Mar 1, 2017

Pelancaran Kerusi Urut baharu dari Monspace



Hai korang! Hmm siapa kat sini teringin sangat nak ada kerusi urut kat rumah? Bestnya kalau ada kan! Bila penat ke lenguh badan ke haa tadah je badan tu dekat kerusi urut. Hihi mana tahu akan datang ada rezeki nak ada kerusi urut sendiri kan :p . Kebetulan pada 26 Febuari 2017 lepas, Yaya berkesempatan menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian antara MONSPACE dan SOFO serta Pelancaran Kerusi Urut SOFO yang bertempat di PICC, Putrajaya. Memang meriah sungguh dewan utama tu dengan kehadiran ribuan peserta dari seluruh negara. Dari Thailand pun ada tau siap bawa bendera negara masing-masing. Hehe



MONSPACE Multinational Corp telah menganjurkan pelancaran kerusi urut SOFO dan juga acara menandatangani Capital Injection Agreement diantara Monspace bersama SOFO yang merupakan Chinese Smart Furniture Company.


SOFO ditubuhkan pada tahun 1997. Berpusat di Guangzhou, ia adalah sebuah syarikat yang pakar dalam penyelidikan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan aset kesihatan. Ia memberi tumpuan kepada empat produk dan servis utama iaitu urutan Cina, fisioterapi, kecantikan, dan juga senaman. Produk mereka kini dijual ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Dengan kemajuan teknologi yang serba canggih, manusia kini memerlukan peralatan dan perabot pintar untuk kemudahan di rumah. Permintaan yang tinggi dalam pasaran juga selari dengan kenaikan kualiti hidup manusia. 


Kerusi urut SOFO yang berteraskan matlamat “Elegant, Young, Energetic”, mengubah persepsi tentang kerusi urut yang biasa mengambil ruang yang besar untuk diletakkan di suatu sudut. 



Ketua Pegawai Eksekutif SOFO, Mr K.L. Chen, Pengasas MONSPACE Multinational Corp, Dato Sri Jessy Lai, dan pengasas SOFO Mr Yuan Zhen Ping.



Kerusi urut ini direka dengan fungsi yang canggih dengan kadar maksimum kelenturan 132 darjah. Lagi best, pengguna hanya perlu meninggalkan 10cm antara kerusi dan dinding di belakangnya demi menjimatkan ruang. Ini adalah peningkatan yang besar berbanding kerusi urut konvensional, di mana 0.5-1.0m diperlukan untuk kebiasaan kerusi urut. 




Ketika sesi temu ramah bersama Pengasas MONSPACE Multinational Corp, Dato Sri Jessy Lai. 

Gaya hidup yang sibuk masakini menjadikan kebanyakan mereka mudah tertekan dan memerlukan kaedah istirehat sendiri yang menenangkan dan tanpa gangguan. Kerusi urut SOFO yang menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu ini menjadikan ianya pilihan bijak buat mereka yang mementingkan kesejahteraan mental dan fizikal.


Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki kerusi urut SOFO ini boleh terus layari laman web MOONSPACE Mall di monspacemall.com.my okay! Paling cantik of course warna merah. Hihi


Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment