Sep 22, 2014

Memori : Bloggers and Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di AgroFarmStay, Melaka

Assalamualaikum semua 


Walaupun dah besar panjang, orang dewasa macam kami tetap menggunakan cuti sekolah dengan sebaiknya. Excited semua nak menjayakan Bloggers dan Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari. Wee!



Day #1

Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang sejam lebih je. Yaya sampai dalam pukul 6 petang macam tu. Tumpang kereta faizal fredly. Yaya, Aina dengan Uzu tak habis habis sakat dia sebab sehari sebelumnya dia di interview kat Al-Hijrah. Kelas kau jah.




Hello muka penat macam dia yang drive.




Lepas pendaftaran, kami disajikan dengan pemandangan indah permai macam kat kampung. Paling kelakar bila tengok sendiri itik beratur nak masuk kolam tu. Sumpah comel gila dengan montot dia kedek kedek gitu. Haha



Hello Villa. Auw Seksinya ada villa dalam kampung. 



Bilik gadis gadis. Teka yang beg tarik macam nak pindah rumah tu siapa punya?





Tempat berdiskusi pada malamnya. Luas habis ni. Anak anak kecil berlari lari. Seronok tengok. Hee







Villa ni memang sesuai bagi keluarga besar yang nak buat family day. Ada 7 bilik semuanya!





Rumah karoeke yang super class 5 bintang kateko.  Hanya wujud di AgroFarm Stay.



Chalet yang terdapat di AgroFarm Stay. Bagi mereka yang nak rasa duduk rumah kampung. Hee


Malam tu sesi suai kenal bersama pemilik AgroFarm Stay. Cik Mat yang baik hati sangat senyum je muka dia. 
Dan juga En. Bari yang sentiasa memberi layanan dan perhatian kepada kami. Aik lain macam je ayat ni. Haha. Bekas graduan dari UK okay. Tak sombong langsung. Low profile je untung tunang. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput KBBA! :D



Lepas sesi suai kenal, kami dihidangkan menu makan malam yang sangat super delicious. 
Makanan kampung is always the best. 



Sebahagian dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Yang lain ada yang perlu hadir ke event lain pada tarikh ni. Hehe takpe akan datang ada lagi kita berkumpul lagi! 



Hari #2


Bangun awal gila. Pukul 6 pagi. Jam qaseh buat jantungku berdetak dengan lebih cepat. Haha terkejut habis dengar alarm dia. Lepas tu terus bangun and siap pelan pelan.







Antara orang terawal yang makan breakfast. Tapi sempat nak posing juga. Pagi pagi best sangat bau udara dia tauu



Wefie dengan budak budak pandai Kolej Vokasional Muadzam Shah



Lepas breakfast, kami semua warm up panaskan badan dulu lepas tu terus bersedia untuk acara sukaneka. Masa ni banyak aksi lucu masing masing terserlah. Gelak sampai terduduk, HAHA


Lencun habis bila belon pecah kat badan. 


Macam macam games yang pihak AgroFarm Stay sediakan. Memang havoc habis. Selain dari family day, penempatan kem motivasi juga ditawarkan disini. 



Haha. Yaya memang fobia belon meletop ni. Awal awal dah bawak diri ke tepi. Orang duk panggil yaya mampu tutup telinga geleng geleng je. Haha


Sunburn. Haha. Oh belakang tu je villa nya.




Aktiviti lepas lunch, semua dah tak menyempat dah nak mandi swimming pool. Hehe seronok habis uols. 



Petangnya kami semua dibawa berjalan jalan dalam kawasan AgroFarm Stay. Luas dan besar gila okay. Ada pelbagai tanaman yang ditanam seperti pokok kurma, durian belanda, tanaman herba dan lain lain.


Kat sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan arnab, landak, burung merak,kambing dan kuda. Jinak semua ni macam dah biasa je orang belai. Hehe




Ok. Dalam perjalanan seterusnya terjumpa pokok denai yang besar gila ni. Rare habis. Pokok ni macam memayungi area dia. Dah berpuluh tahun ni.
*perghh lighting dia. Jangan terpedaya. Huhu



Melawat kandang lembu. Mereka juga menawarkan lembu untuk dijual dan untuk dijadikan korban. Haa Raya Qurban nak dekat dah ni. 



Cik Mat super sporting dan peminat beliau.

Petangnya lepas asar, semua nak main kayak dan naik bot. Hehe. Untuk pengetahuan, kolam ini juga digunakan untuk aktiviti motivasi. Diorang kena berendam dan terapungkan diri dalam keadaan berbaring menggunakan life jacket. Best je tengok



Aktiviti memancing juga boleh dijalankan disini. Kami takde skill jadi tak memancing pun lah. hehe


Para pekerja AgroFaram Stay gorengkan! Rangup kriuk kriuk! 


Malam terakhir di AgroFarm Stay. Makan banyak gila. Ayam bbq sedap!











Selepas itu. Jeng jeng jeng. Sesi karoeke. Masa mula mula semua malu malu. Bila dapat mic, taknak renggang dengan mic. hehe. Fun gila. 






Rumah karoeke yang bentuk kasut tu yang ni lah sisi dalamnya. Best sangat. Abang ben siap joget lagi. Haha comel.




Hari #3



Huwaa sedih nak balik dah. Semua pakat nak bangun lambat sikit bagi menikmati hari terakhir di AgroFarm Stay. Sayang nak tinggalkan tempat ni. Hehe. Lepas breakfast, kami semua masuk ke dewan untuk sesi farewell. Setiap orang bangun dan berdiri ketika memberi pendapat bagi perhatian pihak AgroFarm Stay. Mereka positif dan menyambuat baik segala cadangan yang diberikan. :)






Penyampaian cenderahati.



Bye bye! Harap dapat bejumpa lagi dimasa akan datang! :'D





Terima kasih kepada pihak AgroFarm Stay dari kami ahli Kelab Blogger Ben Ashaari kerana telah memberikan layanan kelas pertama kepada kami ketika menginap di resort mereka. In sya Allah kalau ada peluang nak bercuti di sana lagi! Next time mungkin dah boleh petik buah kurma! Hehe


-

-

-




Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Bari ditalian 012-211 8246

Atau layari http://agrofarmstay.my/ .



Terima kasih sudi baca 

6 comments:

  1. Salam..nice place..suka yg tempat karaoke tu..hehe..
    Done follow blog awak, jemput singgah ke http://syahirbasharuddin.blogspot.com yer :)

    ReplyDelete
  2. Waahhhhh... best laa bila baca semua cerita yaya. Macam terasa ada kat sana pulak. Complete..
    Not bad kalau nak buat kem motivasi atau berehat di sana.. menarik!

    ReplyDelete
  3. meriahnyaaa..jeles okeh :p

    ReplyDelete
  4. salam kenal yaya...camne yer nak masuk kelab ni..cam best jer...

    ReplyDelete
  5. hai adik yaya yg comey

    salam kenalan

    ReplyDelete