Apr 29, 2015

Cara makan Monster's Crazy Crunchy

Assalamualaikum semua 



Hari ni Yaya nak share kegembiraan apabila coklat mencair di dalam mulut dan menyentuh nadi rasa kalian sehingga membuatkan kalian secara spontan kata, "Bapak sedap weh!" -inilah ucapan daku ketika pertama kali makan. Ampun. Wuwuwu



Rasanya ramai tahu dah tentang Monster's Crazy Crunchy ni. Tapi kalau korang rajin sikit, korang akan mendapat dua kali ganda kegembiraan kalau ikut cara dibawah :



1. Selfie atau tangkap gambar 'mangsa' 

Gambar 'mangsa' dua ketul. Yang terbaru ialah versi Rainbow yang sebelah kanan tu.


2. Terbalikkan dan Rendam Monster's Crazy Crunchy di bahagian penutup sehingga suku permukaan. *Sidai baju diampaian sementara menunggu coklat di dalam jar mencair dengan sabar.



Pakai komputer berteknologi canggih untuk melihat kepulan asap comel yang sedang mencairkan coklat.


3. Tunggu sebentar sebelum terkocoh kocoh buka takut baki air panas tadi melecurkan tangan. Lap dengan kain. Dannnn ............


-




-




-




-






Tadddaaaaa~!! Step seterusnya cuma Bismillah dan Sedia untuk dinikmati sambil menonton TV. Suap suap tengok dah habis. Lupa nak selfie tau tau dah habis. Haha. Tunggu nak baham lagi seketui mangsa lagi then boleh selfie. *yes dah selfie! Haha


Overall, Yaya bagi doploh bintang. Super sedap. 

Tahniah anak muda bumiputera. Semoga maju jaya semuanya.




Untuk pembelian / tempahan secara pukal atau ingin menjadi agen :

Hotline : 013 889 0044 ( whatsapp )









Terima kasih sudi baca 

2 comments:

  1. akak dah ketagih mcc!! habis hancusss diet.. huhuhuuu

    ReplyDelete