Nov 16, 2016

Passion D'tox | Kenapa perlu singkirkan toksin di dalam badan?




Hai korang! Bila kali terakhir korang buang toksin dalam badan? Tahu tak apa kepentingan membuang toksin yang terkumpul di dalam badan kita? Kalau ikutkan secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal. Siapa kat sini jarang buang air besar? Yaya sendiri tak buang air besar hari-hari tau sedangkan Yaya makan banyak! Tak sihatnya saya :(


Maka dengan itu, Yaya mengambil alternatif untuk mencuba Passion D'tox (PDX) yang mana ianya mengandungi pelbagai buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E seperti khasiat buah lemon, pic dan hampir sepenuhnya khasiat dari buah markisa. Minuman kesihatan ini mengandungi banyak serat yang menghalang karbohidrat berlebihan di dalam tubuh badan dan juga menghalang kalori dari terus bertambah dan tinggal di dalam tubuh badan kita akibat dari pengambilan makanan harian yang tidak sihat. Nyahtoksin atau detox-kan badan dengan Passion D'tox akan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus sekaligus melancarkan lagi sistem pencernaan kita. Yang penting TIADA KESAN SAMPINGAN! Passion D'tox juga langsung tidak menggunakan gula, laxative(julap) atau pewarna tiruan. Ianya 100% menggunakan khasiat semulajadi ;) 

Kenapa perlu singkirkan toksin di dalam badan?

# 1
Toksin ini datangnya daripada pencemaran udara, air, penggunaan bahan pengawet dalam makanan, baja kimia dan pembuangan bahan industri. Toksin ini jika tidak disingkirkan, ia akan kekal dalam tisu dan sel seluruh badan termasuklah otak.

# 2
Mengelakkan penyakit kronik – Toksin di persekitaran kita menyumbang kepada penyakit seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan juga strok. Walaupun tubuh badan kita ada sistem yang mampu menyingkirkan toksin, namun ia dah tak mampu nak tampung dengan keadaan pencemaran sekarang ni.

# 3
Menurunkan berat badan – Toksin yang berlebihan akan menjadi penghalang kepada tubuh badan membakar lemak berlebihan secara semulajadi. Bila berat berlebihan, ia membawa kepada penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.

# 4
Meningkatkan metabolisma badan – Dengan detoks, toksin yang ada dalam sel lemak akan disingkirkan dan akan meningkatkan metabolisma badan. Maka lebih banyak makanan dapat ditukarkan kepada tenaga.

# 5
Meningkatkan dan merangsang sistem imun – Detoks secara berterusan membantu sistem imun badan berkerja dengan lebih efektif untuk menghalang jangkitan dan penyakit.

# 6
Memperlahankan proses penuaan – Apabila toksin disingkirkan, radikal bebas dan sisa logam juga akan tersingkir. 3 bahan ini lah yang membuatkan badan kita lebih tua dari usia sebenar. Bukan sekadar nampak tua di kulit tetapi seluruh fungsi badan juga.


Tanda-tanda anda perlu DETOX :
  • Mempunyai Masalah Penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit Kepala
  • Jerawat
  • Penuaan Pra-Matang
  • Sentiasa Letih
  • Berat Badan Yang Berlebihan
  • Insomnia



Kebaikan Passion D'tox

  • Kaya dengan serat Vitamin C dan E
  • Dapat melarutkan serat di dalam sistem penghadaman untuk mengeluarkan kotoran dan toksin
  • Membantu mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan lemak yang tidak sihat dengan menyekat karbohidrat dan kalori yang berlebihan
  • 100% semulajadi - tiada tambahan gula, julap dan pewarna tiruan
  • Tiada kesan sampingan - semua bahan-bahan adalah semulajadi dan telah diuji secara klinikal
  • Meningkatkan bilangan bakteria sihat
  • Membaikpulih dan menjaga kesihatan kulit
  • Mencegah penuaan kulit
  • Meningkatkan kelembapan pada kulit
  • Menggalakkan pemutihan kulit



Passion D'tox juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan Halal untuk diminum. Untuk pengetahuan korang, Passion D'tox ini juga telah mendapat kelulusan daripada KKM dan juga disahkan Halal serta mempunyai insurans produk bernilai 2,000,000.


Jom ikuti cara mudah penyediaan Passion D'tox :)


1. Sediakan 150 ml air suam atau air bersuhu bilik. 


2. Tuangkan 1 sachet Passion D'tox kedalam cawan yang berisi air tadi.


3. Kacau sehingga larut dan terus minum.


Untuk kesan yang lebih maksimun, minum banyak air kosong terutamanya pada setiap pagi selepas bangun tidur. ;)


Pastikan pengambilan air putih bersama dan minum secukupnya untuk menyokong proses detox. Sebaiknya minum Passion D'tox sebelum tidur kerana ketika itu tubuh badan kita berehat dari mengambil sebarang makanan. 


Passion D'tox tidak digalakkan untuk ibu yang sedang hamil dan juga kanak-kanak tetapi ianya selamat untuk mereka yang sedang menyusukan anak. 


Testimoni dari Yaya :

Masa buka sachet tu aduhai sedapnya bau buah markisa dia! Tapi bila dah minum, memang terasa sungguh seperti air detox! Perlu diingatkan, Passion D'tox tidak mengandungi gula atau sebarang pewarna tambahan. All natural gitu. Yang penting, sistem perkumuhan menjadi bertambah baik dan boleh 'pupu' setiap hari! Nak kurus secara sihat? Jom minum Passion D'tox untuk menyingkirkan toksin di dalam badan sekaligus memberikan kesihatan menyeluruh kepada sistem usus dan tubuh badan kita. Yayy! ^_^


[GIVEAWAY : Passion D'tox PERCUMA!]

Psstt! Korang nak juga tak Passion D'tox ni? Yaya nak bagi percuma kepada 2 pembaca bertuah. Caranya senang sangat. Cuma bagitahu Yaya 1 sebab kenapa kita perlu singkirkan toksin di dalam badan dan kemudian letak hashtag #LiveEatSlim diakhir jawapan di bahagian komen post di Facebook. GA akan berakhir pada 19 Nov 206. Semoga bertuah! :)


Untuk mereka yang nak beli pula, Yaya ada tawaran istimewa untuk pembaca blog Yaya. Korang berpeluang mendapat FREE GIFT untuk setiap pembelian tau! Masukkan code YAYANATSUMIPDXMY semasa membuat pembelian di PassionD'toxMalaysia nanti okay!


Untuk maklumat lanjut : 


#PassionDtoxMalaysia #LiveEatSlim



Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. Wahhh detox detox baik untuk badan kan

    ReplyDelete
  2. ada kawan kat opis ni, lebih 5 bulan tak buang air besar.. dulu tak percaya tapi realiti kes dia kena refer doc tun tak ada penyelesaian.. perot dia jagi keras dan membuncit.. kesian... boleh la suggest produk ni kat dia..

    ReplyDelete
  3. Hahaha semngat dtg bc psl detox ni hahahah

    ReplyDelete