Hai korang! Siapa kat sini suka bermake up nipis ala-ala wanita Korea? Haa kalau suka muka nampak bersih dan glowing tanpa make up yang berat, korang wajib cuba set produk kecantikan dari Muuka Malaysia ni. Set Kecantikan Muuka ini dihasilkan daripada bahan semulajadi dan sangat selamat digunakan kerana ianya bebas bahan kimia dan telah terbukti mampu membantu ramai wanita memiliki kulit wajah idaman mereka yang flawless, cantik, sihat, gebu dan berseri-seri dalam masa yang singkat tanpa perlu menggunakan produk-produk tambahan yang lain. Ia juga memberikan kesan serta-merta kepada kulit wajah bagi memastikan kulit wajah sentiasa muda remaja.
Set Kosmetik Muuka ini mengandungi 2 produk utama iaitu "Polished Pink Secret CC Cream" dan "Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask" yang mampu membantu anda mengatasi lebih 30 masalah kulit wajah dengan mudah dan pantas dalam masa yang singkat. Lpeas ni, korang tak perlu lagi bersusah payah mencari produk yang sesuai dengan semua jenis kulit kerana Set Kecantikan Muuka ini sangat lengkap dan ianya bukan sekadar dapat menutup cela di wajah tetapi juga mempu merawat masalah kulit wajah secara semulajadi!
Jom kita berkenalan dengan dua produk utama Set Kecantikan Muuka ini ^_^
Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask - RM89
Siapa kat sini pernah cuba lotion mask? Yaya sendiri baru pertama kali nak cuba hihi. Kalau nak tahu, kebaikan lotion mask ini telah berkurun lama digunakan oleh kebanyakan wanita di Jepun dan juga Korea. Kiranya rutin penjagaan wajib bagi dioranglah. Inovasi lotion mask dari Muuka Malaysia ini mempunyai pelbagai manfaat dan fungsi. Hanya dengan memakai lotion mask, kulit akan mendapat khasiat seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan yang paling unik sekali lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker wajah yang boleh dipakai setiap hari. Dihasilkan dari bahan bahan semulajadi yang sangat berkualiti membuatkan lotion mask ini mampu membuatkan kulit menjadi sihat dan kelihatan bercahaya secara semulajadi.
7 Fungsi dan Manfaat Lotion Mask
- Mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang
- Memberi kelembapan yang maksimum pada kulit wajah dan mejadikannya lebih sihat dan bercahaya
- Membantu mengurangi kekusaman kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata
- Mengecilkan liang pori agar kulit lebih halus
- Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit rosak akibat dari pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia
- Mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan meggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru
- Mampu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kelihatan awet muda
Cara Penggunaan : Pump sekali di atas tapak tangan dan sapu dengan cara menepuk dan meratakan lotion mask ke seluruh wajah dengan lembut.
Testimoni dari Yaya : Pertama kali cuba memang terus jatuh cinta. Teksturnya yang sangat ringan dan di dalam bentuk lotion cair ini mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Lagi best baunya sangat lembut dan wangi. Kalau duduk rumah tanpa keluar kemana-mana, memang Yaya bagi ruang untuk muka berehat dengan memakai lotion mask ini. Yang bestnya, ia merawat masalah kulit kering di sebahagian wajah Yaya.
Polished Pink Secret CC Cream - RM79
Ini pula ialah CC Cream dari Muuka Malaysia. CC Cream ni juga dikenali sebagai Color Correcting atau Color Control Cream yang mempunyai pelbagai fungsi. Produk ini berfungsi sebagai make up base yang juga mampu merawat segala masalah kulit seperti warna kulit tidak sekata, kulit kusam, jerawat dan jeragat. Kandungan anti oksida yang tinggi dari bahan utama CC Cream ini iaitu Ekstrak Bunga Peoni mampu menyamarkan kedutan pada kulit wajah sekaligus menjadikannya kekal muda. CC Cream ini juga mampu melindungi kulit dari sinaran matahari. Diperkaya dengan partikel pencerahan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bercahaya dan krimnya yang berwarna pink membuatkan kulit nampak berseri merah jambu.
7 Fungsi dan Manfaat CC Cream
- CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
- Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
- Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
- Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
- Mengurangkan minyak pada kulit wajah
- Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
- Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
- Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
- Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Cara Penggunaan : Sapukan secara rata di keseluruhan kulit wajah. Pakai CC Cream selepas memakai lotion mask untuk kesan yang lebih optimum. Dipakai pada siang hari sebelum mengenakan sebarang make up.
Testimoni dari Yaya : Omg Yaya suka sangat bau CC Cream ni! Kebanyakan CC Cream yang Yaya cuba mesti baunya tak menyenangkan sangat lepas tu bila muka dah berminyak mesti rasa melekit. Tapi untuk CC Cream ni, memang Yaya recommend kepada semua. Selain teskturnya yang ringan dan mudah diserap oleh kulit, ianya juga tidak melekit dan mudah disapu. Pakai sedikit sahaja terus muka rasa glowing pink pink gitu! Yang best, bila wangi tu memang seronok pakai. Suami pun tak geli nak kiss kita. Opss :p
2 produk istimewa tapi mampu memberi kebaikan menyeluruh kepada kesihatan kulit wajah. Yang lagi best, dengan 2 produk sahaja, korang semua ibarat mendapat 30 rawatan hebat! Haa baca ni sampai point 30! :p
1) Mencerahkan kulit secara semulajadi
2) Menegangkan kulit wajah
3) Menaikkan seri wajah
4) Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah
5) Merawat masalah kulit kering
6) Memberi Aura kecantikan semulajadi
7) Merawat kulit kusam
8) Membersih & menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi
9) Memperbaiki sistem kulit & meransang pertumbuhan kulit baru
Lagi..
10) Kulit akan nampak lebih segar cerah dan sihat
11) Menambahkan effect glowing pada kulit
12) Melambatkan proses penuaan serta awet muda
13) Mencegah dan merawat jerawat
14) Memudarkan jeragat di wajah
15) Menghalang pembentukan jeragat baru
16) Mengecilkan bentuk wajah (vshape)
17) Menjadikan kulit putih kemerah merahan
18) Menghaluskan serta melicinkan kulit
19) Mengecilkan pori2 di wajah
20) Memudarkan parut
Dan lagi..
21) Menjadikan kulit anda bebas bernafas
22) Menjadikan make up lebih tahan lama
23) Memberi perlindungan dari sinar uv
24) Mengurangkan garis penuaan
25) Menjadikan kulit sihat bermaya
26) Merawat kulit sensitif
27) Menganjalkan kulit wajah
28) Menggebukan kulit wajah
29) Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
30) Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
Jom kita tengok testimoni dari pengguna setia Muuka Official
Kemah keming sungguh testimoni dari pengguna setia Set Kecantikan Muuka ni. Yaya yang merupakan pencinta produk yang berasaskan kandungan semulajadi, amat menyarankan kepada semua untuk mencuba Polished Pink Secret CC Cream dan Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask dari Muuka Malaysia ini. So far memang ianya tidak memberi tindak balas yang negatif melainkan yang positif belaka. Tak ada rasa muka panas atau pedih bila pakai. Rasa lembut, wangi dan glowing adalah! Hehe
Jangan lupa cuba Set Kecantikan Muuka okay! < 3
Untuk maklumat lanjut :
Website : http://muuka.my/
Facebook : Muuka Official
Instagram : @muukaofficial
No Tel : 017-201 8080
Terima kasih sudi baca
Suka dengan warna bekas produk ni.. ala2 fairytale gittew...
ReplyDeletebest betul lotion tu.. kulit jadi lembut jer tauuuu
ReplyDeletetried and no side-effect whatsoever..except glowing face. =)
ReplyDeleteWahhh... cantiknya packaging.. Ala2 japanese... menarik ni.. boleh cuba la...
ReplyDeleteSalam..hi.beh tlg snapkan ingredient cc cream tu
ReplyDelete