Tahniah kepada Corvina Chong dari Malaysia yang telah memenangi 3rd Anual Asia Pacific Grand Finale : Mary Kay Dream Beautiful Contest yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini.
Tertarik dengan jawapan beliau apabila ditanya apakah maksud "Dream Beautiful " dari perspektif beliau,
"Dream Beautiful means I can be comfortable with my own skin and still feel beautiful and confident regardless of what the media dictates. Dream Beautiful Contest gives me the opportunity to learn the necessary make up skills to enhance my natural beauty, as well asto allow my inner beauty to shine through. It boosts my confidence level and I believe that itispossible for meto achieve all my dreams, with style and beauty."
Yaya rasa ramai yang sudah mengenali jenama Mary Kay yang hebat ini. Even, Yaya sendiri pun merupakan pengguna produk Mary Kay tau. Untuk pengetahuan semua, Mary Kay Dream Beautiful telah membuat satu pertandingan yang mana ia menggabungkan pakar kecantikan Mary Kay bersama model mereka untuk pencarian “Face of Mary Kay Asia Pacific” dan juga “Beauty Artist of Mary Kay Asia Pacific”.
Lebih daripada 500 Pakar Kecantikan Mary Kay , media dan orang kenamaan yang hadir bagi menyaksikan 22 pasangan akhir dari seluruh Asia Pasifik yang berentap sesama sendiri dalam pertunjukan ini. Panel hakim termasuk supermodel antarabangsa Karolina Kurkova, jurusolek selebriti Sunjin Kim dari Korea, jurusolek terkenal Mary Kay Luis Casco dan jurugambar fesyen dan kecantikan Jason Capobianco.
Zhang Ying dari China, Crystal Fung dari Hong Kong, dan Corvina Chong dari Malaysia telah diumumkan sebagai 3 Pemenang Grand Final untuk solekan mereka yang cemerlang. Prestasi mereka yang bagus dan meyerlah pula dikira berdasarkan tiga ciri yang dikehendaki iaitu, "Confidence, Passion, and Elegance". Mary Kay Beauty Consultant dari Hong Kong, Vicky Lai telah dinobatkan sebagai "Beauty Artist of Mary Kay Asia Pasifik" untuk kemahiran dan kreativiti beliau dalam solekan yang memukau juri.
Pemenang akan menghadiri sesi bergambar/photoshoot Mary Kay di New York. Pakar kecantikan Mary Kay yang mewakili peserta yang menang juga akan diiktiraf sebagai Mary Kay Applause Magazines in the Asia Pacific Region. Mereka juga akan diberi peluang untuk menjadi jurucakap di seminar anjuran Mary Kay yang akan diadakan di negara masing-masing.
Lebih daripada 100,000 wanita dari Australia & New Zealand, China, Hong Kong, Korea, Malaysia dan Singapura, Filipina dan Taiwan, telah bekerjasama dan mengambil bahagian dalam Mary Kay Dream Beautiful Contest ini. Tahniah diucapkan kepada semua :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Mary Kay Dream Beautiful Contest :
Website : Mary Kay
Instagram : @MKDreamBeautiful
#MaryKay & #MKDreamBeautiful
Terima kasih sudi baca
Wahhh.. Lawa nyaa.. memang layak menang.. hehee..
ReplyDeletesalam singgah dan follow sini dari newbies kbba. tahniah pemenang cantik sangat2.
ReplyDelete