Hai korang! Pernah tak rasa fed up gila nak kemas barang-barang penjagaan muka bila nak travel atau kemana-mana dalam tempoh singkat? Sejenis Yaya yang memang rimas bila banyak benda nak kena angkut terutama sekali barang penjagaan muka. Bayangkan kadang-kadang tertinggal toner lah, serum lah, pencuci mukalah, krim malam lah, blusher, lipstik favorite dan lain-lain. Lagi-lagi bila Yaya sekarang selalu ulang-alik Pahang-KL-Pahang. Kalau boleh nak semuanya cepat, kemas dan se-simple mungkin bila nak mengemas tu.
Sekarang, rasa bersyukur gila bila terjumpa produk Bluebell Radiance Skincare Series masa tengah scroll IG haritu. Bila tengok, eh mudahnya. Senang betul nak boh dalam beg. Nak pi jalan-jalan pun senang. Semua dalam satu. Beg dia pun comel sangat! Lagi best bila usha ramai yang mempunyai kulit wajah sensitif macam Yaya, bagi feedback positif lepas guna set Bluebell Radiance Skincare Series ni.
Dari kiri Bluebell Cleanser Radiance, Bluebell Night Moisturiser Radiance, Bluebell Daily Defence Moisturiser Radiance, dan Bluebell Serum Radiance.
Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :
Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen & Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.
Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)
Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
- Merawat jerawat & jeragat
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Membuang blackheads
- Merawat kulit kusam
- Menjadikan muka glowing
- Melembapkan kulit
- Merawat sunburn
- Merawat kulit sensitif
- Melindungi dari sinar UVA & UVB
- Melambatkan proses penuaan
- Menghilangkan tompok hitam
- Menganjalkan kulit
- Mengelakkan liang roma tersumbat
- Mencerahkan kulit
- Menjadikan kulit bebas cela.
Rawat
Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna & terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊
Cara Penggunaan Bluebell Radiance Skincare Series
Bluebell Cleanser Radiance
Harga : RM 17
Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.
Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih. Baunya Yaya memang suka sangat sebab lembut dan wangi. Lepas cuci muka memang terasa lembut, bersih dan wangi je. Mudah kalau nak pergi shopping dan solat di surau sebab botol dia comel dan mudah dibawa.
Bluebell Serum Radiance
Harga : RM 35
Serum yang diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Sebelum tu, korang tahu tak serum sangat penting untuk muka? Tips nak make up tak crack atau pecah, korang wajib sapu serum muka dahulu untuk make up yang tahan lebih lama. Titiskan 2-3 titik dan sapu dan urut secara lembut sehingga serum menyerap di wajah. Yaya memang pakai serum sebelum pakai apa-apa krim di muka tak kira krim siang ataupun krim malam. Even kalau malas make up pun, Yaya akan pakai serum dulu baru pakai bedak tabur lepas tu tetap confident pergi dinner dengan husband. Hihi. Serum ni best okay! Duta Bluebell sendiri iaitu Reen Rahim pun paling suka serum. Wangi dan sangat sesuai dengan semua jenis kulit.
Daily Defence Moisturiser
Harga : RM37.00
Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dart sinar UVA serta UVB.
Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Selepas muka dicuci dengan Bluebell Halal Cosmetic Cleanser dan penggunaan Serum Radiance, titiskan pelembap di dahi, pipi dan dagu. Kemudian sapu rata ke seluruh muka. Jujurnya, Yaya suka dengan Daily Defence Moisturiser ni. Dia macam foundation tapi ringan je memang best bila kita malas nak make up berat pada siang hari dan cuma nak keluar sekejap je. Lagi best ianya mengandungi SPF 30 PA+++. Teksturnya juga sangat lembut serta mudah menyerap dan terasa macam tak pakai apapun. Muka memang rasa ringan je tapi tetap nampak muka dah siap. Hihi
Bluebell Night Moisturiser
Harga : RM 39
Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal.
Cara penggunaan dan testimoni dari Yaya : Selepas muka dicuci dengan pembersih muka Bluebell dan selepas pemakaian Serum Radiance, sapu dan urut pelembap malam secara perlahan ke seluruh wajah. Memang sangat mesra dengan kulit Yaya dan tidak meninggalkan kesan atau rasa panas seperti sesetengah produk lain. Kalau rasa tak selesa memang Yaya stop terus tapi krim malam Bluebell memang serasi dengan Yaya. Nak bangun tidur dengan muka yang lembut dan sihat? Jangan lupa guna Bluebell Night Moisturiser okay!
Jom tengok testimoni dari pengguna Bluebell Radiance Skincare Series
Nak tengok testimoni lain yang gempak semuanya? Jemput tengok di website Bluebell/testimonial
Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Yaya cadangkan kat korang untuk terus beli dengan harga jimat. Macam mana? Belilah pack terus! Senang semuanya dalam satu! Harganya pun memang berbaloi sungguh. Make sure beli yang ada serum sekali. Barulah lengkap set penjagaan wajah uols. Hihi
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://bluebell-halal.com/
Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal
Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia
No Tel : 019-356 8850
Terima kasih sudi baca
comel je bekas die..
ReplyDeletekan..senang pakai blue bell ni . tak la berat sangat dan makan tempat kalau bawa g travel
ReplyDelete