"Semoga baby happy dapat makan bbq steamboat & grill sedap"
Adudu bulatnya haha. Counting days beberapa minggu lagi nak bersalin dan finally dapat settlekan craving nak makan steamboat & grill sedap di D'Kayangan yang bertempat di Seksyen 13, Shah Alam.
Lagi best bila dapat pergi bersama kedua-dua belah keluarga. Family Yaya dan juga family Shawn :)
Dalam gambar ni yang tengah tu adik ipar Yaya dengan adik Yaya.
D'Kayangan ni memang popular di Shah Alam kerana mereka menghidangkan menu yang lain dari yang lain dari kebanyakan restoran steamboat yang lain. Tapi sebelum tu jom kita tengok kawasan restoran yang cantik ni :)
Pengunjung boleh memilih samada mahu menjamu selera di bahagian indoor atau outdoor. Bagi mereka yang ingin bersantai dan free and easy, boleh pilih untuk makan di bahagian outdoor dan bagi mereka yang membawa baby mereka lebih prefer untuk makan di indoor kerana lebih senyap, kurang asap dan selesa.
Jom kita godek antara menu dan sajian yang di sediakan disini. Baby pun menendang-nendang ni bila tengok pelbagai menu yang disediakan. Memang banyak dan menarik!
Istimewanya, disini mereka menggunakan bahan perapan yang special untuk hidangan mereka. Makanan di sini disediakan oleh Chef Shahnizam. Chef Shahnizam telah berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari dan telah membuat pembaharuan untuk menu grill perapan istimewa untuk ayam, daging, udang, ketam, ikan, sotong dan lain-lain. Antara jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut supaya enak dimakan. Memang power la rasa dia bila kita grill hihi.
Pilihan makanan sejuk beku, bebola dan sayuran segar yang pelbagai
Syurga makanan laut!
Udang yang disediakan disini juga sangat fresh dan besar. Memang memadai dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Ketam pun ada! Hihi
Pilihan sayur-sayuran untuk steamboat
Selain dari menu steamboat dan grill, terdapat juga pilihan seperti nasi putih, nasi lemak, asam laksa, kari ayam, mee goreng, spaghetti bolognese, sup kambing dan yang paling best ialah kambing bakar! Nyumssss
Pilihan sambal dan sos untuk dimakan bersama. Sos ini dibuat sendiri oleh Chef tau. Ianya terdiri dari Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain.
Aneka buah-buahan segar sebagai pencuci mulut
Sudut minuman dan boleh DIY cendol sendiri wee!
Pinggan mangkuk yang tersusun kemas dan teratur untuk kemudahan pengunjung. Yang penting jangan membazir makanan masa ambil tau! Dicadangkan untuk ambil yang mahu dimakan sahaja. Kalau tak cukup masih boleh tambah :)
Mak mertua dan adik ipar sedang rambang mata nak pilih makanan pilihan hihi
Aiskrim pun ada ;)
Persembahan dari clown yang menarik minat peminat kecil disini.
Ok jom masak dan makan! :D
Disini terdapat 2 pilihan sup iaitu sup ayam atau sup tomyam sebagai kuah rebusan untuk dimakan bersama makanan sejuk beku, sayur-sayuran dan juga makanan laut yang segar
Memang sangat sedap dan padu!
Wajah-wajah kesayangan yang happy hee
Bagi Yaya, memang puas hati sangat dapat makan bersama keluarga disini. Hopefully akan datang boleh berkumpul macam ni lagi sambil menikmati Grill & BBQ Steamboat dari D'Kayangan yang sangat sedap ni. Yaya recommend sangat kat korang untuk datang bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Memang menarik sangat hidangan yang disediakan disini :)
Bersama Aina yang merupakan orang kuat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Baik sangat dia layan pengunjung yang datang :)
Perut dah kenyang. Jom balik hihi
Harga untuk Dewasa:
Isnin – Khamis : RM 28.90 (Net)
Jumaat – Ahad : RM 33.00 (Net)
‘Sunday Brunch’ : RM 24.30 (Net)
Harga untuk Kanak-Kanak:
Isnin – Ahad : RM 9.90 (Net)
Warga Emas:
Isnin – Ahad : RM 24.00 (Net)
Restoran dan tempahan
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.
Untuk bulan Ramadhan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet berharga RM44.90 untuk dewasa. Jangan lupa booking awal dan berbuka puasa bersama yang tersayang di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Untuk tempahan : 0355234979 / 012-2971091
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Alamat : Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi
Facebook : Steamboat BBQ D’Kayangan
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment