Mar 10, 2017

Cantik dan sihat dengan Gula Gula Magic dan Jus D'ria Mediherba



Sejak 9 bulan yang lepas, Mediherba Solutions telah mengeluarkan dua produk makanan tambahan yang berasaskan sunnah iaitu GGM (Gula-Gula Magic) dan juga JUS D’RIA . Kedua-dua produk ini telah mula berada di pasaran dan boleh dibeli secara online mahupun di kedai-kedai jamu yang berdaftar.

Berpegang dengan kandungan dan bahan semulajadi dalam pembuatannya, kedua-dua produk ini merupakan produk gabungan bersama pati herba yang pertama di Asia Tenggara dan langsung tidak menggunakan bahan kolagen atau gula yang memudaratkan menurut Pengarah Urusan Mediherba Solutions iaitu Puan Rohasniza Rosli (Yaya Rosly).


Siapa tak kenal Yaya Rosly? Haa ni Yaya nak ceritakan mengenai produk baharu dari Yaya Rosly yang juga merupakan pereka fesyen terkenal. Kalau jumpa beliau depan-depan taulah yang beliau ni memang comel, manis dan rendah diri orangnya. Cakap pun soft je! Hihi. 


GGM (Gula-Gula Magic)

Untuk pengetahuan semua, sebelum ni Yaya ada review tentang GGM iaitu Gula-gula Magic yang sangat sedap! Nak baca ke? Boleh rujuk entri ini :p . Tapi kini Gula-gula Magic yang baharu telah diinovasikan semula dengan kandungan yang lebih baik dan packaging yang lebih cantik dan ekslusif gitu! Kalau sebelum ni ada 3 perisa, tetapi sekarang ianya lebih fokus kepada dua perisa yang menjadi kegemaran ramai iaitu coklat dan epal hijau. Serius lagi sedap gila dari yang dulu. 



Kalau ada sesetengah orang yang alah dengan kolagen, sesunggunhnya GGM dari Mediherba ini merupakan suplemen yang sesuai untuk semua. Tahu kan ibu mengandung tak sesuai makan kolagen? Haa kalau tak tahu pi Google kenapa ya. Yang penting, walaupunn GGM berasaskan susu kambing, ianya bebas dari sebarang kolagen dan juga menekankan makanan sunnah seperti Habbatusauda sebagai khasiat utama. Selain itu ianya turut mengandungi kandungan dan khasiat Kurma, Apricot, Bluberry, Teh Hijau, Madu dan juga Buah Delima untuk menambah baik kesihatan dalaman sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan bertenaga sepanjang masa. Sesuai sangat dengan trademark "Jelita tanpa Derita" yang digunakan. ;)


Cara pengambilan GGM : Kunyah 1-2 tablet pada bila-bila masa yang korang suka. Lagi best lepas tu minum banyak air supaya ianya mudah menyerap ke dalam tubuh dengan lebih baik. Setiap pek GGM mempunyai 30 biji tablet tau! Syok sangat kunyah gula-gula susu kambing yang sedap. Hihi


Khasiat GGM selain dari Anti stress, Mencerah dan Menganjalkan kulit ialah :

✔ Menurunkan tekanan darah
✔ Membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak teratur 
✔ Membantu menurunkan kolestrol
✔ Mengurangkan risiko kanser 
✔ Melawaskan pencernaan
✔ Melancarkan kitaran haid
✔ Meningkatkan kesuburan rahim
✔ Kecerdasan minda
✔ Meningkatkan kekuatan tulang
✔ Anti kanser

Harga GGM :
RM69.00 (Semenanjung Malaysia)
RM79.00 (Sabah Sarawak)


JUS D'RIA

Untuk mereka yang mempunyai masalah resdung, ekzema dan juga lelah, Jus D'Ria mampu merawat dan mengurangkan masalah yang dihadapi dengan pengambilan secara konsisten. Boleh diambil oleh bayi seawal umur 6 bulan, inovasi Jus D'Ria ini tercetus apabila Yaya Rosly sendiri telah menggunakan rawatan dengan kaedah yang sama kepada anak lelaki beliau yang menghidap lelah.

Jus D'Ria berfungsi untuk merawat :

✔ Selesema / batuk
✔ Menghilangkan lendir dan kahak
✔ Merawat masalah gatal kulit / alergi
✔ Merendahkan kolesterol
✔ Menguatkan ketahanan badan
✔ Membentuk sistem pencernaan badan
✔ Membaik pulih luka dengan cepat
✔ Menjadikan kulit lebih cantik dan sihat
✔ Menghilangkan parut lama seperti jerawat dan luka kecil
✔ Mengurangkan tekanan darah
✔ Melindungi jantung
✔ Menguatkan daya ingatan
✔ Membantu menurunkan paras gula dalam darah
✔ Membantu melegakan gatal-gatal di bahagian mata, hidung dan telinga akibat resdung
✔ Mengurangkan kemerahan akibat gatal-gatal pada kulit


Bahan utama Jus D'Ria ialah Aloe Vera. Buah Delima, Halia, Madu, Echinachea, Oregano, Bawang Putih, Dong Quai (herba cina), Akar Manis, Acai Beri, Camu-camu , Vitamin C, Epal stemsel, Argan stemsel dan juga Stevia. Gabungan bawang putih dan madu juga sememangnya baik untuk melegakan penafasan dan mengurangkan masalah resdung.


Selain tidak mempunyai gula, Aloe vera yang diimport khas dan berkualiti tinggi ini juga umumnya berupaya menyembuh luka-luka kecil, membantu untuk melembabkan kulit dan juga mengurangkan masalah penyakit ekzema. 


Cara Pengambilan Jus D'Ria : 2 kali sehari sahaja. Minum 10ml di waktu pagi dan 10ml di waktu malam. Bagi kanak-kanak memadai dengan 3ml ke 5ml sahaja 2 kali sehari pada waktu pagi dan juga malam.


Harga  JUS D’RIA :
 RM88.00 (Semenanjung Malaysia) 
RM98.00 (Sabah dan Sarawak) 


Tak sabar nak suruh Shawn try Jus D'Ria tu sebab dia ada masalah resdung. Setiap pagi mesti hacuum haacum bersin. Yang Gula-Gula Magic mestilah Yaya punya sorang. Hihi :p

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan pembelian :

Mediherba Solutions
46-2, Jalan Taman Damai 2, Taman Damai Utama, 47180 Puchong Selangor 

Hotline : 
018 - 6610104 

Puan Yaya :
+60126460210 

Encik Syahrul : 
+60129484420

Email : 
info@mediherba.my 

Facebook : 

Instagram : 



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment