Mar 22, 2017

4 Produk Hilangkan Parut Paling Disukai Ramai di Dunia



Dalam banyak-banyak parut, parut yang paling senang dilihat oleh orang ramai dah tentulah parut jerawat kan :( . Untunglah siapa yang mempunyai wajah mulus bersih yang bebas jerawat dan juga masalah parut. Macam Yaya sendiri, bila naik seketul jerawat, mesti rasa stress sebab kita tahu susahnya nak hilangkan parut tu nanti! Even kalau dah tiada jerawat muncul dari penjagaan muka yang rapi pun, still ada parut jerawat lama yang susahnya nak hilang. Lagi-lagi parut dari jerawat yang muncul dari permukaan muka yang selalu terlindung dengan tudung atau shawl. Mungkin bila berpeluh dia terkepam gitu kan, maka tumbuhlah jerawat kat area tepi muka kita ni. Selain dari tu, of course dari sikap malas sendiri yang tak cuci make up betul-betul dengan make up remover sebelum guna pencuci muka. Hihi salah sendiri la macam ni kan. So siapa yang ada masalah parut jerawat yang sama macam kita? Sepp!!


So harini Yaya nak share kat korang 4 produk yang berkesan untuk menghilangkan parut yang mana paling disukai ramai di dunia. Aaa gitu! Pendek kata, depa ni semua memang larislah dalam pasaran dan selalu menjadi pilihan kepada mereka yang mempunyai masalah parut yang sukar dihilangkan. Jom baca!


#1 - Mederma 

Antara brand yang amat terkenal gitu. Kebanyakan yang memilih untuk menggunakan Mederma ni kerana mereka mempunyai parut luka akibat pembedahan, lecuran air panas yang teruk atau parut yang timbul macam tu. Ngeri okay ala-ala macam parut injection yang timbul tulah. So Mederma ini dipercayai dapat membantu mengecutkan parut tersebut. Kalau tengok testimoni dari kebanyakan orang ramai, Mederma telah membantu mengecutkan parut yang timbul-timbul tu. Syabas Mederma.

Antara kandungan yang terkandung di dalam Mederma ini ialah :

✔ Aqua (Purified)
✔ PEG-4
✔ Aloe Barbadensis Leaf Juice
✔ Allium Cepa Bulb Extract
✔ Xanthan Gum
✔ Allantoin
✔ Methylparaben
✔ Sorbic Acid
✔ Parfum


#2 - Azanis Scar Serum

Siapa yang tak kenal Azanis Scar Serum ni memang ketinggalan la uols. Antara produk hilangkan parut yang amat terkenal kat Malaysia. Kebanyakan kawan Yaya memang gunakan Azanis Scar Serum ni. Kalau baca dan tengok sendiri testimoni dia, fuhh tak terkira banyaknya pengguna yang sangat berpuas hati sebab semuanya merasai perubahan ketara dalam hanya tempoh 1 bulan penggunaan! Persis rawatan laser gitu. Ianya tinggi dengan kandungan antioksidan, membantu pertumbuhan sel dan juga kulit baru yang lebih cepat dan sihat. Selain sesuai untuk rawatan parut lama dan juga baru, ianya juga berfungsi untuk mencantikkan dan menyekatakan tona kulit kita.

Antara kandungan yang terkandung di dalam Azanis Scar Serum ialah :

✔ Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
✔ Ekstrak Calendula Officinalis Extract (Calendula)
✔ Minyak Lavandula Angustifolia (Lavender)
✔ Minyak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary Oil)
✔ Munyak Bunga Anthemis Nobilis (Chamomile Oil)
✔ Minyak biji Helianthus Annuus (Bunga matahari)


#3 - Bio Oil

Untuk mereka yang mempunyai bajet rendah dan sentiasa rajin, sabar dan komited untuk sapukan ubat parut hari-hari, memang sesuai sangat uols guna Bio Oil ni. Mula-mula belajar nak hilangkan parut memang Yaya beli Bio Oil je sebab harganya tak mahal sangat dan juga tahan lama. Bio Oil berfungsi untuk menghilangkan parut, menyamaratakan warna kulit, melembabkan kulit dan juga menghilangkan stretch mark. Yaya memang tengah gunakan Bio Oil masa mengandung ni sebab taknak perut merekah jadi buruk ke apa kan huwaaa scary. Tapi tak rajin pulak nak buh hari-hari haha. Agak-agak rasa tegang lepas tu gatal tu baru nak sapu :p . Sebelum ni pernah kena gigit dengan semut charlie so parut tu memang disaster nasib baik kat pelipat lutut so tak nampak sangat. Yaya pakai Bio Oil juga tapi serius kena sabar sebab lambat juga parutnya nak hilang. 

Antara kandungan yang terdapat di dalam Bio Oil ialah :

✔Botanicals
✔Calendula Officinalis Flower Extract (Calendula Oil)
✔Lavandula Angustifolia Oil (Lavender Oil)
✔Rosmarinus Officinalis Leaf Oil ( Rosemary Oil)
✔Anthemis Nobilis Flower Oil ( Chamomle Oil)
✔Vitamins
✔Retinyl Palmitate (Vitamin A)
✔Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
✔Oil Base
✔Paraffinum Liquidum
✔Triisononanoin
✔Helianthus Annuus Seed Oil
✔Fragrance (Rose)


#4 - Dermatix

Antara produk yang top gila dalam menyelesaikan masalah parut di kulit. Sesuai untuk mereka yang mempunyai parut dari luka yang baru sembuh. Perasan tak kadang-kadang parut lama ataupun baru yang kita ada tu terasa gatal? Haa Dermatix ni boleh melegakan rasa gatal tu. Ayah Yaya pun pakai Dermatix ni tapi kena pakai berjimat-jimat juga sebab harganya yang agak mahal. Maksud berjimat kat sini bukan main picit je keluar bagi banyak. Picit la slow-slow bagi keluar sikit-sikit sesuai dengan kuantiti gel untuk disapu ke permukaan parut itu so takdelah membazir kan.


Antara kandungan yang terkandung di dalam Dermatix ialah :

✔Glycerin
✔Caprylic/Capric Triglyceride
✔Isotridecyl Isononanoate
✔Neopentyl Glycol Diethylhexanoate
✔Dimethicone
✔Cetyl Ethylhexanoate
✔Triethylhexanoin
✔Polyacrylamide
✔Panthenol
✔Cetearyl Alcohol
✔Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water
✔Camellia Sinensis Leaf Extract
✔Hippophae Rhamnoides Fruit Extract
✔Brassica Oleracea Italica (Broccoli) Extract
✔Orchid Extract
✔Theobroma Cacao (Cocoa) Extract



Bagi mereka yang nak cuba Azanis Scar Serum yang semakin menjadi pilihan tak kira jantina dan peringkat umur ni, make sure sebelum beli pastikan original dan dapatkan dari pengedar yang sah okay! Maklumlah bila produk dah mula famous ni ada jela pihak yang dengki dan cuba nak ambil keuntungan diatas usaha orang lain. Azanis Scar Serum juga boleh didapati di farmasi Caring, Watson dan juga Guardian.



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment