Nov 4, 2016

Hidangan Laut Segar di KL Seafood Market, Taman Tasik Perdana



Hai korang! Dah bersedia nak lihat hujan bergambar-makanan-sedap? Muehehe. Sebenarnya nak bagitahu tentang kewujudan sebuah restoran yang menyajikan makanan laut segar untuk korang! Baru sahaja dibuka beberapa bulan lalu, KL Seafood Market ini terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Siapa yang suka jogging dan buat photoshoot di sana confirm akan nampak bangunan KL Seafood Market ni. 


Masuk-masuk je restoran yang gah ni, mata terpaku melihat banyak akuarium ikan dan hidupan laut yang lain. Hihi. Jom jalan-jalan dalam KL Seafood Market ni. 



Memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa, KL Seafood Market menyediakan ruangan yang sangat selesa dan ekslusif untuk pencinta makanan laut. Nak indoor boleh, nak outdoor pun boleh. Menariknya, disini turut terdapat bilik khusus untuk mereka yang ingin hadir bersama rakan, keluarga mahupun rakan sekerja. Yang lagi best, lepas buat meeting, boleh terus enjoy makan ketam dan udang! Sedapnyaa~! 





Jangan risau ya. Di KL Seafood Market, mereka hanya menyajikan hidangan laut segar untuk anda. Fresh dari akuarium! Wee



Hepp nak lari mana tu :p


Yang bestnya, untuk mereka yang ingin bersantai, terdapat bilik yang mempunyai set karoeke untuk tetamu. Memang layan habis weh sementara tunggu menu yang kita order sampai, boleh la menyumbangkan suara sampai bergema satu restoran hahaha! Okay jom tengok menu menarik yang terdapat di KL Seafood Market ^_^


Ikan Tilapia Goreng Bersama Sos Belacan
Harga bermula dari RM59

Boleh dimakan 3-4 orang. Serius kegaringan ikan ni memang sangat nice! Tak rasa hanyir langsung malahan rasa manis ikan segar tu buatkan kita rasa nak makan slow-slow takut habis cepat. Hihihi


Bihun Goreng Lala
Harga : Kecil RM20 / Sederhana RM30 / Besar RM40

Penuh berselerak dengan lala, bagi Yaya yang pertama kali cuba memang rasanya unik dan sedap! Cuma mungkin sebab Yaya bukan peminat sayur taugeh, Yaya makan bihun dan lala sahaja hehe sedap juga.


Sotong Masak Telur Masin
Harga : Kecil RM24 / Sederhana RM36 / Besar RM48

OMG OMG kalau pergi KL Seafood Market jangan miss untuk cuba Sotong Masak Telur Masin ni okay! Serius sedap rasa taknak share! Hahaha. Sotong dimasak lembut dan langsung tak ada hanyir sotong macam kebanyakan kedai makan. Wajib try!


Nasi Goreng Chef Signature
Harga : Kecil RM40 / Sederhana RM60 / Besar RM80

Yaya suka sangat nasi goreng ni. Tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak. Kalau rasa tekak korang jenis nak nasi juga baru rasa puas hati lepas makan, boleh cuba nasi goreng ni okay!


Nasi Goreng Petai Pedas & Udang
Harga : Kecil RM24 / Sederhana RM36 / Besar RM48

Untuk mereka yang suka pedas pula, menu ni memang sesuai untuk korang pulak tu ada udang nyumss. Petai pula bukan sebarang petai, petai ni besar dan puas hati bila makan tau. Siapa tak makan petai boleh asingkan hihi. 


Ketam Indonesia Masak Masam Pedas
Harga : Dari RM79

Kini tibalah sajian yang dinantikan. Bagi peminat masam pedas, korang wajib cuba menu ni sebab sos yang digunakan amat istimewa dan memang tak pernah rasa kat mana-mana. Cukup segala rasa masam dan pedasnya (tapi tak adalah pedas sangat just nice! Hee). Ketam 2 ekor ni boleh makan untuk 3 orang tau. Besar dia memang puas hati!


Ketam Indonesia masak Krim Mentega
Harga : Dari RM79

Aduhai. Rasa nak peluk gambar ketam butter creamy ni. Rasa nak masuk dapur tanya chef resepi nak buat macam mana. Serius memang sedap sangat korang sumpah tak tipu. Yaya rasa nak datang balik untuk makan menu ni bila balik KL lagi. Antara menu yang Yaya sangat-sangat recommend untuk korang cuba. Sedap gilossss.


Kailan 2 Rasa 
Harga : Kecil RM20 / Sederhana RM30 / Besar RM40

Rasa macam makan keropok sayur! Hee garing sangat memang sedap makan dengan nasi goreng tadi. Tapi jangan risau bahagian batang sayur tu lembut je dia dah stimkan dulu hehe


Ikan Bawal Steam bersama Sos Asam
Harga : Dari RM79

Untuk mereka yang suka cara sihat dan makanan steam, boleh cuba resepi yang cukup pedas dan mengaum ni. Sos Asam tu kalau makan sambil pejam mata rasa macam asam pedas yang pekat dan memenuhi seluruh ruang mulut bila memakannya. Sesuai untuk yang hantu pedas. Hee


Udang Harimau masak Mentega dan Serunding Telur
Harga : Dari RM45

Ini pula lagi satu menu kegemaran Yaya sampai rasa nak sorok bawah meja nak makan sorang-sorang. Hahaha. Tapi udangnya besar betul memang kalau makan 2-3 ekor dan kenyang! Sedap sangat udang ni dah la segar sungguh! Serunding telur tu pun halus sangat sedap sangat lahai. Menu wajib cuba untuk pencinta udang macam Yaya! 


Bila tengok ni rasa tak sabar nak bawa dak Shawn pergi makan sini. Hihi


See? Sedap sangat. Lagi-lagi kat bahagian pengetip tu memang isi kat situ sedap sungguh!


Jangan lupa datang ke KL Seafood Market. Dijamin memang sedap tersangat! ^_^

Untuk maklumat lanjut :

KL SEAFOOD MARKET
Restoran 1,Aras 5,Ruang Letak Kereta Bertingkat,Jalan Tanglin,Taman Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Facebook : KL Seafood Market
Instagram : @klseafood
+603 - 2276 0066
*Waktu operasi : 11:00pagi - 3:00petang / 6:00petang - 10:00mlm (Isnin - Ahad)



Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. macam style restoran chinese... tengok makanan tergiur lak

    ReplyDelete
  2. Nanti saya baca.
    Mungkin menarik ni.
    Harap2 tak lupa.

    ReplyDelete
  3. bajet besar ni kalau nk p makan..br puas ati

    ReplyDelete