Showing posts with label Steamboat. Show all posts
Showing posts with label Steamboat. Show all posts

May 8, 2017

Steamboat Sedap Shah Alam | D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat




"Semoga baby happy dapat makan bbq steamboat & grill sedap"


Adudu bulatnya haha. Counting days beberapa minggu lagi nak bersalin dan finally dapat settlekan craving nak makan steamboat & grill sedap di D'Kayangan yang bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. 



Lagi best bila dapat pergi bersama kedua-dua belah keluarga. Family Yaya dan juga family Shawn :)
Dalam gambar ni yang tengah tu adik ipar Yaya dengan adik Yaya.


D'Kayangan ni memang popular di Shah Alam kerana mereka menghidangkan menu yang lain dari yang lain dari kebanyakan restoran steamboat yang lain. Tapi sebelum tu jom kita tengok kawasan restoran yang cantik ni :)



Pengunjung boleh memilih samada mahu menjamu selera di bahagian indoor atau outdoor. Bagi mereka yang ingin bersantai dan free and easy, boleh pilih untuk makan di bahagian outdoor dan bagi mereka yang membawa baby mereka lebih prefer untuk makan di indoor kerana lebih senyap, kurang asap dan selesa.




Jom kita godek antara menu dan sajian yang di sediakan disini. Baby pun menendang-nendang ni bila tengok pelbagai menu yang disediakan. Memang banyak dan menarik!



Istimewanya, disini mereka menggunakan bahan perapan yang special untuk hidangan mereka.  Makanan di sini disediakan oleh Chef Shahnizam. Chef Shahnizam telah berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari dan telah membuat pembaharuan untuk menu grill perapan istimewa  untuk ayam, daging, udang, ketam, ikan, sotong dan lain-lain. Antara jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut supaya enak dimakan. Memang power la rasa dia bila kita grill hihi.


Pilihan makanan sejuk beku, bebola dan sayuran segar yang pelbagai




Syurga makanan laut! 

Udang yang disediakan disini juga sangat fresh dan besar. Memang memadai dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.



Ketam pun ada! Hihi



Pilihan sayur-sayuran untuk steamboat



Selain dari menu steamboat dan grill, terdapat juga pilihan seperti nasi putih, nasi lemak, asam laksa, kari ayam, mee goreng, spaghetti bolognese, sup kambing dan yang paling best ialah kambing bakar! Nyumssss





Pilihan sambal dan sos untuk dimakan bersama. Sos ini dibuat sendiri oleh Chef tau. Ianya terdiri dari Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain.


Aneka buah-buahan segar sebagai pencuci mulut



Sudut minuman dan boleh DIY cendol sendiri wee!


Pinggan mangkuk yang tersusun kemas dan teratur untuk kemudahan pengunjung. Yang penting jangan membazir makanan masa ambil tau! Dicadangkan untuk ambil yang mahu dimakan sahaja. Kalau tak cukup masih boleh tambah :)


Mak mertua dan adik ipar sedang rambang mata nak pilih makanan pilihan hihi


Aiskrim pun ada ;)


Persembahan dari clown yang menarik minat peminat kecil disini.

Ok jom masak dan makan! :D


Disini terdapat 2 pilihan sup iaitu sup ayam atau sup tomyam sebagai kuah rebusan untuk dimakan bersama makanan sejuk beku, sayur-sayuran dan juga makanan laut yang segar


Memang sangat sedap dan padu!


Wajah-wajah kesayangan yang happy hee


Bagi Yaya, memang puas hati sangat dapat makan bersama keluarga disini. Hopefully akan datang boleh berkumpul macam ni lagi sambil menikmati Grill & BBQ Steamboat dari D'Kayangan yang sangat sedap ni. Yaya recommend sangat kat korang untuk datang bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Memang menarik sangat hidangan yang disediakan disini :)


Bersama Aina yang merupakan orang kuat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Baik sangat dia layan pengunjung yang datang :)


Perut dah kenyang. Jom balik hihi


Harga untuk Dewasa:
Isnin – Khamis : RM 28.90 (Net)
Jumaat – Ahad : RM 33.00 (Net)
‘Sunday Brunch’ : RM 24.30 (Net)
Harga untuk Kanak-Kanak:
Isnin – Ahad : RM 9.90 (Net)
Warga Emas:
Isnin – Ahad : RM 24.00 (Net)

Restoran dan tempahan
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

Untuk bulan Ramadhan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet berharga RM44.90 untuk dewasa. Jangan lupa booking awal dan berbuka puasa bersama yang tersayang di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat


Untuk tempahan : 0355234979 / 012-2971091
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Alamat : Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi






Terima kasih sudi baca

Sep 25, 2014

Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya

Assalamualaikum semua 


Balik dari kerja, vedevoom buat drift ke PICC Putrajaya untuk jumpa makhluk tuhan yang masyaAllah baik baik semuanya. Sayang gila kat diorang. *sila faham entri ini dibuat pada sekitar 2 pagi maka nilai sentimental dalam diriku berpisah tiada.


Masuk masuk tengok chef chef ni tengah bergambar. Pergh rasa nak culik sorang lepas tu suruh dia ajar macam mana nak masak sedap sampai camtu. Sebelum ni Buffet Ramadhan mereka juga antara orang terkuat yang menjayakannya di dapur. Tahniah chef chef semua!  




Lepas letak barang dekat seat, yaya tawaf dulu semua area makanan sambil fikir fikir nak makan apa. Akhirnyaaaa... yaya nampak carbonara yang paling sedap di alam semesta. Sebelum ni pernah makan kat situ juga memang sedap sangat sampai teringat ingat bila balik rumah. Terus yaya belasah carbonara + cheese powder banyak gila. Ya ampun puas sangat. Haha 




Hello saya Carbonara yang digilai.

Lepas dah habis carbonaraku, gigih bangun semula cari makanan lain. Memang dasar raksasa pemakan.



Terdapat banyak stesen yang disediakan oleh pihak PICC@Cafe untuk para pelanggan mereka. Setiap stesen ini memberi keselesaan kepada para pelanggan dimana pelanggan tidak perlu berebut untuk mengambil steamboat kerana mereka menyediakan 3 ke 4 stesen yang menghidangkan jenis steamboat yang sama. So tak payah berebut kalau stesen 1 ada orang tengah pilih makanan, anda boleh terus ke stesen sebelah. Hehe



Selain pelbagai jenis steamboat, makanan lain seperti spaghetti, nasi goreng, mee goreng, dessert yang beraneka juga disajikan seperti putu piring, ABC, aiskrim dan lain lain. Siap boleh deko lagi nak aiskrim macam mana dengan menggunakan buah buahan segar yang disediakan. Best kan best kan. Hee




Eh eh macam kenal.



Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari band jemputan. 




Hasil tangkapan pusingan pertama. Pusingan seterusnya terlalu ekstrem untuk dipaparkan. Maka ini sahaja untuk tatapan kalian. Takut menggangu puasa ganti kalian.Hehe





Fruit is my favorite forever. 






Udang demok debab. Bila nak makan lagi ni sedapnya.



Omonommonummonummonom


Hai gegirls! Semua muka habis excited bab makan. Plus bukan selalu nak dapat berkumpul dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. :'D




"Pakat mai kat hangpa semua datang ke cafe kami. Mulai dari 25 Sept - 31 Dis 2014, para pelanggan  akan diberi 20% diskaun yang mana jumlah akhir cuma RM28 bagi dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak."

 Woww bestnyaa!




Terima kasih kepada pihak PICC yang sudi menjemput dan menjamu kami dengan makanan yang sangat enak dan bertaraf bintang.






Rawrrr!! Nak lagi!


Bagi membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my
PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Twitter : @piccmalaysia




Terima kasih sudi baca