Sep 25, 2014

Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya

Assalamualaikum semua 


Balik dari kerja, vedevoom buat drift ke PICC Putrajaya untuk jumpa makhluk tuhan yang masyaAllah baik baik semuanya. Sayang gila kat diorang. *sila faham entri ini dibuat pada sekitar 2 pagi maka nilai sentimental dalam diriku berpisah tiada.


Masuk masuk tengok chef chef ni tengah bergambar. Pergh rasa nak culik sorang lepas tu suruh dia ajar macam mana nak masak sedap sampai camtu. Sebelum ni Buffet Ramadhan mereka juga antara orang terkuat yang menjayakannya di dapur. Tahniah chef chef semua!  




Lepas letak barang dekat seat, yaya tawaf dulu semua area makanan sambil fikir fikir nak makan apa. Akhirnyaaaa... yaya nampak carbonara yang paling sedap di alam semesta. Sebelum ni pernah makan kat situ juga memang sedap sangat sampai teringat ingat bila balik rumah. Terus yaya belasah carbonara + cheese powder banyak gila. Ya ampun puas sangat. Haha 




Hello saya Carbonara yang digilai.

Lepas dah habis carbonaraku, gigih bangun semula cari makanan lain. Memang dasar raksasa pemakan.



Terdapat banyak stesen yang disediakan oleh pihak PICC@Cafe untuk para pelanggan mereka. Setiap stesen ini memberi keselesaan kepada para pelanggan dimana pelanggan tidak perlu berebut untuk mengambil steamboat kerana mereka menyediakan 3 ke 4 stesen yang menghidangkan jenis steamboat yang sama. So tak payah berebut kalau stesen 1 ada orang tengah pilih makanan, anda boleh terus ke stesen sebelah. Hehe



Selain pelbagai jenis steamboat, makanan lain seperti spaghetti, nasi goreng, mee goreng, dessert yang beraneka juga disajikan seperti putu piring, ABC, aiskrim dan lain lain. Siap boleh deko lagi nak aiskrim macam mana dengan menggunakan buah buahan segar yang disediakan. Best kan best kan. Hee




Eh eh macam kenal.



Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari band jemputan. 




Hasil tangkapan pusingan pertama. Pusingan seterusnya terlalu ekstrem untuk dipaparkan. Maka ini sahaja untuk tatapan kalian. Takut menggangu puasa ganti kalian.Hehe





Fruit is my favorite forever. 






Udang demok debab. Bila nak makan lagi ni sedapnya.



Omonommonummonummonom


Hai gegirls! Semua muka habis excited bab makan. Plus bukan selalu nak dapat berkumpul dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. :'D




"Pakat mai kat hangpa semua datang ke cafe kami. Mulai dari 25 Sept - 31 Dis 2014, para pelanggan  akan diberi 20% diskaun yang mana jumlah akhir cuma RM28 bagi dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak."

 Woww bestnyaa!




Terima kasih kepada pihak PICC yang sudi menjemput dan menjamu kami dengan makanan yang sangat enak dan bertaraf bintang.






Rawrrr!! Nak lagi!


Bagi membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my
PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Twitter : @piccmalaysia




Terima kasih sudi baca 



7 comments:

  1. wow,sedapnya tengok makanan-makanan tu

    ReplyDelete
  2. mcm best n harga pon berpatutan..grill xde erk?

    ReplyDelete
  3. nak pergi lagi makan..makan..

    ReplyDelete
  4. tak hajakkkkkkk....hahahhahaha

    ReplyDelete
  5. waahhh.. sedapnya.. omnomnom.. tetiba kelaparan.. hehe

    ReplyDelete
  6. jadi lapar balik dibuatnya nih. hoho..

    ReplyDelete
  7. Steamboat bestnye. Selalu makan kat ampang ni je. Nanti akn datang bole try kat picc ni plak.

    ReplyDelete