Hai semua! Pernah dengar nama TouristGuide.com.my? Kebetulan haritu Yaya berkesempatan menghadiri Grand Launching mereka yang bertempat di Hotel Westin, KL. Acara gilang gemilang ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab yang merupakan Director General dari Tourism Malaysia.
Telahpun ditubuhkan pada tahun 2011, TouristGuide.com.my kini boleh berbangga apabila telah mendapat sambutan baik dan kerjasama dari hotel, pengusaha pelancongan tempatan dan juga syarikat penerbangan selama lima tahun beroperasi. Hubungan baik ini telah memberi kelebihan kepada kedua belah pihak dan juga kepada TouristGuide.com.my sendiri untuk menawarkan lebih banyak tawaran pelancongan dan percutian jimat yang menarik kepada semua ahlinya.
Suka bercuti tetapi risau dengan perbelanjaan yang mahal? Jangan risau okay! Lepas ni korang semua boleh bawa orang tersayang ke tempat percutian impian yang dah lama dalam wishlist tu! Bila lagi nak gembirakan mereka yang selalu berkorban untuk kita kan? Hehe amboi ayat meminta sangat (harap Shawn baca. Bahaha!) Yang penting, kita tetap kena lihat keadaan kewangan dan seboleh-boleh nak pergi bercuti dengan bajet yang paling rendah tetapi tetap selesa dan menggembirakan. Betui dak? Maka dengan itu, TouristGuide.com.my sendiri telah menawarkan pakej percutian dengan harga yang lebih rendah berbanding agensi lain. Pakej ini termasuk dengan harga tiket penerbangan, hotel untuk menginap dan juga pakej menarik yang lain. Jangan risau, korang boleh buat pilihan terbaik sebelum memilih pakej terbaik dengan mendapatkan khidmat rundingan dari staf TouristGuide.com.my sendiri.
6 Kelebihan Menggunakan TouristGuide.com.my
1. Tempahan Hotel Lebih murah daripada yang lain
TouristGuide.com.my telah berkerjasama dengan kebanyakan hotel di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan hotel di portal TouristGuide.com.my. Selain itu, TouristGuide.com.my juga mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama mereka.
2. Tempah Penerbangan, Mendapat mata, Menebus tiket secara percuma
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Selepas ini, tempahan penerbangan boleh dilakukan di laman web TouristGuide.com.my sekaligus pengguna akan mendapat point atau mata ganjaran dan boleh mendapatkan tiket penerbangan secara PERCUMA apabila menebusnya di masa akan datang.
3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%)
Yang paling best bila kita semua orang boleh bercuti dengan kadar yang paling tak masuk akal iaitu dengan harga yang murah dan sangat menjimatkan! Haa tak sabar la tu! Kalau nak tahu scroll sampai bawah tau! Jangan lupa rebut peluang bercuti dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 nanti! Promosi sah dari sekarang sehingga 30 November 2016. Jangan lupa layari TouristGuide.com.my .
4. Pangkalan Travellers
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong dan menyasarkan 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang lebih luas pelancong, TouristGuide.com.my mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun untuk percutian yang lebih murah.
5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong yang telah mendaftar di www.touristguide.com.my kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata ganjaran dan boleh digunakan untuk menebus percutian secara percuma dengan mata ganjaran yang dikumpul.
6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian
Ops. Mesti korang dah mula rasa lain macam kan kenapa macam best sangat je TouristGuide.com.my ni takut juga ada agenda tersembunyi. Tapi korang jangan risau. TouristGuide.com.my ni bukan macam MLM tau! Tiada yuran keahlian dan semuanya PERCUMA. Jadi jangan lupa mendaftar keahlian di TouristGuide.com.my okay!
Amboi ternganga kejap kita tengok harga pakej yang ditawarkan ni. Memang berbaloi dan murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga pakej dari agensi lain. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej percutian dengan harga hebat ini okay!
Promotion Period: Now until 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)
Jangan lupa daftar keahlian korang dahulu di http://touristguide.com.my/register untuk mendapatkan pakej percutian di TouristGuide.com.my tau! Dah boleh plan bercuti dengan tersayang dah! Wehuuu!
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.touristguide.com.my/
Instagram : @touristguide.com.my
INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free : 1800 38 3338
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)
Email : contact@touristguide.com.my
Terima kasih sudi baca
hi, saya datang follow sini :)
ReplyDeleteemmm bestnya bercuti. Memang berbaloi dan murah sangat ni.. tggu lagi ? jom
ReplyDeletehuwaaa bestnya . rasa nak tempah untuk honeymoon.. opsss hahaha
ReplyDelete