Mar 27, 2017

HAQQI | Portal Fesyen Islamik serta Kelengkapan Haji & Umrah



Yayy Alhamdulillah sampai dah parcel yang ditunggu-tunggu dari HAQQI ^_^ . Yaya memang tengah cari telekung baru yang selesa dan ngam ngam di muka. Kalau boleh taknak yang bergetah kat bahagian muka nanti bila sujud tu terus bertekap kesan kat dahi. Siapa selalu jadi macam Yaya gak? Kikiki. Lepas tu demand kalau boleh taknak telekung yang nak kena pakai anak tudung dulu sebab tak mahu rambut terkeluar lepas tu taknak yang jarang. Amboi mengada. Tapi kini pencarianku berakhir bila ternampak telekung cantik dekat www.haqqi.com.my :)


Selain daripada menyediakan kelengkapan haji dan umrah, di laman web HAQQI juga menyediakan pelbagai vendor yang terkenal di bawah satu bumbung. Antara jenama dan fesyen islamik yang ada ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sirnasin dan juga Zareeth Zehra.


Menekankan koleksi dan busana yang patuh syariah, HAQQI kini menjadi pilihan kebanyakan peminatnya yang tersendiri. Yaya pun tak terkecuali tau! Fuhh memang rambang mata masa buka website HAQQI ni. Yang pastinya, kewujudan website ini memberi kemudahan bagi penggemar fesyen islamik samada lelaki mahupun perempuan. Nak cari baju raya? Kurta? Khimar? Jubah perempuan dan lelaki serta Shawl dan lain-lain? Semuanya ada di www.haqqi.com.my .


Bagi mereka yang tak berkesempatan mencari kelengkapan Haji & Umrah akibat dari kekangan masa, boleh juga terus ke website HAQQI untuk mencari kelengkapan yang diperlukan. Kalau tak belikan untuk diri sendiri, korang boleh hadiahkan untuk mereka yang tersayang, ibu ayah, saudara-mara dan sahabat yang mendapat seruan Allah untuk ke tanah suci. Dalam masa yang sama, korang juga boleh menjana pahala dari mereka secara tidak langsung bila mereka memakai barangan atau pakaian pemberian korang semasa melakukan ibadat disana. Bestnya hihi :')

See? Mana tak rambang mata tengok koleksi HAQQI yang tersangat cantik ni. Zaman sekarang ni kita lagi suka benda yang memudahkan. Buat Yaya sendiri yang merupakan pencinta tudung sarung, terus Yaya jatuh cinta gila dengan tudung lekap dagu tu. Tapi belum berkesempatan nak beli lagi cuma bila tengok design tudung tu, memang cantik sangat la. Shape tudung tu buatkan wajah si pemakai nampak lebih runcing kan? Boleh sorok double chain :p 



Ni cuma sebahagian sahaja kelengkapan haji & umrah yang dapat Yaya tunjukkan. Kalau korang nak tengok lebih lagi, jangan lupa pergi ke www.haqqi.com.my tau! Semua kelengkapan dari hujung rambut sehingga hujung kaki termasuk produk untuk kegunaan ketika menunaikan haji & umrah turut dijual di HAQQI. 


So ini adalah telekung pilihan Yaya. Suka gilaaaaa~~!! Cantik sangat :'D Sangat kemas dan selesa! Kain cotton di permukaan muka pun melekap elok di dahi dan dagu. Untuk mereka yang tinggi lampai, jangan risau sebab kain telekung ni labuh dan menutup keseluruhan kaki. Nampak tak Yaya pakai tu? Terlebih-lebih panjangnya hee. Kalau nak tahu, ini adalah design bagi Telekung Aisya Ekslusif dari HAQQI sendiri. Banyak lagi pilihan telekung yang cantik. Jangan korang pening nak pilih sudah :p 


Hiasan kerawang yang terdapat disekeliling telekung ni memang cantik dan klasik sangat. Yela zaman sekarang ni asyik pakai telekung warna-warni je kan. So apa kata kita back to basic semula dengan mengenakan telekung putih wee! < 3


Getah di pinggang yang sangat selesa. Kebanyakan wanita memang suka kain telekung yang bergetah macam ni kan? Senang sangat tinggal sarung sahaja dan tak payah ikat-ikat.


Riben dibahagian telekung ni memang comel. Tak adalah tersekat atau tersimpul ikatannya nanti.


Ini adalah contoh Telekung Aisya Ekslusif di bahagian muka. Kain cotton yang lembut dan sejuk ini serius sangat selesa dan sesuai dengan semua jenis muka tak kira jenis kecil atau besar. Kebanyakan telekung yang Yaya pakai mesti longgar di bahagian muka dan Yaya kena sediakan pin bagi dia melekap sempurna. Tapi Telekung Aisya Ekslusif ni memang mesra dengan semua jenis muka. Happy sangat dapat telekung baru yang sangat best di website www.haqqi.com.my ^_^


Suka suka suka! >.<

So untuk korang yang nak cari kelengkapan Haji & Umrah atau busana islamik yang memang kebaboom, jangan lupa singgah di www.haqqi.com.my tau! 

Cara membeli di HAQQI secara online :
- > Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik Daftar
-> Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. 
Check -> Periksa alamat penghantaran. 
Choose - > Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.   
Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my. 


HAQQI juga turut terdapat di dalam aplikasi Lemabga Tabung Haji iaitu "Thijari" dan laman web KTHB di www.kthb.com.my .


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Haqqi
Instagram : @haqqi.com.my
Twitter : @my_haqqi
Alamat : No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, 
Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris JAKEL)
No. Telefon : +60 3-5523 4798





Terima kasih sudi baca

4 comments:

  1. lisa pun suka telekung putih. ha.. ni ok la kot sebba takde getah. kita sama la..tak suka ada bekas kt muka kalau pakai telekung yg ada getah tu

    ReplyDelete
  2. Muka dye nampakkk best pakaiii kannn

    ReplyDelete
  3. Rugi xpilih telekung. :(

    Boleh buat sembahyang raya. hukss

    ReplyDelete
  4. kain dia tebal x?

    ReplyDelete