Apr 23, 2015

KBBA Bloggers Day Out

Assalamualaikum semua 


Pada 26 April 2015 ini, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) akan mengadakan Blogger's Day Out 2015 dengan kerjasama dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd .




KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC) yang terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. 


Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk majlis meraikan hari bahagia, mesyuarat mahupun reunion. Keluasan serta ruang parking kereta juga mampu menampung sehingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau lihat di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.



Mengenai KBBA BLOGGER’S DAY OUT ini, lebih kurang 100 blogger akan menyertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tetapi kami diberitahu game tersebut telah diubah suai agar kami lebih teruji dan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Kalau nak tahu, meh la datang. Kita boleh beramah mesra dengan blogger lain. ^_^


Ini juga merupakan aktiviti pertama yang terbesar dari KBBA dan masih belum dibuka secara umum. Tapi kalian semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Kalau nak ganti yaya main badminton pun boleh sebab yaya tak terer. Haha. In sya Allah selepas ini KBBA akan mengadakan Blogger's Day Out yang lebih besar sekiranya program ini berjaya. Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan dengan jayanya. Aamiin. 



Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my


Terima kasih sudi baca 

3 comments: