Sep 18, 2014

#LunchDateWithSyarif di Johnny Rockets, Sunway Pramid

Assalamualaikum semua 


Semalam dating dengan Syarif Sleeq sat kat Johnny Rockets. Tapi time tu peminat dia ramai. So yaya izinkan dia makan dengan peminat dia. Haha poyo sesangat. Sorry ampun. Sebenarnya untuk meraikan pemenang contest dari tonton.my . Selain itu bagi meraikan 4 tahun tonton.my yang telah mempunyai lebih 4 juta pengguna berdaftar. Secara tak langsung juga untuk mempromosikan cerita Hanya Satu yang dibintangi oleh Syarif, Kila Fairy, Fezrul Khan, Wan Sharmilla dan ramai lagi. Gitchews.





Masa sampai tu tepat-tepat pukul 12. Nak cari parking kat Sunway memang boleh menangis. Haha
Tapi lepas tu happy bila tengok pekerja dia yang sporting. Setiap 20-30 minit diorang akan pasang lagu catchy dan pekerja dia akan menari ikut step. Memang seronok la cara berkerja diorang!






Sampai sampai macam biasa kena selfie dulu dengan makhluk makhluk yang cantik ni.




Meet MyaZulkifli dan Ayue.



With bang Acul.



Semua dah dapat makanan. Dan dah macam macam lagu diorang joget, baru yaya dapat makanan. Tula order lain dari yang lain lagi. Haha. Tapi takpe dia bagi smile kat sos tu alahai comel sangat.






Siapa yang puasa ganti tu, Ampun la ye. Hihi


Sesi bergambar bersama pemenang yang comel comel. Semua perempuan. Hee


Sesi bergambar bersama blogger blogger hebat. Saya yang picisan terpaksa berselindung di sebalik Syarif. Betul kan tindakan saya?



Yaya paling suka peluk orang! Tak sangka Kak Nannie suka juga! Haha


Yang ni tak boleh peluk ye kawan kawan. Uhuk uhuk.




Syarif akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Semoga dipermudahkan urusan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat Syarif dan pasangan! Aamiin.. :)



Dah medaftar dekat www.tonton.com.my ?

Daftar sekarang. Banyak cerita menarik tau! Dan boleh tengok drama Hanya Satu kat sana! Yeayy!



Sinopsis Hanya Satu

Mengisahkan tentang pasangan Syarif dan Suria Hana yang sangat meminati bidang muzik. Selepas Suria menang dalam satu ujibakat pertandingan nyanyian, Suria Hana mula berubah perwatakan dan ini memberi rasa kurang senang kepada Syarif..



Adakah cinta atau kerjaya yang bakal mempegaruhi perhubungan Suria dan Syarif?



Jangan lupa menonton Hanya Satu di www.tonton.com.my !



Terima kasih sudi baca  


17 comments:

  1. Bestnya , sedapnya mknan..please bring me there! Dan nk gak peluk2.

    ReplyDelete
  2. untung la dapat dating saat2 terakhir haha :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya... maka pree plak tu...hee

    ReplyDelete
  4. Amboii sakan masing masing tau. :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya..xpenah try lg johny rockets...salam kenal yaya...

    p/s - saya pon suka peluk orang gaks...hahahahahha

    ReplyDelete
  6. Lajunya update..hahaha.. :)

    ReplyDelete
  7. Tinggi rupanya Shariff Sleek ni ye.. Hensem pulah tu.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat join event.. jeles tengok pic makanan tu . hihihi

    ReplyDelete
  9. hello. thanks for visiting my blog. btw, abg acul tu najla kenal. hihi. kak uzu pon sama. =p (mesti tertanya tanya kan? kekeke)

    najla follow sini lah. ;)

    ReplyDelete
  10. lapar ...delivery ada ke? hehe

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnya..

    Singgah sini..

    Btw anda telah ditag untuk Liebster Award

    http://aquzack.blogspot.com/2014/09/liebster-award-3-by-rosmiza-ali.html?m=1

    ReplyDelete
  12. wah jeles i u all....

    ReplyDelete
  13. Cantik sungguh kak yaya.. aauuummmm bestnyaa dapat bergambar dengan sleeq.. suami ena tu... eh eh eh

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa jumpa retis lg...dh nikah ke dia....

    ReplyDelete
  15. TQ sbb pnah singgah blog gathizlent0x..wahhh..jelesnya tgk gmbar yaya... n
    air liur pon leleh da tgk buger tu..huhuu..

    ReplyDelete
  16. wah.. bergambar dgn artis.. dian ni mcm pemalu la..

    jemput jalan2 ke
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete