Hai korang! Dah plan nak cari langsir baru untuk rumah ke tu? Maklumlah musim cuti sekolah ni seronok kalau nak jalan-jalan ke KL kalau tak balik kampung sebab KL tak sesak sangat. Hihi. Nak cerita ni haritu kebetulan Yaya, ibu dan adik sempat singgah ke kedai langsir popular Sarah Hughes Globe di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau orang panggil Jalan TAR je.
Follow @moonpunyerblog di instagram okay!
Siapa yang tak kenal kakak blogger comel yang ramah sangat iaitu Kak Moon yang selalu bagitahu kat laman sosial media beliau kalau ada sale di Sarah Hughes Globe . Sebelum ni, dalam tahun lepas sebenarnya Yaya pernah borong langsir untuk satu rumah dari bilik ke ruang tamu, kemudian ke ruang dapur dan juga ruang makan. Memang puas hati sangat! Kadang-kadang bila pergi Jalan TAR pun memang singgah ke Sarah Hughes Globe untuk cari kain buat alas meja dan sebagainya. Kalau uols nak cari Sarah Hughes Globe ni senang je. Betul-betul berhadapan dengan Muaz Textile tapi diseberang jalan. Sebelum lintas memang korang akan nampak Sarah Hughes Globe. Yaya selalu park kereta belakang tu je sejam dalam RM3.50 tapi memang selamat dan dekat nak jalan. Hee
Dah berkesempatan untuk update blog ni, Yaya teruja nak tunjuk kat korang kain langsir yang Yaya dah beli kat sana. Maklumlah kebetulan promosi memang tengah kaw-kaw masa inilah ambil peluang untuk beli langsir dari jenis kain yang diidamkan. Tapi sebelum tu jom jalan-jalan dulu tengok langsir di Sarah Hughes Globe . Korang naik lif ke Tingkat 7 kalau terus nak cari langsir okay! ^_^
Jangan kata mak-mak, Yaya yang baru kahwin ni pun rambang mata bila masuk ke Sarah Hughes Globe ni. Langsir disini kebanyakannya memang cantik dan berkualiti tinggi.
Paling Yaya suka sebab susun atur disini memang kemas dan mudah untuk pelanggan mencari langsir mengikut citarasa mereka. Kalau ramai orang dalam satu masa pun masih terkawal sebab ruang memang luas dan selesa. Sejuk pun sejuk. Hihi
Nak cari langsir bilik tidur anak pun boleh. Lawa-lawa comel-comel sangat! Kalau nak buat sarung bantal pun boleh sebab kain cotton ni sangat sejuk dan lembut.
Nak cari langsir yang terus siap jahit? Tak payah bersusah payah lagi nak cari tukang jahit bila dah jumpa kain langsir idaman. Disini juga menyediakan perkhidmatan untuk langsir pasang siap. Pilih langsir, pilih design yang anda mahu dan terus ambil dalam masa kurang 3 minggu! Senang, mudah dan pantas! :D
Lawa-lawa okay design langsir yang telah siap digantung. Macam-macam jenis scallop ada. Kreatif sungguh staf disini.
Harga langsir semeter pula bermula serendah dari RM5 ke RM8 sahaja. Yaya pernah borong kain langsir semeter RM5 berpuluh-puluh meter di Sarah Hughes Globe! Kain tebal tau bukan jenis nipis tu. Hihi
Berkenan pula dengan kain corak bunga ni. Minah bunga la katakan. Tapi langsir dirumah kebanyakannya corak bunga jadi kali ni Yaya nak pilih langsir yang kurang corak. Hihi
Hmm cantik niii....
Jumpa pula dengan padanan kain yang sesuai. Warna gold lembut dan petak-petak comel ni. Yaya suka! Hehe
Kalau nak tahu, staf disini memang baik dan peramah. Kalau tak ada idea nak design macam mana, mereka akan tolong kita untuk dapatkan design yang kita inginkan. Yaya memang suka yang simple sahaja. Hehe
Nak tengok langsir yang dah siap? Sebelum tu Yaya tunjuk langsir rumah Yaya yang sebelum ni ya.
Langsir di ruang makan dan juga ruang tamu.
Ayuh bertukar!
Terima kasih encik suami tolong panjat dan pasangkan. Lebiu. Muehehe
Yayy dah siap!
Beginilah rupa dan keadaan langsir baru di ruangan makan ni. Ada tiga layer gitu, Macam kek lapis :p
Ni langsir di bahagian ruang tamu.
Memang Yaya sangat berpuas hati dengan kualiti kain langsir dan juga jahitan yang sangat kemas. Takde satu pun benang terkeluar okay! Memang terbaik dan sangat ekslusif.
Siapa kata tak boleh dapat langsir rumah yang cantik walaupun harganya berbaloi? Korang cuma perlu pergi ke Sarah Hughes Globe untuk dapatkan langsir idaman! Tapi paling penting jangan lupa ikuti update dari Blogger Kak Moon tau. Dalam masa terdekat ni mesti ada sale lagi! Tak sabarnya nak bagitahu mak mertua pula. Nak ajak dia shopping langsir kat sini. Nanti boleh update blog pergi mencari langsir bersama mak mertua pula. Hehe
Jangan lupa singgah ke Sarah Hughes Globe bila berkunjung ke Jalan TAR nanti okay!
Alamat :
Sarah Hughes Globe Sdn Bhd,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Email : shglobe185@gmail.com
Tel : 03-2691 1185
Terima kasih sudi baca
Kombinasi yang cantik, kain plain bahagian tengah bagi ruang cahaya luar masuk, tak payah selak langsir di siang hari pun ok dah.
ReplyDeleteCorak kotak-kotak tu pun comel dan ceria.
woo comel2 yang langsir kaler budak tu . soft jek... menarikk
ReplyDeletewahhh menarik ni..nanti dah masuk umah baru nak tempah kat sini je lah
ReplyDeleteMurah ye upahnya yaya?
ReplyDelete