Hello. Saya berada di Kuala Lumpur Performance Arts Centre (KLPAC) untuk pelancaran Kamus Oxford Fajar Edisi - 9 yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan iaitu YB Tuan P. Kamalanathan. Turut berbangga juga ada Profesor dari UiTM yang turut hadir iaitu Dr Cynthia Yolanda Doss. Hai UiTM dihatiku.
Sesi perkongsian ilmu di antara para cendiakawan. Secara umum, Kamus Oxford Fajar Edisi ke 9 ini pastinya lebih update dari kamus keluaran sebelumnya dan mempunyai penambahan 700 ayat baru di kamus dan 200 ayat di DVD-ROM dan secara dalam talian. Edisi ini juga mengandungi lebih 185,000 frasa baru beserta maksud yang jelas dan tepat. Ia juga turut dilengkapi dengan iSpeaker dan iWriter untuk memudahkan pengguna.
Hai. Iklan kejap dengan Aten Bella . :p
Meskipun teknologi hari ini memudahkan pengguna untuk membuat carian di laman Google dan seumpamanya, yaya percaya kebanyakan perkataan adalah kurang tepat dan tidak menjelaskan frasa tersebut. Sebab tu Oxford Fajar mengeluarkan edisi yang ke 9, "Advanced Learner's Dictionary" yang mana untuk memudahkan pelajar di universiti untuk kelas BEL mereka (kat UiTM panggil BEL untuk subjek english english gitu. Hihi) . Dalam kamus ini juga mengandungi maksud ayat ringkasan yang sering digunakan oleh generasi Y contohnya LOL, BRB, TTYL dan sebagainya. Harga? RM89.90. Complete dengan DVD-ROM, iSpeaker dan iWriter .
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment