Apr 3, 2015

Boat Noodle

Assalamualaikum semua 


Walaupun dah janji nak pergi makan boat noodle dengan Anis, yaya dengan secara tiba tiba telah pergi dahulu. Haha ampun sayang. Nanti kita pergi Boat Noodle lagi ya!


Yang yaya pergi ni Boat Noodle di Times Square. Ada menu baru tau! 


Sebelum itu, ini antara menu sedia ada di Boat Noodle. Jemput terliuq.



*harga mungkin berubah selepas GST



Boat Noodle Sangkaya
Teka mana satu Patumthani dan Ayutthaya? Hihi kena cuba dan rasa dahulu kerana keduanya menggunakan sos yang berbeza.




Thai Popeye's Tempura
Kangkung segar yang digoreng dengan sangat 'crunchy' sehingga tak tersedar kita sedang makan sayur! Dicicah bersama dengan Soot-Yot . Ianya juga kegemaran semua orang! Semua blogger sangat suka makan ini sebab dia kruk krak di dalam mulut. Haha


Bangkok Omelet with Sood Yut . Macam nasi bujang tapi yang ini lagi pedepow. 




Yum Meatball. Simple yet heartening meatballs and a yum way to go. Gitchews




Ada Grill Meatballs juga di Boat Noodle. Memang layan!




Yum Woon Sen. Penuh dengan makanan laut dan woon sen (mihun). Memang terangkat makan yang ini. Pedasnya fuhh tapi sedap. Amir siap order lagi satu. Haha



Pedas pedas lepas tu pekena Teh Ais dari Boat Noodle yang super kaw! Memang sedap! Yang hijau tu air Green Tea kepunyaan mek onie. Hee rindu dah dia. 


And paling masterpiece and favorite yaya ialahhh...


Fresh coconut pandan + milk + ice !!

Semua orang harus cuba ini! Mesti korang ingat ianya sama macam coconut shake kan. Tapi ni memang paling sedap lah yang yaya pernah minum. Memang sepenuhnya menggunakan isi kelapa. 



Thank you pihak Boat Noodle Times Square yang memberikan layanan yang sangat baik dan tip top. Nanti yaya datang lagi okay! ^_^



Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.facebook.com/meesampan



Terima kasih sudi baca 



3 comments:

  1. huish..semua sedap sedap nih :) :)

    ReplyDelete
  2. Waahhhh..sedap sedap. Nak gi lepas ni tpi yg kat Publika lah

    ReplyDelete