Salam semua! Rasanya ramai dah tahu tentang khasiat Ephyra yang tidak terbatas ni. Yaya sendiri merupakan pengguna tegar Ephyra Collagen Drink sejak setahun dua ini. Jujur kata, Ephyra merupakan minuman kegemaran Yaya. Bukan sebab khasiatnya sahaja tetapi rasanya yang memang sedap dan menyegarkan. Siapa kata leceh kalau nak kena bancuh bagai? Nak cantik kenalah rajin! Entri kali ni Yaya akan kongsikan khasiat yang terkandung dalam Ephyra Collagen Drink dan juga pengalaman Yaya sendiri sepanjang mengambil suplemen ini. ^_^
Percaya tak Yaya dah nak masuk kotak yang ke tujuh? Serius memang Yaya jatuh cinta dengan Ephyra Collagen Drink ni sejak dari kotak pertama lagi. Nak tahu kenapa Yaya suka sangat dengan Ephyra Collagen Drink? Baca testimoni Yaya sendiri dibawah nanti okay! Tapi sebelum tu jom kita kenal lebih mendalam dengan Ephyra Collagen Drink.
Rasa ajaib betul bilamana 9 bahan antioksida di dalam setiap sachet Ephyra Collagen Drink mampu memberi khasiat menyeluruh kepada seluruh anggota badan kita.
Formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida itu ialah :
- Kolagen Ikan Laut Dalam
- Acai Beri
- Gam Akasia
- Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta
- Ekstrak Bunga Marigold
- Acerolla Ceri
- Serbuk Tomato
- Superberi
- Astaxanthin
Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
- Lelaki dan perempuan.
- Umur 4 tahun dan ke atas.
- Ibu menyusu & hamil.
10 Hasil Yang Nyata Apabila Anda Mengamalkan EPHYRA :
1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri.
2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah.
3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
4. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
5. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan.
6. Mengurangkan kadar kolesterol.
7. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
8. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
9. Mengawalkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma.
10.Mengurangkan kesakitan sendi dan arthritis.
Manfaat Ephyra kepada Ibu Mengandung / Menyusu Badan / Dalam Pantang :
1. Mempercepat penyembuhan luka bersalin dengan pantas
2. Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
3. Menambahkan susu badan
4. Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
5. Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
6. Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan
3 Cara Mudah Penyediaan Ephyra Collagen Drink :
1. Sediakan 180ml air biasa atau sejuk dan 1 sachet Ephyra Collagen Drink
2. Tuangkan serbuk Ephyra Collagen Drink ke dalam air, tutup ketat penutup shaker dan goncangkan sehingga larut.
3. Sedia untuk diminum! Yaya suka letak 180ml air sebab baru terasa buah oren ala-ala sugus tu. Sedapnya minum sejuk-sejuk!
Perkara Penting Mengenai Ephyra Collagen Drink :
- Dilarang bancuh Ephyra menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut
- Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum
- Kurangkan minum cafien, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
- Ambil Ephyra ketika perut kosong adalah digalakkan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrien dalam badan
- Tindak balas terhadap badan adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang
- Minum secara konsisten adalah digalakkan
- Ephyra mempunyai PREMIUM PACK mempunyai 30 sachet berharga RM197 (beserta shaker) untuk penggunaan selama sebulan , dan TRIAL PACK mempunyai 10 sachet berharga RM60 untuk penggunaan selama 10 hari (tanpa shaker)
Testimoni dari Yaya :
Sebelum & Selepas
Korang boleh nampak keadaan muka Yaya yang penuh jerawat di dahi, hidung dan pipi tu? Tak tahulah salah makan apa atau salah guna produk apa tapi masa tu memang kalau boleh taknak keluar rumah dan nak bagi muka rehat je dari sebarang produk sebab takut bertambah teruk. Terus konsisten balik gunakan Ephyra Collagen Drink dan tak sampai seminggu keadaan muka Yaya pun semakin pulih. Nak pergi event pun bertambah yakin lepas jerawat semakin kecut dan parut semakin pudar hihi. Kalau nak tahu, Yaya bermula minum Ephyra sebab terbaca yang ianya boleh membantu melegakan masalah eczema. Serius kata memang masalah eczema yang Yaya hadapi time tu agak teruk. Lepas minum Ephyra Collagen Drink, masalah ezcema Yaya terus berkurang dan terus hilang!
Yaya berharap eczema tu tak datang lagi sebab kita je tahu peritnya nak menahan gatal dan miang. Lagi sedih bila parut eczema tu lambat baik. Tapi lepas mengamalkan Ephyra Collagen Drink, Yaya memang selalu yakin dengan produk ni kalau kawan-kawan ada masalah eczema ke apa, Yaya memang suggest produk ni kat diorang.
Selain tu, 3 minggu sebelum majlis kahwin Yaya, Yaya memang konsisten mengamalkan Ephyra untuk pastikan kulit sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit macam demam bila penat sangat nak uruskan persiapan majlis. Yang lagi best, pagi-pagi nikah tu Yaya minum Ephyra je untuk persediaan majlis yang sangat sibuk satu hari tu. Mana taknya, pagi nikah, tengah hari bersanding dan petang pula terus outdoor photoshoot. Alhamdulillah tenaga Yaya masa tu sentiasa konsisten dan Yaya percaya itu juga berkat mengamalkan Ephyra. Fuhh harap korang baca pengakuan ikhlas ni. Sesungguhnya Ephyra Collagen Drink memang sangat-sangat bagus. Siapa belum cuba, wajib cuba okay! ❤
Jom tengok testimoni dari pengguna Ephyra Collagen Drink yang lain :
Wow! Memang terbaik! Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, produk Ephyra Collagen Drink ini sebenarnya mempunyai beratus testimoni positif yang mana sangat memberi kepuasan kepada penggunanya. Korang juga jangan risau kerana kesemua produk di bawah jenama Ephyra mempunyai kelulusan KKM dan juga Halal JAKIM.
- Telah disahkan oleh KKM : Ruj (10) dlm KKM-163/s/25 jld.172
- Diperakui HALAL oleh JAKIM
- Mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product)
- Dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan
Tahniah Ephyra kerana telah diiktiraf sebagai Asia Pacific Super Health Brand 2015-2017!
Dah bertaraf antarabangsa tau produk keluaran Ephyra ni. Tumpang bangga sekali. Wee~
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://oceanlife2u.com/
Facebook : Ephyra Oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment