Mar 23, 2015

Asia's Next Top Model S3 Viewing Party : ZALORA

Assalamualaikum semua 



Yaya cuba bajet nak jadi Asia's Next Top Model tapi itu cuma angan angan sahaja berdiri pun tak betul leher pun masuk kedalam. Jadi cukuplah sekadar jet jet sahaja berdiri sebelah banner pun dah puas hati. HAHA



Orang pertama daftar kat media registration. Dapat seat dalam Hall A1 di TGV Indulge Cinemas. Hehe. Sementara menunggu dan minum cocktail, tiba tiba Amber Chia masuk dan dia senyum kat yaya sambil lambai tangan. Stuck kejap. Dia artis ke yaya artis? Terharu. Haha. Sukanya artis tak sombong. Terus sayang Amber Chia. Tapi tula, tak sempat selfie dengan beliau. Segan. ^^'



Presenting Asia's Next Top Model from Malaysia. Dari kanan, Melissa dan Shareeta. Good luck pretty! Korang juga boleh mengikuti perkembangan ANTM melalui hashtag #AsNTM3 #AsNTM #StarWorld #MalaysiaOnTop #TeamMelissa #TeamShareeta #ZAsNTM3 di Instagram dan Twitter. :)




Selepas sesi perkenalan dengan wakil ANTM dari Malaysia, kami dibawa ke dalam Hall TGV Indulge. Terpaku dan excited seketika. Rupanya seat dalam tu semua memang special. Seat boleh baring siap ada selimut. Sebelah tepi pula ada meja yang disediakan air dan pop corn perisa caramel kegemaran yaya. Kami diberi peluang antara yang terawal menonton episod pertama Asia's Next Top Model S3. Sempat yaya snap moment dalam episod tu. Selebihnya lebih kepada menikmati keselesaan berbaring sambil berselimut. Haha. Memang feeling habis.



Yaya dan Aten sempat selfie berdua sebelum wayang start. Hehe


Thank you #ZaloraMy . Layari www.zalora.my untuk buat korang rambang mata tengok design baju kasut aksesori dan lain lain. Yaya ada berkenan dengan satu blouse ni. Nantilah nak beli. Nak guna voucher RM100 yang Zalora bagi. Hihi. Thank a bunch Zalora! Muahciked :*


Siaran Asia's Next Top Model S3 di Star World CH 711 atau siaran HD CH722 setiap hari rabu, 8.45 malam. ^_^



Terima kasih sudi baca 


No comments:

Post a Comment