Alhamdulillah ahli Kelab Blogger Ben Ashaari kini menjadi Rakan Blogger rasmi untuk Aman Palestin. Kami dijemput untuk bersama sama meraikan Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin. Antara rakan korporat Aman Palestin yang sentiasa menyokong aktiviti amal ini ialah UniKL, Hospital Az Zahra, Bank Rakyat serta penaja iaitu PTS Publishing dan juga Cosmoderm.
Majlis berlangsung dengan suasana yang sederhana tapi meriah dan hadirin dihiburkan dengan persembahan dari Heliza Helmi dan juga Maulana.
Ada satu ketika yang cukup sebak apabila kami diceritakan oleh Heliza pengalaman beliau disana yang mana saudara kita disana sehingga tahap menghidangkan sup kotak yang telah dibuat cebisan sebelum diberikan kepada ahli keluarga. :'(
*silent moment*
*kesat air mata*
Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah tak kira sekecil mana pun nikmat itu. Istighfar bila dan diuji dan sentiasa bersangka baik serta menjaga ukhwah sesama saudara yang lain. Tapi seperti semua sedia maklum, sebesar besar nikmat yang Allah beri kepada kita adalah nikmat dilahirkan sebagai seorang Islam. :')
Tabung Aman Palestin.
Yaya nak cerita pengalaman semasa di UiTM, untuk kelas Issue Marketing dibawah kelolaan Prof 'Ubaidah. Kami diberikan tabung besi yang berkunci dan ditugaskan untuk meletakkan tabung tersebut di kedai makan yang menjadi pilihan kami. Sayangnya, sayu hati yaya dan partner yaya, Ila sebab kutipan kami antara yang paling rendah dari kawan kawan yang lain tak sampai RM30. Kami nekad pergi dari bilik ke bilik di Kolej Mawar selama dua hari dan Alhamdulillah sedikit sebanyak kutipan kami berjaya mencecah RM300+ . Walaupun kebanyakan pelajar seperti tidak menyukai kedatangan kami (dan ada sampai tanya macam macam soalan dan mahu tangkap gambar kami untuk diajadikan simpanan mereka (masa ni kami pergi bilik budak law) kami tetap senyum dan buat sign 'peace' sebagai memberi kepercayaan kepada mereka) walaupun kawan yaya mulai rasa tak selesa tapi kami tetap bersangka baik dan mengganggap ianya jihad kecil dari kami. :')
Haha. Sebak pulak bila teringat balik kenangan tu. Baru faham perasaan mereka yang selalu datang ke meja masa kita tengah makan lepas tu bagi muka doposen. Lepas ni kena senyum dan cakap elok elok kalau tak mahu bagi derma. Tau tau! :'D
Gambar dari Boni Kacak
Bersama keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. :D
(taktahu kenapa 3 gambar diatas tak mahu center. Lepas save dia ketepi balik. Ikut awaklah nakkk. Haha)
(taktahu kenapa 3 gambar diatas tak mahu center. Lepas save dia ketepi balik. Ikut awaklah nakkk. Haha)
Jom sama sama menghulur bantuan kepada mereka disana. :'D
Terima kasih sudi baca
ruginya akak tak dapat join hari tu... sebab kerja... hu hu hu...
ReplyDelete