Mar 23, 2016

ck2 | #the2ofus | BFB Story



My kind of Best Friend Blogger, Uzu. Rasanya ramai dah kenal seorang Uzu ni. Macam mana kami berjumpa? Semuanya bermula dari tahun 2014. Berkawan di Facebook dah lama tapi belum berkesempatan berjumpa dengan beliau. Finally our first met masa tu dekat majlis berbuka puasa di PICC Putrajaya. Uzu ni kalau korang tengok macam banyak cakap, macam penuh celoteh dan macam-macam lagilah kan dari Facebook dia tu tapi sebenarnya bila dah jumpa dia lebih banyak diam lepas tu main hp dan perhatikan orang sekeliling je. Memang sombong dan tak pandai bergaul sangat. Tapi bila dah kenal, memang seronok dengar slang Sabah dia! Hihi.

Kami mula rapat bila kebetulan Yaya buat pratikal di Bank Rakyat Bangi dan dia pula pratikal di sebuah syarikat engineering di Bangi juga. Makanya setiap pagi Yaya akan ambil dia di hostel dia dahulu dan pergi kerja sama-sama dan balik kerja pun sama-sama. Maunya tak jadi rapat kan? Ibu Yaya kalau masak lebih mesti teringat dia dan Yaya akan bekalkan apa yang ibu masak kalau jumpa dia haritu siap dengan bekal air, sudu, garfu, tisu semua siap. Seronok tengok dia makan masakan ibu. Bila dia masuk kereta Yaya terus paksa dia makan time tu juga sampai nak nangis dia kena habiskan. Hihi sorry saya garang. :')


Perangai Yaya, kalau pergi mana-mana dengan dia, mesti bagitahu strangers yang kami jumpa tu dia ni blogger, duta produk, siap bagi orang tu link blog dia sampaikan orang yang dengar tu pun terpinga-pinga and siap bagitahu lagi Yaya ni PA dia kalau apa-apa boleh contact hahaha. Yaya memang suka gila sakat budak Uzu ni sampai merah muka dia lepas tu gelak gila-gila. Pernah teman dia photoshoot produk sampai 3 pagi kat Shah Alam sebab tak sampai hati tinggal dia sorang-sorang dah la tak banyak cakap risau Yaya dia kena buli ke apa ke kahkah nampak tak perangai macam kakak sulung sangat? 


Setiap apa kejayaan Uzu, Yaya sentiasa sokong dan sentiasa beri beliau semangat dan begitu juga dengan dia. Sentiasa support Yaya dan menjadi pendengar setia. Duit tak cukup ke apa ke, kami share antara kami je dan jaga rahsia masing-masing. Alhamdulillah berkawan sehingga ke hari ni. Kalau ada salah faham, settlekan cepat-cepat dan jangan simpan dalam hati lama-lama. Yang penting, kami selalu terapkan dalam diri jangan ada rasa iri hati, dengki malahan sentiasa bersyukur dengan rezeki masing-masing. Trust me, bila kita berkawan dengan dasar ikhlas dan sayangkan antara satu sama lain, memang manis sangat persahabatan tu. 


Psst. Korang nak tahu tak ck2 ada perfume baharu? Yang lagi best, perfume ni boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Yang ajaibnya, bau perfume ini juga berubah-berubah mengikut jenis peluh dan karakter seseorang. Yaya rasa macam magic pula. Bila Yaya pakai, ada bau fresh, citrus dan sweet . Tapi bila orang lain pakai, bau woody, fresh dan sangat mendamaikan. Memang sesuai untuk lelaki dan perempuan. *rasa nak hadiahkan encik tunang la. Boleh share pakai sama-sama. :p


Jatuh cinta dengan rekaan botol yang sangat futuristik dan minimalis ni. Macam mentol kaca yang lutsinar kan? Comel sangat rekaan botol wangian ck2 kali ni. Mudah dipegang dan mempunyai struktur rekaan yang unik. 

Urban Woody Fresh
Top : Wasabi, mandarin and violet leaf absolute
Mid : Wet cobblestones, orris concrete and rose absolute
Dry : Sandalwood, vetiver and incense

Gabungan kesemua diatas menjadikan wangian ini memberi perasaan warm, fresh and electric(connection) kepada orang lain. Memang wangi sangat Yaya suka sangat :')


Haritu Yaya ada share dengan Uzu wangian ck2 , Uzu pun suka juga tau. Wanginya dia kata. Hihi. Bila test kat Uzu, bauan fresh dan sweet mula terhidu sama seperti Yaya juga. Nampak tak chemistry tu? Cewahh. Seronok bila dapat berkongsi benda yang kita suka bersama kawan tersayang. :')


Amboi sukanya borak apa tu? Muahaha. Makin galak bersembang dengan Uzu lepas menggunakan perfume ck2 ni. Rasa sangat mendamaikan dan lebih terbuka bercerita tentang perancangan masa hadapan kami. *Bersembang pasal cita-cita nak jadi isteri yang solehah ke tu. Kof kof. 


Minta maaf sebab dah jarang luangkan masa sejak Yaya dah mula berkerja ni. Penatnya tuhan sahaja tahu bila dah balik dari kerja tu memang tak berdaya kadang-kadang. Jauh di mata dekat dihati okay darling. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Tak semestinya tak jumpa ukhwah kita terputus kan? You are still my Best Friend Blogger forever. Semoga haruman ck2 ini menjadi antara memori untuk kenangan kita masa tua nanti ye Uzu-ku. Dan inilah kisah ck2 #the2ofus Yaya Natsumi dan Uzu Emas Putih :')


ck2
- Eau de toilette spray 100ml RM289
- Eau de toilette spray 50ml RM219
- Deodorant stick 2.6oz/75g RM89

Jom hadiahkan wangian ck2 ini kepada orang tersayang. Jangan lupa hadir ke roadshow ck2 di Mid Valley mulai 21 Mac 2016 - 27 Mac 2016 ini untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan haruman baharu dari ck2. For me, memang haruman yang mengagumkan! ;)



Terima kasih sudi baca 

6 comments:

  1. Suke tgok kak yaya dgn uzu .. Sweet ^^

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok korang berdua niiii.. sweet sgt. :)

    ReplyDelete
  3. yaya dgn uzu ni dua-dua comel..rasa macam nak cubit je pipi tu..hehe

    ReplyDelete