Mar 17, 2016

Amalan Pemakanan Talbinah dari Mekaray Triple-M & Meka Viniga




Pernah dengar tentang makanan Talbinah? Apa itu Talbinah? Talbinah merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada barli yang dicampur dengan susu dan madu lebah asli. Triple M atau Meka Miracle Meal merupakan minuman talbinah dengan gabungan Barli, Yogurt dan Madu.

Kalau nak tahu, hampir setiap pagi Yaya makan nasi lemak tau. Sebab Yaya memang hantu nasi lemak. Tapi bila dah makan nasi lemak kita jadi lemau sikit lepas tu belum masuk waktu lunch hour, dah mengantuk -.-

Maka dengan itu, Yaya mengambil cabaran mengamalkan Mekaray Triple-M pada waktu pagi dan hasilnya, mestilah tak mengantuk! Buat kerja pun rasa tenang dan tersusun. Betullah kata orang, makanan yang berkhasiat memang memainkan peranan penting untuk emosi kita. Kalau dah barli, susu dan madu bergabung, mestilah memberi khasiat yang baik untuk kecergasan kita kan. 



Diriwayatkan daripada Aisyah, " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan'". (Riwayat Bukhari & Muslim)



Mekaray Triple-M

Khasiat Triple-M mampu merawat :
  • Kemurungan (Stress) 
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis 
  • Eczema
  • Darah Tinggi 
  • Migrain
  • Resdung
  • Gangguan Tidur
  • Masalah Usus
  • Strok
  • Arthiritis 
  • Kolestrol 
Triple-M ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah luaran dan dalaman seperti menghalang pertumbuhan kanser, menyerap dan mengawal paras kolestrol, merawat gusi, mencegah penyakit jantung, bagus untuk wanita bersalin, menguatkan tulang, mencegah jangkitan vagina, membantu mengurangkan berat badan, menyejukkan badan, melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan sebagainya.

Masa badan tak sedap dan mula nak demam haritu, Yaya cuba ambil Mekaray Triple-M sebelum tidur. Yaya dapat rasa yang demam Yaya beransur pulih kurang 3 hari. Yaya ni jarang demam tapi kalau dah sekali demam, berlarutan sampai seminggu dua tau. Alhamdulillah demam kali ni cepat sembuh walapun cuaca panas. Selagi kita ikhtiar kan :)



Mekaray Meka Viniga

Meka Viniga ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjada kelangsingan tubuh badan dan dalam masa yang sama mendapat khasiat yang optimum. Slimmie Viniga diperkaya dengan khasiat Madu, Cuka Kurma, Perisa Oren, Minyak Zaitun, Garam Bukit, Delima, Minyak Kelapa Dara, Habbatusauda dan Lemon. Masam-masam manis rasanya. 

Khasiat Meka Viniga ini berfungsi sebagai penganti makanan dan mampu mengawal nafsu makan seseorang, Selain itu,  Meka Viniga juga boleh meningkatkan stamina yang mana sesuai sangatlah dengan Yaya yang selalu bergerak aktif ni. Khasiat lain ialah melancarankan peredaran darah, melancarkan sistem percernaan, mencantikkan kulit, menguatkan gigi, melancarkan haid, membersihkan hempedu, dan juga mengandungi Vitamin C yang tinggi serta membaiki pembentukan struktur tulang. 


Sedut-sedut je masa perut kosong! Hee. Jom sedut Meka Viniga dahulu sebelum memulakan aktiviti seharian. ;)


Pelabagai aktivit menarik yang diadakan semasa sesi perkongsian ilmu bersama pakar yang bertauliah semasa Yaya menghadiri majlis pengenalan produk dibawah syarikat MEKARAY VENTURES SDN BHD. Banyak ilmu yang dipelajari tentang keindahan pemakanan & perubatan Islam. 


Sempat lagi kami mempelajari teknik asas senaman untuk kesihatan dan kecantikan. Hoho :p

 

Apa Yaya buat tu? Hahaha gasakkk


Jom korang cuba produk kesihatan yang berlandaskan sunah ni. Mekaray Triple-M dan Meka Viniga sangat sesuai diamalkan oleh semua golongan. Even budak kecil pun boleh minum Triple-M juga tau. Memang berkhasiat dan sangat di yakini. Banyak testimoni hebat di Facebook Mekaray Ventures yang telah diperakui.


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

No Tel :
013-268 0001

Photo by :


Terima kasih sudi baca 

1 comment:

  1. Bagusnyaaa produk ni. Elok untuk student macam ena yang suka tidur dalam kelas. Tak energetik langsung. Tambah2 lepas makan. Nak grab la nanti

    ReplyDelete