Apr 19, 2015

Bagaimana nak dapat bantuan dari Lembaga Zakat untuk pelajar?

Assalamualaikum semua 




Soalan ini seringkali membelenggu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan pelajaran di peringkat sekolah mahupun di universiti. Alhamdulillah yaya sempat menemubual (menemubual sangat sedangkan pot pet tanya kat Kakak Ima Syuhada. Haha) yang merupakan salah seorang pegawai zakat yang menaiki satu van dengan kami semasa Program Zikra 'Jelajah Kasih Bersama 'Asnaf 2015 bersama ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain.



Sebagai seorang Islam, kita diwajibkan untuk membayar zakat. Bagi yaya, selepas mengikuti program Zikra ini, yaya lebih faham akan fungsi dan perjalanan wang zakat yang disalurkan dan yaya sangat sangat terharu kerana ada badan sebegini yang bertanggungjawab menyampaikan zakat saudara Islam yang lain untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Tula sebelum ni kurang faham yaya ni. Maafka yaya yea :')



Antara yang sempat di catch up sebenarnya orang biasa juga boleh memohon bantuan zakat untuk pelajaran selain warga Asnaf asalkan mengikut syarat piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat. Bantuan pelajaran untuk Diploma dan keatas sebanyak RM700 setahun juga bagi yaya amat mebantu untuk permulaan bayaran yuran sebelum mendapat kemudahan pinjaman pelajaran yang lain.



SYARAT ASAS PERMOHONAN

Setiap permohonan agihan zakat di LZS perlu mematuhi syarat-syarat asas ini :


  • Beragama Islam.
  • Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun.
  • Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah).



AGIHAN ZAKAT UMUM

Prosedur mengisi borang permohonan agihan zakat umum :


  • Mengisi Borang Bantuan Agihan Zakat.
  • Mengisi Borang Maklumat Peribadi Fakir Miskin (Bagi asnaf fakir miskin).
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
  • Dokumen utama tersebut perlu disertakan dengan maklumat berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
  • Salinan kad kahwin / surat cerai / sijil kematian suami / isteri
  • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan sebagainya
  • Dokumen sokongan yang berkaitan dengan permohonan jenis agihan yang dipohon. Contohnya surat pengesahan doktor, bil rawatan, sebutharga peralatan, surat perakuan dan sebagainya.
  • Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu mendapat pengesahan oleh Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Ketua Penduduk / Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Pegawai Kerajaan Gred A dan Amil Zakat.



AGIHAN ZAKAT PENDIDIKAN

Prosedur mengisi borang permohonan agihan zakat pendidikan :


  • Mengisi Borang Bantuan Agihan Zakat.
  • Mengisi borang Borang Pengesahan Sekolah Rendah/Menengah (untuk asnaf fakir miskin).
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga (bagi sekolah rendah/menengah) dan pelajar (bagi pelajar IPT).
  • Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan pendidikan umum :
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
  • Surat pengesahan dari IPTA/IPTS yang menyatakan status tajaan pelajar
  • Bagi bantuan untuk anak-anak fakir miskin di IPT, mereka wajib menghantar salinan slip peperiksaan setiap semester bagi mendapatkan agihan sepanjang pengajian mereka.
  • Bagi bantuan pendidikan umum, hanya kepada pelajar tahun pertama dan luar kampus UPM, UiTM, UIAM, UKM, MMU dan UNITEN boleh memohon bantuan terus kepada LZS. Untuk pelajar tahun kedua dan pelajar pengajian sepenuh masa, mereka perlu memohon bantuan zakat di pejabat zakat universiti masing-masing.



AGIHAN KAUNTER EXPRESS

Prosedur mengisi borang permohonan agihan Kaunter Express :


  • Mengisi Borang Bantuan Agihan Zakat.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
  • Dokumen utama tersebut perlu disertakan dengan maklumat berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
  • Salinan kad kahwin / surat cerai / sijil kematian suami / isteri
  • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan sebagainya
  • Dokumen sokongan yang berkaitan dengan permohonan jenis agihan yang dipohon. Contohnya surat pengesahan doktor, bil rawatan, sebutharga peralatan, surat perakuan dan sebagainya.



Link untuk download borang zakat untuk Pendidikan :

http://www.e-zakat.com.my/borangpdf/borang_pendidikan_2.pdf




Berikut sekitar perjalanan aktiviti Program Zikra 'Jelajah Kasih Bersama 'Asnaf 2015 yang telah yaya pergi :


1. Kompleks Asrama Anak-Anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg Perepat, Klang .

2. Kampung Delek, Klang (Penyerahan mock up kunci rumah oleh Mufti Diraja Negeri Selangor)

3. Sungai Udang, Klang (Penerima Bantuan Bina Rumah dari Lembaga Zakat) .

4. Jenjarom, Kuala Langat (Menziarah ke rumah²) .

5.Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun, Klang .

6. Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi .





 







 








Alhamdulillah merasai sendiri pengalaman mengikuti Program Zikra anjuran Lembaga Zakat Malaysia. In sya Allah selepas ini makin ramai yang akan lebih istiqamah membayar zakat tak kira zakat apa pun. In sya Allah duit zakat kalian akan diurus dgn baik oleh pihak Lembaga Zakat dan disalurkan kepada insan yg memerlukan. Yaya percaya kalian pasti sayu dan berbangga kalau melihat sendiri hasil zakat yg telah kalian berikan sebelum ini. Terima kasih kepada mereka yg membayar zakat melalui potongan gaji setiap bulan waima dgn apa cara sekalipun, terima kasih. Generasi baru skrg pun dah boleh mula membayar zakat. Dan sekiranya nak usulkan masalah bagi mereka yg kekurangan, boleh terus ke e-zakat dan download di aps store. Semoga amal sekecil kuman pun akan dikira disana nanti. In sya Allah. :')







Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Persint ALAMi, Pusat Perniagaan,
Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor darul Ehsan.

Tel: +03-5522 7700
Faks: +03-5522 7722
Talian Zakat Selangor: 1-800-88-5353
Website: http://www.zakatselangor.com.my/







Terima kasih sudi baca 


6 comments:

  1. dulu bila dpt offer letter je semua boleh apply
    but now mcm ketat sikit rule dia sebab dh ramai org kn skank.
    tp bole la cuba2 try spe2 nk try minta bntuan ni .
    ade rezeki dapat boleh tmbah2 buat beli buku :)

    ReplyDelete
  2. mcm kenal pak cik yg dapat kaki palsu tu....org sijangkang kan...

    ReplyDelete
  3. Mcm mana nk tau permohonan zakat berjaya ke x?

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:44 PM

    Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Beliau berasal dari Melaka. Beliau berumur 44 tahun. Beliau tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Beliau sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Beliau tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala beliau tidak makan dan mandi beberapa hari. Beliau mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. untuk pelajar universiti nk pilih borang yg mana satu eh?

    ReplyDelete