Mar 31, 2017

Bestnya shopping di Lazada Malaysia Big Baby Fair


Hai korang! Terutama kepada ibu-ibu dan juga bakal ibu yang tak sabar menanti kehadiran cahaya mata tersayang. Fuhh Yaya sejak nak masuk 32 minggu ni berdebar je rasa. Semoga dipermudahkan segala urusan buat mereka yang bakal bergelar ibu. Genap harini kalau ikut application iMom, tinggal 60 hari sahaja lagi sebelum kedatangan ahli keluarga baru dalam kehidupan Yaya dan suami :')


Kalau orang tanya tentang persiapan Yaya menyambut cahaya mata, Yaya rasa macam tak cukup je lagi barang baby yang Yaya beli walaupun seawal baby 20 minggu lagi Yaya dah start beli botol susu Tommee Tippee di Lazada hehe kebetulan ada sale masa awal tahun tu. Kiranya macam pemangkin semangat la untuk meneruskan tempoh semasa mengandung :)


Bila dapat tahu Lazada adakan promosi untuk kesemua barangan baby sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung dari 29 Mac sehingga 2 April 2017 ni, Yaya rasa nak lompat bintang terus sebab yelah masa ni la yang paling sesuai untuk Yaya beli pelbagai barangan baby dengan harga yang murah. Yang penting lagi murah dari kedai barangan baby kat luar sana dan yang lagi best, Yaya tak perlu berlelah nak berjalan dan berpusing dalam kedai (haha ni paling penting sekarang ni cepat sangat penat bila berjalan banyak). Nak lagi best lagi? Yaya boleh survey barang baby dengan hanya berbaring sahaja di atas katil :p 


Nak tengok barang yang Yaya sempat grab semasa Lazada Malaysia Big baby Fair berlangsung? Boleh tengok di bawah ye. So far Yaya dah dapat Baby Bottle Brush dengan set baju baby 3 in 1. Serius laju gila Yaya order pada hari khamis 30hb, 31hb iaitu Jumaat terus dah dapat tau! Barangan lain akan sampai dalam minggu depan hee tak sabar pula. 


Selain itu, Yaya dah beli Real Bubeen Double electric breast pumps with bottles dengan harga yang serius murah! RM53.90 sahaja! :'D Barangan lain pula biasalah barangan basic untuk baby tapi tetap lebih murah dari kat kedai tau! Terima kasih Lazada! Kalau dulu-dulu selalu shopping barangan rumah dan barangan peribadi, sekarang ni bertambah excited bila shopping barangan baby pula. Kalau korang pun bakal ibu macam Yaya, bolehlah ambil idea untuk barangan yang korang nak beli seperti list dibawah ye ;) 


Lazada Malaysia Big Baby Fair juga mengadakan Flash Sale untuk barangan tertentu dengan harga runtuh! Yang penting kena standby pada waktu yang dijanjikan iaitu pada pukul 12pm-4pm dan juga 4pm-8pm. Kalau nak tahu, setiap hari Yaya standby tau tapi mungkin belum rezeki lagi. Walaupun standby dah pukul 4pm, laju-laju nak bayar tu cuma tinggal Place Order dan bayar sahaja tapi diberitahu item tersebut dah out of stock. Mula-mula sedih sangat tapi tak apalah in sya Allah ada rezeki lain kan :')



Murah ke tidak harga barangan baby semasa Flash Sale? Fuhh serius bertuah sangat kepada siapa yang dapat tu. Baby Cot terus jadi harga RM10 sahaja! Kalau harga asal memang mahal la. Ni antara 2 barangan yang Yaya tak sempat nak bayar sebab dah out of stock. Yaya standby pukul 12pm dan nextnya juga pukul 4pm, nak check out tu belum pun 1 minit, dah habis dibeli. Memang power la siapa yang lagi pantas tu. Ada lagi barangan seperti set newborn cuma tak sempat printscreen masa dah out of stock tu. Yang bestnya, setiap hari ada barangan baby yang best untuk Flash Sale tau. Korang pun boleh cuba okay! Mana tahu dapat kan hee :)


Dan kebetulan Yaya nampak ada contest Lazada Malaysia Big Baby Fair untuk blogger, Terus rasa berbunga hati ni nak cuba mana tahu ada rezeki Yaya dan baby kan. Hadiahnya memang best sebab setiap pemenang berpeluang untuk memenangi baucer bernilai RM500 dari Lazada. Boleh la buat beli barangan baby kan? :'D


Okay jom kita mulakan ^_^


a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Apakah lampin pakai buang yang menjadi kegemaran anda untuk bayi anda (atau bakal bayi)?




Jenama lampin pakai buang yang bakal menjadi kegemaran Yaya semestinya MamyPoko! Yaya ada juga survey tentang lampin pakai buang yang ada di pasaran dan kebanyakannya memberi cadangan untuk mencuba lampin pakai buang dari jenama MamyPoko. MamyPoko dikatakan tidak membuatkan lampin bocor apabila terlebih 'muatan' dan juga sangat mesra untuk kulit baby yang sangat sesnsitif. Dengan pembuatan dari kapas yang sangat lembut, ianya juga menjadi pilihan nombor 1 bagi ibu-ibu di Jepun. Jadi, pilihan Yaya untuk baby yang bakal lahir nanti mestilah MamyPoko! Lagi best bila lampin pakai buang MamyPoko NewBorn turut dijual dengan harga runtuh di Lazada dengan harga RM89.90 untuk 3 pek! Memang kena beli untuk buat stok awal-awal hehe :D


b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Apakah susu formula yang menjadi pilihan dan kegemaran untuk bayi anda (atau bakal bayi)?


Susu formula pilihan Yaya untuk baby yang bakal lahir nanti sebagai sokongan jika baby tidak cukup menyusu semasa awal kelahiran mestilah Nestle NAN Pro Step 1 ini. Susu ini sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir dan rumusan susu ini mengandungi zat DHA & ARA yang diperlukan oleh semua bayi untuk tumbesaran yang baik. Yaya memang akan bersedia dengan susu formula sebagai langkah awal jika ada sebarang masalah nanti. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan baby Yaya nanti akan sentiasa mendapat khasiat yang diperlukan. :')



c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Pilih satu produk dari Lazada Malaysia yang anda inginkan untuk anak anda (atau bakal bayi).



Semestinya produk yang sangat Yaya idam-idamkan dan hari-hari buka Lazada untuk tengok kalau harga dia akan berubah jadi lebih murah ialah Baby Cot ini. Kena kumpul duit lagi ni untuk dapatkan baby cot ni. Bagi Yaya baby cot ni memang sangat penting untuk baby yang akan lahir nanti sebab katil Yaya tak adalah besar mana cuma muat-muat Yaya dan suami sahaja. So baby boleh tidur dengan selesa dalam baby cot disebelah katil. Dalam masa yang sama juga nak elakkan baby dari terlanggar dengan ibu ayah dia semasa tidur huhu. So yes, I really need baby cot for my baby. Lagi excited bila Lazada akan bagi 2 helai sarung tilam percuma tu alaa bestnya kalau dapat beli. Masih tengah kumpul duit lagi. Yaya memang berkenan dengan design dan warna baby cot ni :')


Kalau korang pun nak join Lazada Big Baby Fair Blogger Contest, boleh baca maklumat lanjut di http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ . Lepas tu jangan lupa layari http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ dan shopping di Lazada sempena Big Baby Fair tau! 


**Masih ada promosi barangan baby dengan diskaun sehingga 85% sampai 2 April 2017 nanti!  Cepat shopping sebelum kehabisan stok :)


Terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. Wahh.. bestnya kalau menang..good luck yaya..semoga yaya akan jadi salah seorang pemenang nanti..

    ReplyDelete
  2. Mgood luck yaya, baby fair betul betul murah tapi tu la.. laju bebenor org grab hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang worth every penny beli time lazada big baby fair haritu hee

      Delete
  3. A stage that needs a delicate care and also a playful mind that gets moulds in a way you want it to be moulded.
    Lazada is the perfect place for shopping.

    ReplyDelete