Mar 2, 2016

Shoes For Women





NWCARNATION Heels

Adakah kalian tahu bahawa kebanyakan kasut wanita yang ada dalam pasaran di luar sana dikatakan tidak cukup selesa ataupun baik untuk kesihatan tapak kaki? Mengikut organisasi yang terlibat terdapat lebih 50 peratus wanita yang mengalami pelbagai masalah pada bahagian kaki mereka kerana memilih kasut yang salah. Percayalah, walau kuat mana pun keinginan anda untuk bergaya, anda tidak perlu derita dek kerana fesyen semata-mata. Namun kini banyak pembuat kasut dan jenama fesyen kasut yang mendapatkan stylist untuk terus mengeluarkan the best shoes for women collection yang hadir dengan rekaan terkini namun menawarkan kualiti yang baik demi keselesaan pemakai.

Slingback Platform Wedges
Fletchera Wedges
Ada beberapa panduan tentang how to pick best shoes for women seperti kasut tumit tinggi, kasut leper ataupun flats dan juga kasut sandal. Apabila memilih kasut jangan terlalu taksub untuk memilih kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak tekanan yang anda letakkan pada bahagian hadapan tapak kaki anda. Kasut yang benar-benar selesa kebiasaannya mempunyai tumit yang lebih rendah.

Dazzling Flats


Jangan sesekali abaikan untuk mendapatkan kasut yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Penggunaan material yang bagus dapat memberikan keselesaan dengan menawarkan cushioning and shock absorption. Elakkan juga untuk memilih kasut dengan toe box yang terlalu kecil agar mempunyai ruang untuk jari kaki daripada ‘terhimpit’ antara satu sama lain dan mengakibatkan kesakitan.

Brilla Sling-Back Wedges

Pilih jenama kasut wanita yang benar-benar dipercayai kerana jenama yang baik lebih dikenali dan menghasilkan koleksi kasut yang mempunyai kualiti yang baik. Apa pun pilihan anda kasut yang sempurna sewajarnya memberikan keselesaan walau kemana sahaja kalian pergi dan dapat digayakan dengan baik sepanjang hari!

So uols suka kasut yang macam mana? Pilihan Yaya mestilah kasut wedges! Memang favorite! Hihi



Terima kasih sudi baca 

3 comments:

  1. CKB mmg memilih bab kasut. last2 pkai kasut 2 tahun lepas. haha

    ReplyDelete
  2. NA pon memilih kasut jugak. Kebanyakannya, wedges shoes. Heels sekali try. Itupun, dah sakit tumit. Ape pon, keselesaan lebih penting. Dan, jangan seksa diri. Tak boleh, jgn pakai... :)

    ReplyDelete
  3. Amazing collection of shoes, i like all design its looking style and fashionable.

    ReplyDelete