Jun 28, 2016

Hotel Bangi Putrajaya | Buffet Ramadhan




Mukadimah entri ini dimulakan dengan gambar gadis comel bernama Farissa. Hihi. Farissa ni adik Shawn tau korang. Cantik comel sangat tak macam adik abang dia. Hohoho :p


Kebetulan haritu Yaya dan Farissa berkesempatan untuk berbuka puasa di Hotel Bangi Putrajaya. Ini kali kedua Yaya berkesempatan ke Hotel Bangi-Putrajaya. Hotel yang cantik, bersih, kemas and of course sangat ekslusif uols. Untuk orang jauh yang teringin menginap di sekitar Bangi, molek sangatlah korang bermalam disini okay! :D


Memang selesa sangat persekitaran untuk berbuka puasa di sini bersama ahli keluarga, rakan kerja dan juga pasanagan . Tengok macam ni pun dah seronok kan? Yang penting, kena buat reservation dulu tau.


Sejenis Yaya pula, bila pergi food review je mesti nak usha bahagian dessert dulu. Seronok la tengok makanan manis-manis ni. Automatik terasa adrenalin kita meluncur gembira. Kita suka tengok dessert cantik-cantik! Wee!




ABC dan Cendol pun ada! Bestnya boleh main-main buat ABC sendiri. Tapi jangan sampai membazir tau! Babap karang.


Sebagai pencinta buah, dengan melihat susunan begini pun dah rasa gembira. Buah-buahan disini semuanya segar dan manis belaka. 


Aiskrim Gelato ala-ala Istanbul Aku Datang pun ada disini. Nyums!

Menariknya, dengan keluasan yang ada, pihak Hotel Bangi-Putrajaya bijak mengendalikan ruang. Terdapat dua bahagian dimana pelanggan boleh mengambil masa mereka meninjau kesemua makanan yang ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam tanpa berebut atau beratur panjang (kecuali bahagian kambing bakar lah kan wajib beratur hihi) 


Bersama para chef yang mesra dan sporting bila suruh pose. Hihi. Stesen ini menghidangkan pelbagai jenis sup. Self-services dan ambil ikut selera kita. Ada orang tak mahu kacang, ada orang nak daun sup sikit. So terpulang kepada pelanggan. ;)







Kambing bakar yang sangat awesome! Sedap sangat woih!


Ikan bakar pun ada! Semua ada kat sini. Ada stesen goreng-goreng, Indian Corner (kari kepala ikan yang power), Nasi Kerabu, Pulut Durian Serawa, Char Kuey Yiow, BBQ Mongolian dan pelbagai lauk-pauk nasi putih yang amat menyelerakan. So far, in adalah buffet ramadhan terbaik yang Yaya pernah pergi. Yayy!


Tetamu juga turut didendangkan dengan irama klasik yang sangat menghiburkan.




Paling win dan paling terbaik! Pepper Butter Prawn. Yaya sampai teringat-ingat rasa dia yang sangat sedap. Fuhh. Memang puas hati sangat. Farissa pun suka. ^_^


Nampak menyelerakan betul. Kemain kilat habis kuali dia tu takde comot-comot.


Dim Sum pun ada!


Jangan lupa datang sini tau korang! :D

Harga untuk buffet Citarasa Ramadan di Hotel Bangi Putrajaya adalah seperti dibawah :


Menarik kan? Yang penting memang sedap dan sangat berbaloi-baloi. Jangan lupa pergi okay! :)


Untuk maklumat lanjut :

Telefon : 03-8210 2222 
Email : fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com



Terima kasih sudi baca


2 comments:

  1. Perghhh kambing golek tu paling tak menahan.... Huaarrrgghhh dapnyaaa

    ReplyDelete
  2. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete