Apr 5, 2015

Hijabey 2015 dan pengalaman bersama Datuk Wira Dr Maznah Hamid

Assalamualaikum semua 



image


Siapa yang pergi Hijabey 2015 Hijab and Beauty Fair di IDCC Shah Alam yang berlangsung selama 3 hari dari 3-5 April 2015? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda disana. Yaya percaya yang korang tak pulang dengan tangan kosong. Shawl baru sehelai dua mesti dalam gobok almari korang sekarang kan. Hoho. Sebab kebanyakan barangan yang dijual adalah secara online tapi di pameran ini kita boleh tengok dan pegang sendiri tekstur kain tersebut. Baru puas hati nak beli betui dak? ^_^




Hello muka belum breakfast. Maintain posing nampak?


DSC05456

Pendaftaran dibuka seawal 9 pagi. Siapa datang awal dapat goodies. Siapa hadir sebagai media pun, dapat goodies. :p Terima kasih pihak Hijabey memang best betul isi kandungan goodies yang disediakan. Dan tahniah buat penjaga meja pendaftaran yang comel comel cantik cantik dan sentiasa bermanis muka. Sejuk hati iols nak daftar tau! *yaya ada sindrom suka tengok orang cantik. Hee





Berikut adalah sekitar perjalanan semasa Pameran Hijab dan Kecantikan berlangsung, memanglah havoc nya dengan suasana orang mula beratur mulai seawal pagi. Memang tak rugi siapa yang datang. Boleh enjoy dan scroll tengok gambar ye. ^_^













Siapa yang suka kumpul jarum peniti tudung dan juga aksesori tudung yang sangat comel dan awesome, silakan singgah jenguk instagram VONAISH atau facebook VONAISH . Memang cute dan comel sangat. Walaupun nampak mahal, tapi harganya sangat lah berbaloi untuk dimiliki selain berkualiti tinggi. Hee



Antara butik yang turut membuka booth untuk jualan ialah DILARA. Memang best sangat kualiti kain tudung yang dijual. Usha instagram DILARA atau Facebook DILARA atau website DILARA di www.dilara.com.my . Memang cantik sampai yaya pun rambang mata nak beli! 



Kenal tak pelakon cantik Anita Baharom? Memang dia lawa sangat aduhai. Comel betul. Lagi comel dari dalam tv. Hehe. Kak ita pun buka booth juga iaitu Inspirasi Anita Baharom. Check out instagram Anita Baharom tau!


Tibalah perasmian yang ditunggu tunggu dari Datuk Wira Dr Maznah Hamid. Masa ni semua dah mula ambil tempat. Maklumlah Iron Lady Malaysia nak buat perasmian. Hehe. Yaya pun baru nak jumpa Iron Lady kita secara live.


Selepas perasmian, kami dipertontonkan pertunjukan fesyen yang menggayakan busana muslim dan muslimah. Memang menarik. Yang yaya paling suka mestilah jubah kuning mustard yang telah digayakan oleh salah sorang model perempuan ni. Suka gila. Tapi tengok jela. Haha




Kemudian, sesi makan tengah hari bersama vvip jemputan. Masa ni memang seronok sebab Datuk sendiri share pengalaman jatuh bangun beliau sehingga berjaya seperti hari ini. Terharu dapat duduk semeja dengan orang besar yang sangat baik dan merendah diri. Like seriously yaya memang sangat terharu dengan layanan beliau kepada kami. Walau ke langit pun kita terbang, sentiasa menunduk dan sayang semua orang. Nak serap aura positif beliau kedalam diri yaya. Kalau yaya lupa mohon babap yaya.



Sesi bergambar bersama blogger. Yang bestnya, beliau yang excited nak ajak bergambar. Comel betul Iron Lady ni. Haha. Yang pasti, Hijabey 2015 Hijab and Beauty Fair di IDCC Shah Alam berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah, lancar dan dengan jayanya. Tahniah untuk semua pihak yang terlibat. Bagi mereka yang jauh dan tak berkesempatan untuk hadir, jangan risau. Roadshow Pameran Hijab ini akan diadakan di Pulau Pinang dan juga Kelantan pula. Stay tuned dan sentiasa ikuti perkembangan tentang roadshow ini di instagram Hijabey2015 . ^_^



Muahciked Datuk! :*



Terima kasih sudi baca 



No comments:

Post a Comment