Mar 22, 2017

Menangi RM100 Dengan #AMAZEINGPROMO Shurah Setiap Minggu



Hai korang! Siapa kat sini peminat produk rangkaian Shurah? Legend okay produk Shurah ni. Ingat lagi masa zaman sekolah baru nak belajar pakai pencuci muka, krim muka, losyen badan dan lain-lain mesti cari dari jenama Shurah. Ibu kita pun pakai sekali produk penjagaan dari jenama Shurah ni tau! Yang penting Halal ^_^


Kalau  nak tahu, Jetaine Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di Malaysia yang memasarkan rangkaian produk penjagaan diri yang lengkap dan disahkan halal oleh JAKIM di bawah jenama Shurah. Produk-produk Shurah terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit muka, rambut, badan, solekan muka dan rangkaian produk wangian. Selain jenama Shurah, Jetaine Corporation Sdn Bhd juga memasarkan rangkaian produk yang lain di bawah jenama Tracia, Irise, Forum dan Loving Touch. Semua rangkaian produk dipasarkan ke pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai-kedai runcit di Malaysia Barat dan Timur serta di Brunei. Jetaine Corporation juga mengekspot produk-produknya ke luar negara. Fuhh memang terbaikkk!


Maka dengan itu, Yaya nak bagitahu berita baik buat semua pengguna produk rangkaian Shurah, bila korang beli produk Shurah bernilai RM20 tu, pastikan simpan resit belian tau! Sebab apa? Haa sebab dengan setiap pembelian RM20 keatas, dengan cara automatiknya korang layak untuk menyertai Amazeing Game dan juga Facebook Photo Contest.


Cara-cara untuk menyertai Amazeing Game? Senang je. Lepas korang dah beli produk penjagaan Shurah bernilai RM20 dalam satu resit, terus ke rak Amazeing Promo Shurah ini seperti yang diatas, lepas tu dah boleh sertai game yang disediakan dan menangi hadiah misteri dari petugas Shurah. Boleh rujuk di laman Facebook Shurah atau klik SINI untuk pasaraya yang mengambil bahagian pada bulan Mac.


Untuk menyertai Photo Contest pula, korang cuma perlu berposing dengan props Amazeing Promo yang disediakan dengan pose yang paling kreatif dan awesome, upload di Facebook dan juga Instagram dan letak hashtag #AmazeingPromo. Contoh gambar adalah yang seperti diatas. Tapi pastikan korang kena buat aksi yang lebih meletop okay! Baru boleh menang hehe. Yang lagi best, setiap peserta yang paling kreatif akan memenangi RM100 setiap minggu selama peraduan ini dijalankan. Best ke tidak? ;)


Kalau agak-agak segan ke apa nak join aktiviti atau photo contest tu, korang masih boleh dapat hadiah tau! Perghh best betullah! Korang akan dapat barangan percuma seperti berikut dengan setiap pembelian :

1. Pembelian RM70 keatas -> percuma beg Nylon Foldable yang ekslusif.
2. Pembelian RM100 keatas -> percuma Botol 400ml bersama Pouch.
3. Pembelian RM150 keatas -> percuma Payung.

Kalau nak produk Shurah dengan harga promo, Korang boleh beli Pek Promosi Shurah sampai 15 Mei 2017 ni tau. Sesuai sangat untuk mereka yang nak buat hadiah hantaran perkahwinan dan juga untuk orang tersayang. 

Untuk mereka yang tertanya-tanya apa produk Promo dari Shurah pada bulan Mac 2017 ini, haa banyak sebenarnya produk Shurah yang kini dijual dengan harga promosi. Antaranya ialah :


Minyak Zaitun Shurah. Sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan kulit dan juga rambut. Kalau sapu minyak zaitun kat rambut, boleh buat rambut sentiasa hitam berkilat dan juga tak mudah gugur tau.


Syampu dan Perapi Shurah yang mempunyai pelbagai fungsi untuk menyelesaikan masalah rambut korang.


Hair Gel Shurah dan Hair Cream Shurah pula sesuai digunakan untuk wanita dan juga lelaki yang mementingkan penampilan dan penggayaan rambut.

Banyak lagi produk yang sedang dijual dengan harga promo tau antaranya pewarna rambut Shurah yang telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan juga produk penjagaan muka yang terdiri dari krim siang/malam, pencuci penyegar dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membeli produk rangkaian Shurah sehingga 15 Mei 2017 ini. Lepas dari tarikh tu harga berubah kepada harga asal tau ;)


#AmazeingPromo sedang dijalankan mulai 15 Mac hingga 15 Mei 2017. Jangan lupa join okay! ^_^


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah :
Facebook : Shurah
Instagram : @shurahmalaysia




Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment