Haritu Yaya, Shawn, Farissa (adik Shawn) dan adik Yaya sesaja la nak jalan-jalan kat Sunway Pyramid. Yaya pun dah lama sebenarnya tak berjalan ke sana. Yaya suka sebenarnya ke Sunway Pyramid ni sebab besar lepas tu puas berjalan rasa tak habis pusing pun ada ^^' .Sambil-sambil tu boleh survey barang baby sekali hihi. Masa jalan-jalan kat level LG2 tiba-tiba ternampak Penang Road Famous Teochew Chendul! Eh ni macam restoran yang salah seorang kawan FB Yaya makan. Masa tu macam terliur sangat tengok dia makan Penang Curry Mee. Yaya memang tak pernah makan Penang Curry Mee sebelum ni so terus tarik Shawn dengan adik-adik ajak makan sini.
Masa kami datang tu orang tak ramai lagi. Elok je kami masuk dalam kedai, tiba-tiba eh ramai orang terus! Time dah dapat makanan lagilah tak cukup kerusi dan meja okay. Rupanya memang ramai pencinta makanan Penang dekat KL ni. Sambil-sambil dah cop tempat tu, sempat la juga ambil gambar persekitaran dalaman restoran ni. Menarik tau susun atur meja dan hiasan dalaman di sini. Yaya pernah pergi media trip ke Penang bersama Airasia, memang dekorasi kebanyakan restoran mereka sama macam ni. Terasa macam ada kat Penang pulak. :p
Menggunakan sistem pesanan di kaunter dan bayar dahulu sebelum makan, bagi Yaya cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa perkerja dan pelanggan. Yela atleast kita dah siap-siap tahu nak makan apa sebelum order. Takdelah pelayan tu menunggu kita nak pesan makanan kan. Dalam masa yang sama, jika restoran ini berada pada waktu puncak dan pelanggan terlalu ramai, tak adalah perkerja terlepas pandang kepada pelanggan yang belum menerima pesanan :)
Ini adalah antara menu yang terdapat di Restoran Penang Road Famous Teochew Chendul. Rambang mata nak pilih so Yaya ambil keputusan untuk cuba menu yang menjadi kegemaran ramai.
Penang Curry Mee - RM 10.90
Rate : 4/5
Yeayy finally dapat cuba Penang Curry Mee disini. Serius Yaya memang tak pernah jumpa lagi Mee Kari yang berwarna putih (santan) macam ni. Mula-mula sampai tu risau juga macam mana nak makan haha over tau. Ingatkan kena colek sambal sikit-sikit makan dengan mee rupanya gaul semua sekali sebelum makan. Memang umphh! Sambal tu nampak je pedas tapi memanglah tak pedas pun sesuai sangat untuk mereka yang tak suka pedas. Selain dari tu ada sayur taugeh, kacang panjang, isi kerang dan juga udang cuma Yaya tak pasti samada udang tu memang separuh masak atau memang cara makannya begitu iaitu semuanya direbus manja dahulu sebelum diletakkan didalam mangkuk bersama dengan kuah santan. Yang penting tauhu tu sedap gilos. Benda wajib yang ada dalam mee kari. Wee
Assam Laksa - RM10.90
Rate : 3.5/5
Salah satu menu utama yang menjadi pilihan ramai dalam restoran ni. Yaya tengok semua orang makan lepas tu Yaya pun order jugak! Haha mudah terpengaruh betul. Yaya jarang makan laksa Penang tapi nampaknya adik Yaya memang suka laksa ni. Mungkin sebab ada cili padi tu yang buat lagi berselera bila makan pedas-pedas kan. Yang penting ada pes otak udang sekali tau! Kecur air liur masa taip entri ni. Memang teringat rasa masam-masam pedas dengan campuran isi ikan dan buah nanas tu haha pure sungguh! Oh kalau nak tahu mangkuk yang digunakan juga besar tau boleh makan untuk 2 orang.
Pandan Nasi Lemak Sambal Sotong - RM14.90
Rate : 4/5
Untuk mereka yang tak boleh kalau tak makan nasi macam Yaya yang perut kampung ni, boleh cuba Nasi Lemak Pandan kat sini okay. Memang lain dari yang lain. Nasinya bewarna hijau lembut hasil dari daun pandan tau. Tak mainlah pewarna okay. Selain dari pilihan bersama sambal sotong, terdapat juga pilihan Pandan Nasi Lemak Chicken Kunyit. Sebab kami ni semua jarang makan makanan Penang, memang nasi lemak ni yang habis dulu. Memang kami berempat ni hantu nasi. Datang pun time makan tengah hari kan. Tula seronoknya makan share share. Semua dapat rasa :p
Crispy Chicken Roll - RM7.90
Rate : 4.5/5
Omg omg omg. Serius memang layan gila bila makan Crispy Chicken Roll ni. Menu wajib yang korang kena cuba bila datang sini. Yang luar tu sangat rangup krup krap tapi isi bahagian dalamnya lembut je bila makan. Sangat sedap okay! So far kami semua sangat sukakan menu ni. Digoreng dengan sangat sempurna. Hihi very recommended! Cuma mungkin boleh tambah lagi satu atau dua crispy chicken roll untuk cukupkan 7 ketul ke :p
Ice Kacang Original - RM6.50
Rate : 4.7/5
Yayy sedapnya Ice Kacang Original ni! Memang terasa originality ais kacang yang sebenar. Campuran gula melaka, kacang hancur, kacang merah, jagung manis, buah kabung sejuk sedap, cincau dan lain-lain lagi. Memang sempurna ais kacang ni mengikut tekak Yaya hahaha! Selain dari tu, turut terdapat pilihan ais kacang yang lain iaitu Icecream, Nutmeg dan juga Fruit Ice Cream. Lain kali bila pergi lagi Yaya memang akan order Ice Kacang! Sedap!
Berbaloi untuk dinikmati 3-4 orang makan sebab portion makanan dan mangkuk yang agak besar.
Adik Yaya sebelah kiri dan adik Shawn yang cantik macam Korea belah kanan. Sayang sangat depa dua orang ni. Muahh! Masa ni ramai orang sangat kat dalam restoran. Ada juga yang terjenguk-jenguk dari luar mungkin tengah scan tempat duduk. Hihi. Tempat kami ni paling best sebenarnya dia macam stall kecil siap ada bumbung tapi telah diubah suai dan boleh duduk serta makan kat sini.
Orang belah kiri muka senyum sambil tak puas hati time bergambar sebab kacau dia makan. Wakaka. Lepas ni kita datang lagi dan cuba menu lain pula okay! :*
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.chendul.my/
Instagram : @teochewchendul
Alamat : Penang Road Famous Teochew Chendul,
LG2, 90, Sunway Pyramid Shopping Mall
No Tel: +60 11-1288 0166
Waktu Berkerja : 10AM–10PM
Terima kasih sudi baca
wahhhh tak pernah tgk mee kari warna putih ni,unik!...urmmmm berseri2 mak buyung ni,manis je hehee...cepat masa berlalu nak jadi parents dah yaya ngan shawn heheeh..semoga di permudahkan segalnya ye dik...
ReplyDeleteCendul Durian kalau tak nampak durian memang tak feel la. sama macam cendul dekat area kuala selangor. Btw, yaya pun tak boleh makan durian banyak2. sesuai la tu.. i miss blog walking. bila fikir blog mesti ingat kt yaya. take care dear!
ReplyDeleteNi belah atas tu kan, suka sangat floor tu sebab cantik sangat dia susun. Ada lalu depan ni tapi tak pernah terfikir nak makan but now sangat teringin nak mee kari tu. Lepas ni nak date dgn kawan boleh makan sini pulakk.
ReplyDeletelapar pulak bila singgah blog Yaya ni.. nyum2.. blog yaya dah lain.. lawaa
ReplyDeleteAlways my FAV street food. good that they are available in major shopping malls
ReplyDeleteThe dishes look really good and cheers to the write up. Will certainly check the place out soon.
ReplyDeletetheir chicken roll seems interesting. i would love to try at least once, when i need to satisfy my penang craving. lol!
ReplyDeleteI've seen this Teochew Chendol chain at many places but haven't eaten there yet. Having looked at your photos, I am keen to try them out now!
ReplyDeletei am from penang, so i love penang food... enuff said... lol
ReplyDeleteeyhh ade crispy chicken roll! x tau pulak.... but the one in sunway is always so packed! gonna check it out in another outlet.. hehe
ReplyDeleteaww... always love Penang Curry Mee ^^
ReplyDeleteMy bf and me love their cendol! Very nice and I'm a teochew =D
ReplyDeletelove their curry mee, but i still prefer authentic penang hawker foood
ReplyDeleteHarga berpatutan, dan nmpk sedap. Would love to drop by when i get the chance to
ReplyDeleteEh tak tau pun ada kat Sunway Pyramid! The Penang curry me looks nice =)
ReplyDeleteWow, look at all the delicious foods, can't wait to try out at this restaurant :)
ReplyDeleteI have tried their food before, love it la. The asam laksa also very sedap.
ReplyDeleteHeard their cendol are real good. Wish to try it
ReplyDelete