Jun 5, 2016

Me'nate Steak Hub | Menu Istimewa Ramadhan

Siapa tak kenal jenama Me'nate Steak Hub yang sudah tidak asing lagi bagi penggemar steak termasuklah Yaya! Hihi. Bulan puasa tahun lepas, Yaya berkesempatan menjamu selera untuk Menu Ramadhan di Me'nate Steak Hub. Memang terbaik boh. Itu yang tak mahu lepaskan peluang apabila dijemput buat kali kedua pada tahun ini. Maklumlah, menu ramadhan ni berlainan sikit dari menu biasa. Istimewa hanya di bulan Ramadhan! :D

Untuk Menu Ramadhan di Me'nate Steak Hub kali ini, terdapat 4 kategori yang didatangkan khas bersama set Nasi Me'nate yang sangat sedap dan sos mengikut selera dan citarasa pelanggan:

1. Heavenly Beef
2. Heavenly Lamb
3. Heavenly Chicken
4. Group Steak

Menariknya, setiap set didatangkan percuma dengan Bubur Lambuk Me'nate, Kurma, Buah-buahan dan "Air Free Flow"! ^_^


Heavenly Beef
Terdapat dua pilihan untuk kategori Heavenly Beef ini iaitu :

Short ribs | RM 300 (4-6 orang)


Favorite nya bahagian ribs ni! Sedap tau dapat potong belahan daging tu satu satu lepas tu pegang makan pakai tangan fuhh nikmat sangat dengan daging yang lembut tu. Susah nak dapat makan daging steak yang betul betul lembut dan kena dengan tekak. Tapi di Me'nate, semua daging memang sedap. Nyums!

Wagyu Spare Ribs | RM 400 (4-6 orang)


Wagyu pujaan hati, Sesuai dengan harganya, kepuasan menikmati isi daging segar yang sangat juicy, membuatkan Yaya makan tanpa pedulikan orang sekeliling. Makan senyap senyap je hahaha memang sedap tau daging wagyu. Dengar cerita daging lembu wagyu ni hanya diberikan sayuran yang berkhasiat, diurut, duduk dalam bilik berhawa dingin dan langsung tidak dibenarkan stress. Fuhh patut la makan daging ni kita yang rasa bahagia. :p


Heavenly Lamb
Juga didatangkan dengan dua pilihan iaitu :

Lamb Shoulder | RM 350 (4-6 orang)


Berebut orang tak sabar nak makan Lamb Shoulder ni. Ingat senang nak dapat makan bahagian ni? Pulak tu Yaya memang seorang pencinta kambing! Pergilah mana-mana kedai western dok belek menu berulang kali tapi tetap ambil menu berasaskan kambing. Haha. Kena cuba tau Lamb Shoulder  ni. Bau hamis kambing? No way apabila di Me'nate Steak Hub ;)

Lamb Shank | RM 350 (4-6 orang)


Huwarghh! Terus menjelma jadi raksasa masa ni. Sedap gila woh. Rasa nak makan sorang! Hahaha. Sedapnya kita suka sangat Lamb Shank ni tau. Rasa nak pi dapur lepas tu nak tunduk orang Jepun sebab sediakan Lamb Shank yang sedap macam ni. Dikenakan pula dengan Nasi Me'nate berasaskan beras panjang basmati, memang super sedap la jadinya.


 Heavenly Chicken | RM 99 (4-6 orang)


Tak cukup dengan daging lembu dan daging, Heavenly Chicken bahagian peha pula Yaya ngap. Yaya rasa masa ni Yaya terpejam mata kejap sebab terfeeling dengan perapan ayam yang sangat sedap dan tak pernah rasa kat tempat lain. Isi ayam yang lembut dengan perapan rempah tapi tidaklah pedas memang sangat sesuai kalau bawa anak kecil untuk hidangan ini. Gerenti kanak-kanak pun suka :)

Semua hidangan diatas untuk set Heavenly Beef, Heavenly Lamb dan Heavenly Chicken akan dihidangkan bersama Bubur Lambuk Me'nate, Kurma, Buah-buahan dan "Air Free Flow" seperti dibawah :


Bubur lambuk ni memang teringat-ingat bila sekali makan. Hee





Group Steak | RM 80 (per pax) 

Yang terakhir adalah menu Group Steak. Terdapat pilihan untuk set menu ini yang mana korang boleh pilih antara 3 jenis daging iaitu daging lembu, kambing atau ayam. Selain itu juga ia dihidangkan bersama Sos, Salad, Coleslow, Mashed Potato, Aglio Olio/Nasi Me'nate. Kalau dah boring makan nasi, korang boleh makan Aglio Olio. Yaya pula memang hantu Aglio Olio. Hihi. Tapi untuk set ini untuk minimum order ialah  4 pax ye. Haa ajak ramai-ramai baru meriah gitu ;)






Amacam? Mengancam tak? Jangan lupa datang berbuka di Me'nate Steak Hub bersama orang tersayang tau!


Barisan makanan sedap sedang berposing.


Head Chief yang sudi diambil gambarnya sambil memegang salah satu menu. Pinggan tu berat tau! Tahan nafas Yaya angkat. Hihi

 Jom flashback Menu Ramadan di Me'nate Steak Hub semula. Hihi

Dan yang lagi best, sehingga 5 Ramadan nanti, korang boleh dapat potongan diskaun sebanyak 15% apabila berbuka puasa di Me'nate Steak Hub! Fuhh jangan lupa buat reservation dulu ya!



Jom korang datang berbuka di Me'nate Steak Hub dan cuba salah satu Menu Berbuka Puasa di sini. Gerenti puas hati! Meh Yaya senaraikan cawangan Me'nate Steak Hub untuk dikunjungi :

Setapak Branch
Starparc Point, Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
03-41318121

Ampang Jaya Branch
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
03-42513460

Wangsa Maju Branch
25 Jalan Delima 12,
Wangsa Link,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
 03-42513460

Untuk tempahan : 019-3911047 / 019-4771047 / 019-2611047
Facebook : Me'nate Steak Hub




Terima kasih sudi baca 

5 comments:

  1. Sedapnya kak yaya... Kne cuba ni... Dila pun penggemar makan steak :)

    ReplyDelete
  2. Wow suka makan kat Me'nate ni kan nanti datang lagi lah hehehehe..

    ReplyDelete
  3. tak berksempatan lg nak ke menate ni. kwn kata sedap. tp bit pricey sikit la kan huhu

    ReplyDelete
  4. bangi branch xde ke yaya? :)

    ReplyDelete
  5. Me'nate mmg terkenal dengan hidangan daging yang mmg berbaloi...segala jenis daging dengan pelbagai jenis pilihan seperti Wa'gyu, Angus, Grain Fed, Grass Fed dan lamb ada kat sini...Rindunyaaa kat Wagyu~

    ReplyDelete