Dec 21, 2016

Mary Kay | Botanical Effects Review



Hai korang! Tak sabar nak cerita tentang kebaikan Mary Kay Botanical Effects baharu ni. Kalau nak tahu, selain dari warna pinknya yang comel, dari luar korak lagi dah boleh bau betapa wanginya produk Botanical Effects yang berasaskan kandungan semulajadi ni. Nak tahu kenapa wangi sangat? Sebab kandungan utama set penjagaan muka dari Mary Kay kali ini ialah dari buah naga atau dragon fruit dan juga dari pokok lidah buaya atau aloe vera. Yaya percaya ramai di antara pembaca yang tahu tentang khasiat dari kedua-dua tumbuhan ini. Hee


Set Mary Kay Botanical Effects ini mempunyai 5 produk utama iaitu Botanical Effects Gel Cleanser, Botanical Effects Exfoliating Scrub, Botanical Effects Toner, Botanical Effects Moisturizer dan juga Botanical Effects Moisturizer SPF 30.


Jom kita tengok khasiat Dragon Fruit atau Buah Naga ini.


(Sumber : Google)
  • Juga dipanggil sebagai  pitaya
  • Mengandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks yang dipanggil sebagai "vitamin anti-stress" B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
  • Penuh dengan khasiat mineral seperti besi, kalsium dan fosforus.
  • Kaya dengan antioksidan untuk membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.


Khasiat Aloe Vera atau Daun Lidah Buaya.


(Sumber : Google)
  • Salah satu tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia, gel aloe vera mengandungi lebih daripada 75 nutrien, termasuk 20 mineral dan 12 vitamin.
  • Aloe vera juga membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi dan antioksidan yang popular untuk penjagaan kulit.
  • Aloe vera menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat dan juga perolehan sel untuk kulit.
  • Ekstrak aloe vera mampu memberikan antioksidan tambahan kepada kulit.


Cara pemakaian set Mary Kay Botanical Effects sebagai panduan.

Pagi :
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel
Step 4 : Moisturizing Lotion SPF30 Sunscreen

Malam :
Step 1 : Cleansing Gel
Step 2 : Refreshing Toner
Step 3 : Moisturizing Gel

Gunakan Invigorating Scrub selepas mencuci muka (2-3 kali seminggu)


Botanical Effects Gel Cleanser RM 75 - 127g

Pencuci muka bersifar gel ini berfungsi untuk membersihkan kulit wajah secara mendalam dan juga menanggalkan minyak berlebihan di muka kita. Teksturnya yang lembut, tidak terlalu banyak buih tetapi sangat berkesan untuk membersihkan wajah dari jenis normal dan juga sensitif.


Review dari Yaya : Yaya sangat suka pencuci muka ni! Yaya rasa kulit wajah Yaya memang sesuai dengan kebanyakan produk dari Mary Kay mungkin kerana kandungan semulajadi yang digunakan. Lepas mencuci muka menggunakan Botanical Effects Gel Cleanser, kulit wajah terasa lembut dan segar. So far ianya lansung tidak mengeringkan muka walaupun kulit muka Yaya berminyak di Zon-T.


Botanical Effects Exfoliating Scrub RM 75 - 88ml

Siapa yang jarang skrub muka tu, meh sini nak bagitahu. Skrub sangat penting tau! Lagi-lagi buat mereka yang suka mengenakan solekan, korang wajib skrub muka korang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ianya penting untuk menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori yang tersumbat.


Review dari Yaya : Selain baunya yang wangi dan lembut, Yaya mula rasa whitehead di hidung Yaya semakin berkurangan dan hilang dari pandangan mata (at least for me haha) . Best gila bila lepas skrub muka dengan Botanical Effects Exfoliating Scrub ni. Memang muka terasa licin lepas cucian. Yang penting bila pakai skrub, jangan tonyoh muka tu macam nak bergaduh. Karang terluka pula. Urutkan skrub di keseluruhan wajah secara lembut supaya dalam masa yang sama kita boleh melancarkan sekali peredaran darah. Hee


Botanical Effects Toner RM 75 - 147ml

Selepas cuci muka, penting untuk mengenakan toner bagi membersihkan sisa baki kotoran dan juga sel kulit mati yang tertinggal bagi menyempurnakan kebersihan wajah. Selain itu, ianya juga memberi kesan segar dan lembapan kepada kulit wajah. 


Review dari Yaya : Yaya paling suka toner yang tidak mengeringkan kulit wajah. Ada sesetengah toner yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan ianya sangat tak elok tau. Selain baunya yang wangi, ia mampu membersihkan sisa make up di wajah dan juga langsung tidak mengeringkan kulit wajah kita. Lagi best, muka terasa segar dan sejuk hihi


Botanical Effects Moisturizer RM 85 - 85g

Krim Moisturizer dari Mary Kay ini berfungsi untuk memberi lembapan selama 12 jam dan juga tidak memberi kesan berminyak kepada kulit wajah kita. Sesuai di pakai pada waktu siang dan juga malam sebelum tidur. 


Review dari Yaya : Mempunyai tekstur yang ringan dan juga tidak melekit walaupun ianya dalam bentuk gel. Selain dari mudah menyerap, memang kulit muka terasa lembut dan wangi selepas menggunakan moisturizer ini. Sesuai digunakan sebelum tidur. Esok pagi bila bangun rasa kulit muka lembut sangat. Wee


Botanical Effects Moisturizer SPF 30 RM 65 -50ml

Mengandungi SPF 30 dan perlindungan matahari selama 12 jam, krim ini sangat sesuai kepada mereka yang jarang bermake up tetapi masih mahu memberi lembapan semulajadi kepada kulit wajah. Bagi mereka yang bermake up, wajib pakai moisturizer kalau taknak liang pori korang tersumbat okay!


Review dari Yaya : My most favorite! Omg Yaya paling suka dengan moisturizer ni! Nak pergi breakfast pagi-pagi kat kedai pun Yaya cuma pakai ni dan bedak tabur sahaja. Sebelum make up wajib pakai dan juga kadang-kadang pakai sebelum tidur walaupun sesuai untuk disiang hari hihi. Lagi best muka dah berkurangan naik jerawat dan terasa kulit muka lebih bersih dan lembut tu of course la kan. Yang paling penting, wangi dan tidak menyakitkan hidung. 


Yaya bawa kemana-mana sahaja Botanical Effects Moisturizer SPF 30 ni. Senang kalau lepas solat pun boleh terus pakai ni dan bedak compact. Siap! Krim Moisturizer yang wajib ada bagi semua perempuan. Wee ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook Page: Mary Kay Malaysia
Instagram: @MaryKayMySg

Atau hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultants di talian 03-7711 7500.


Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. argh....... comelnya pink

    ReplyDelete
  2. macam best pula prdk mary kay ni

    ReplyDelete
  3. kalau ada yang berminat nak mencuba produk marykay

    boleh contact saya

    nur
    017-9698951
    free consultation

    ReplyDelete