Mar 15, 2016

ck2 Blogger Event | Pengalaman bermain Laser Battle di Times Square



Hari Ahad lepas yang Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk mencuba permainan Laser Battle di Times Square. Gugup, takut, risau semua ada. Maklumlah Yaya memang tak pernah cuba permainan Laser Battle ni. Ingatkan macam  paintball main ganas-ganas kalau kena lebam (btw Yaya pernah kena tembak kat kepala rasa bengong kejap 2 hari sebab bengkak hahaha) tapi Laser Battle ni serius best gilaaaaaa~~!

Senapang pun ringan. Unlimited peluru :p . Memang sangat rekomen kat sesiapa yang nak cuba permainan Laser Battle ni.


With Fatin Bella


Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang. Kumpulan Oren yang sungguh power iaitu kumpulan Yaya :p terdiri daripada Abang Naim, Fatin Bella, Oh Fish dan juga Sunshine Kelly. Bestnya kumpulan dengan mereka! Semua baik sangat dan penuh dengan semangat team work gitu. Hihi

Oleh kerana seorang Yaya baru pertama kali main, Yaya memilih untuk menjaga kubu bersama Kelly dan menghalang musuh daripada mencuri Flag kami. Musuh yang datang menderu langsung tak mematahkan semangat kami. Fuhh 10 minit rasa macam 30 minit dalam tu. Memang seronok!

Memang kami sedaya upaya menghalang musuh. Dan akhirnya, kami layak ke peringkat seterusnya dan untuk game terakhir, kami menang tempat Kedua! Yabedabeduuuu~!


Selfie sikit dengan medal kita. :p


Wangian baharu dari ck2 ini menggabungkan nilai Fresh, Warm dan Electric. Sesuai untuk lelaki dan wanita so dua-dua boleh share perfume. Yang bestnya, ia bergantung kepada si pemakai tau. Ada yang pakai dia bau woody fresh memang wangi sangat dan bila Yaya pakai, dia bau sweet sweet gitu pun wangi juga!. Jujurnya, Yaya suka sangat perfume ni :) Bau dia sangat soft dan mendamaikan. Hihi



Bergambar kenangan bersama semua yang hadir. Memang awesome lah korang! Harap boleh jumpa lagi :D


ck2 eau de toilette spray 50ml @ RM219 / 100ml @ RM289.

Nak beli juga? Mulai 21hb sehingga 27hb Mac 2016, akan berlangsung ck2 roadshow di Mid Valley. Jom datang dan rasai sendiri pengalaman bersama wangian ck2 #the2ofus ni :)




Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment