengalaman melawat Panda dan haiwan lain di Zoo Negara. Terima kasih pihak Zoo Negara yang memberikan layanan yang tip top! Akan datang boleh bawa lagi! Hehe


Kalau uols nak datang ke sini, ada cara mudah untuk buat pembelian tiket.

Rujuk di :

Website: Zoo Negara Malaysia
Instagram: ZooNegaraOnlineTicket
Telefon: 03-5124 0109
Email: saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang setiap hari
Pertunjukan Haiwan: 11.00 pagi & 3.00 petang

Terima kasih kepada pihak Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda kerana menaja ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Korang memang awesome! ^_^



Terima kasih sudi baca 

11 comments:

  1. Suka dengan rama rama tu.. cantik sgt!

    Salam kenal dear

    wwww.masuri24.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. best kan yaya.... bukan bebudak je enjoy... =D

    ReplyDelete
  3. gittew.... seronokkan hari tu?

    ReplyDelete
  4. bestnye dapat jumpe panda.. :)

    ReplyDelete
  5. Baru nak ckp.pic akk ada x.haha.tetiba ada.muah manyak yaya! Hehehe.

    ReplyDelete
  6. banyak juga binatang kat sana..

    ReplyDelete
  7. Bestnya tengok gambar-gambar kak Yaya.. Nanti nak pergi lagilah dan nak tengok panda yg gebu gebas montel membolat tu hehehe

    ReplyDelete
  8. syioknyaaa.. tak pernah pergi zoo negara.. zoo taiping je itupon tak igt bila last time.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt pegi tempat mcm tu.....

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang sangat menarik...

    ReplyDelete