Jun 21, 2016

Berbuka Puasa "Ala Kampung" di Casa Ombak


Hai korang! Rasanya ramai antara pembaca Yaya yang duduk area KL betul tak? Tak pun kot kot ada orang jauh nak datang KL untuk shopping raya terutama sekitar KLCC, bolehlah korang berbuka di Casa Ombak. Nak juadah ala kampung tapi berkonsepkan dalam taman? Memang sesuai sangat kalau nak berbuka di Casa Ombak ni. Terima kasih sis Akma Omar yang sudi menerima baik kedatangan Yaya sekeluarga. Memang seronok lahai dapat berbuka disini bersama keluarga tersayang. Hee


Sekitar pemandangan di Casa Ombak. Memang sungguh cantik dan selesa. Patutlah ramai artis buat event kat sini. Oh pada hari yang sama juga terdapat ramai blogger yang turut hadir memeriahkan lagi sambutan buka puasa di Casa Ombak. Terharunya dengan kemurahhan hati pemilik Casa Ombak ni. Semoga murah rezeki selalu ya! Tak sempat nak bergambar dengan Kak Akma haritu. Busy bebenau dia melayan tetamu sampai diri sendiri tak makan. Ish ish Kak Akma ni >.<


Semua tertarik dengan hiasan pentas di Casa Ombak ni. Bercirikan kampung dan penuh adat kemelayuan. Hee. Kalau nak tahu, kat sini juga disediakan surau dan telekung tau. Memang selesa dan memudahkan tetamu :)

Jom kita usha hidangan buffet ramadhan yang sempat Yaya rakamkan ketika disana. Yang penting, presentation sangat menarik dan menambat hati. Hee












Nampak je macam ni tapi mee goreng dan kuey tiow dekat sini memang sedap betul! Panjang orang beratur tau!



Juga disediakan sudut booth makanan. Bagus tau buat macam ni. Teratur je orang nak beratur dan tidak mengganggu laluan.


Tak boleh lupa rasa ABC kat sini. Masa ambil kali kedua, Yaya sempat puji petugas perempuan yang buat tu. Memang sedap adunan campuran dia. Yaya pernah buat sendiri tapi macam tak sama je macam kat kedai. Maka dengan itu harus kita hargai mereka yang pandai membuatnya. Suka adik tu Yaya puji dia buat ABC. Comel je dia hihi



Antara kuih muih yang sangat menyelerakan. Suka sangat tepung pelita tu dan memang kebanyakan kuih muih yang dihidangkan favorite Yaya. Wee! Sebenarnya banyak lagi hidangan yang disajikan seperti kambing bakar, ikan bakar bersama air asam, roti john, hidangan panas, ayam gorang berempah, ais krim pelbagai perisa dan macam-macam lagilah memang bestlah pergilah berbuka kat sini hoi! Hahaha. Memang seronok okay :D


Selain buffet ramadhan, Casa Ombak juga menyediakan perkhidmatan persediaan majlis untuk mereka yang ingin mengadakan majlis di sekitar KL. Memang best kalau dapat buat majlis kat sini. Lokasi yang sangat santai. Takdelah asyik terperap dalam bangunan je kan :p


Sempat culik anak abam Jamar dan sis Nunu Eera ni. Comel sangat awak ni Danish Hayyan. Cik Yaya rindu dah nak kiss awak. Hee. Tak sempat nak bergambar dengan rakan blogger yang lain. Bateri henpong kita dah nyawa-nyawa ikan. Tapi sempat beramah mesra dengan semua. Ada juga yang baru jumpa first time. Selamat berkenalan! Hihi


Terima kasih sis Akma Omar atas sajian enak yang disajikan. Semoga terus murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin :')
(Maafkan perut ayah kita. Sekarang dah separuh puasa nampak kempis sikit hihi lebiu ayah!)


Wow menarik kan harga untuk setiap pax dewasa dan kanak-kanak? Jangan lupa korang bawa keluarga tersayang berbuka puasa dan menjamu selera hidangan kampung di Casa Ombak. ^_^

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Ombak Creative 
Instagram : @ombakcreative
Call/whatsapp : 013 6241417 / 012 6621062 / 03 2181 8750



Terima kasih sudi baca

4 comments:

  1. Perghhh semua nampak sedap2.. sakit terus perut ena... huaaaaa

    ReplyDelete
  2. Lahaiii tergugat sungguhh

    ReplyDelete
  3. Power ayat Cik Yaya tekel Danish..kalau tak, memang susah dia nak pergi dgn org yg tak pernah dia jumpa..

    ReplyDelete
  4. seronoknya tengok..meriah dengan sajian..
    mesti tak tawu nak makan yg mana dulu nih..:D

    ReplyDelete