Nov 23, 2016

THEFACESHOP Pavilion Kuala Lumpur | 5th Generation Flagship Store



Untuk peminat produk kecantikan terkenal di Korea iaitu The Face Shop, lepas ni kalau pergi Pavilion boleh singgah di cawangan utama yang kelima The Face Shop okay! Teruja sungguh Yaya dengan pembaharuan yang dibuat untuk cawangan utama yang baharu ni. Lagi teruja bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan beauty bloggers. Yela bukan selalu Yaya dapat turun KL sejak ikut Shawn pindah ni. Hihi


Yaya sendiri pun merupakan peminat barangan The Face Shop. Kalau dah masuk kedai depa, terus rasa terawang-awang dalam dunia sendiri kejap. Kalau boleh nak cuba semua tester tu! Mana taknya, selain dari menggunakan kandungan utama yang semulajadi dan bebas kimia, The Face Shop juga terkenal dengan pelbagai inovasi produk kecantikan berasaskan air, mutiara, ginseng, tanah liat, bunga sakura dan macam-macam lagi!


Selain daripada barangan penjagaan muka, The Face Shop juga menyediakan barangan kosmetik yang pelbagai. Haa ni yang buat paling rambang mata. Baik dari eyeshadow, lipstick, lipgloss aduhai semuanya Yaya geram gila cantik-cantik sangat! Warna pula sentiasa up to date dan memenuhi citarasa sanubariku. Lagi best bila dalam masa yang sama produk ini juga memberi khasiat dan penjagaan kulit wajah kita walaupun menggunakan solekan. Sebab tu jangan senang-senang terpedaya dengan produk kecantikan yang murah kat pasar malam tu tau. Rosak muka korang nanti kalau pakai produk yang tidak terjamin kualitinya.  


Masuk sahaja ke dalam cawangan baru yang ekslusif ni, mata Yaya terus tertumpu kepada produk baru dari The Face Shop iaitu  Disney x THE FACE SHOP Cushion Collection . Sungguh lahai jiwa kanak-kanak Yaya ni belum pudar rupanya. Excited sampai lama gila Yaya lepak kat bahagian ni. Hahaha comelnyaaa geram >.<


Ini adalah 3 koleksi terbaru Disney x THE FACE SHOP Cushion Collection . Setiap dari watak ini mempunyai fungsi yang berbeza tau. 


TFS - Disney (Monster, Inc) CC Long Lasting Cushion
Berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka dan memberi perlindungan SPF50+ PA+++ selama 12 jam.


TFS - Disney (Mickey) Power Perfection BB Cushion
Berfungsi untuk memberi perlindungan SPF50+ PA+++ serta kemasan sempurna terhadap cela di wajah.


TFS - Disney (Pooh) CC Cooling Cushion
Selalu melakukan aktiviti luar? Boleh cuma yang ini kerana ianya berfungsi untuk melegakan kulit wajah dan memberi kelembapan menyeluruh kepada kulit wajah yang kering kerana ianya mengandungi SPF42+ PA+++ dan juga 4 jenis bunga (damask rose, chamomile, cornflower, lotus).


Paling tak move on dengan kecomelan Pooh! Sambil tu doa-doa dalam hati semoga dapat Pooh untuk dibawa balik. :p


Menariknya di The Face Shop, kesemua produk begitu kemas dan disusun dengan teratur mengikut label dan produk dibawahnya. Senang nak cari produk yang bersesuaian dengan kemahuan kita. Tak pun panggil je staf The Face Shop yang mesra dan sedia membantu. Hihi




Produk penjagaan lelaki pun ada tau. Boleh beli untuk suami dan bapa tersayang. Yaya sendiri pun suka buat facial kat Shawn. Dia pun seronok tapi nak kena buatkan untuk dialah! Haha


Rambang mata tengok hand cream yang wangi sangat niii


Jangan lupa singgah ke sini untuk promosi barangan kosmetik The Face Shop yang meletup-letup! :D



Antara produk premium yang terdapat di sini ialah The Therapy First Serum & The Therapy Moisture Blending Formula Cream . Nak baca review Yaya sebelum ni? Jemput klik SINI ya! :)


Jom main make up! :D


Bersama rakan blogger yang tengah khusyuk mencuba lipstik yang cantik-cantik disini. Rambang mata oii!


Istimewanya, di The Face Shop Pavilion, ada menawarkan khidmat Skin Analysis yang mana staf disini akan membantu kita untuk mengenal pasti keadaan kulit kita sebelum memilih produk The Face Shop yang sesuai. Syoknyaaa~!


Antara rakan blogger yang membuat Skin Analysis. Memang menarik sangat session ni. Semua memberi perhatian penuh. Hihi



Ok jom main game! Tak sabar je muka semua. Hihi


Hai! Kami iaitu Yaya, Uzu, Yuyu dan Aida Sue dari kumpulan Saranghae! Game yang disediakan adalah kami diberikan sejumlah amaun dan dikehendaki memilih barangan The Face Shop yang sesuai dan cukup dengan amaun tersebut. Masa yang diberi cuma beberapa minit sahaja. Memang kelam kabut tapi seronok! Lagi seronok bila kami menang tempat ketiga! Alhamdulillah hehe


Nak balik pun tetap tak move on lagi dengan Pooh hahaha


Masa buka kotak hadiah, ternampak Pooh. Nak menangis rasa sebab memang nak sangat! Alhamdulillah rezeki seorang kanak-kanak ini :'D


Jangan lupa datang ke The Face Shop Pavilion tau! Jangan risau staf kat sini semua peramah dan baik hati :)

Untuk maklumat lanjut :

THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur
Instagram : @thefaceshopmalaysia



Terima kasih sudi baca


No comments:

Post a Comment