Apr 1, 2015

Inkontines? : "Run With Certainty" di Taman Metropolitan Kepong

Assalamualaikum semua 


Inkontines ialah penyakit yang membuatkan penghidapnya mungkin menghadapi masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal.


Oleh itu, pada 28 Mac lepas, ratusan pelari berkumpul di Taman Metropolitan Kepong pada awal pagi Sabtu untuk meraih dana serta memberikan sokongan kepada Run with Certainty pertama yang dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd untuk meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens.


Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Run with Certainty juga bertujuan untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak bersendirian dan tidak perlu menjalani kehidupan dengan memendam rahsia – dengan ratusan peserta yang menunjukkan bahawa semangat mengambil berat dan saling menyokong antara satu sama lain masih lagi wujud dan membara. Mereka yang mengambil bahagian jelas teruja untuk memanfaatkan kaki masing-masing bagi tujuan yang baik! 


Turut hadir di acara tersebut, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut bersama-sama menyokong usaha ini. Dalam ucapan Cik Low Chooi Hoon selaku Pengurus Besar DSG Malaysia dan Singapura, beliau telah menyatakan terima kasih kepada mereka yang telah berkumpul untuk berlari dengan penuh keyakinan, menyokong usaha Certainty bagi meningkatkan kesedaran mengenai inkontinens. Kesulitan ini semakin meningkat, memandangkan masyarakat kita kini bertambah matang dan moden. Jadi, inkontinens tidak seharusnya menjadi penamat keceriaan dalam hidup setiap individu atau penghalang, memandangkan ada produk yang boleh membantu seperti Certainty DayPants yang dihasilkan dengan bahan-bahan yang nipis dan berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan yang terbaik.


Semua dana yang terkumpul dari acara ini akan disalurkan ke 4 buah rumah kebajikan yang dipilih oleh Datin Paduka Chew Mei Fun: Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, Rumah Caring Kajang, Sungei Way Old Folks Home dan Lovely Nursing Centre, SS3, KL.




Acara ini berakhir pada jam 11 pagi, dalam suasana yang meriah dengan keceriaan jelas terpancar di wajah para peserta. Meraka membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, Majalah Health Today, OldTown White Coffee dan Clinelle.



###

Mengenai Certainty Daypants
Certainty DayPants menawarkan penyelesaian terbaik untuk penghidap inkontinens sederhana dengan lampin dewasa khas untuk keyakinan setiap hari. Ia merupakan lampin mudah dipakai untuk orang dewasa yang aktif dan menawarkan penyelesaian untuk inkontinens ringan hingga sederhana. Certainty DayPants dilengkapi teknologi 3D diamond dry ultra-thin dengan penyerapan dua lapisan, tali pinggang regangan lembut dan perlindungan penghadang kebocoran untuk menggalakkan penyerapan lebih cepat dan pencegahan aliran belakang untuk rasa kering dan keselesaan terbaik supaya anda boleh menikmati aktiviti luar rumah tanpa kebimbangan.


Certainty DayPants boleh didapati dalam dua saiz, M & L pada harga jualan yang dicadangkan iaitu RM18.50 dan RM22.90. Ia boleh didapati di Tesco, Giant, Aeon Big, Mydin, Aneka, Billion, Econjaya, Econsave, Farmasi Maycare, Farmasi Homecare, Sunshine, TF Value Mart, The Store, Tunas Manja, UO dan kedai-kedai utama lain.

Certainty dan Certainty DayPants dihasilkan oleh DSG International (Thailand), pengeluar lampin pakai buang yang komited untuk memuaskan pelanggan melalui produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan konsisten. Certainty telah diedarkan di Malaysia selama lebih daripada 13 tahun. Ia merupakan jenama lampin dewasa No. 1 di Thailand.

Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan sampel, layari www.certainty.com.my atau hubungi talian bebas tol di 1800 877 193



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

DSG (M) Sdn Bhd

Ms. Jackie Yap | jackie@dsgap.com| T. 603 – 5621 1888

Geometry Global PR

Ms. Hazel Zulkifli | hazeleena.zulkifli@geometry.com | T. 017 391 8586

Ms. Farah Zulkefly | farah.zulkefly@geometry.com | T. 012 334 4885

Mr. Robert Chan | robert.chan@geometry.com | T. 012 368 6078






Terima kasih sudi baca 


2 comments: