Pada 4 June 2016 lepas, Yaya berkesempatan menghadiri Grand Opening Zahara Exclusive di Melaka. Sanggup ni jelajah Melaka dari KL maklumlah selalunya masa Grand Opening ni mereka selalu buat SALE! I like! Hihi. Sampai je sana, memang ngam ngam sangat Ippo Hafiz tengah nak buat persembahan. Meriah sungguh masa ni walaupun dah tengah hari. Ramai pelanggan dah mula beratur seawal pagi untuk mendapatkan 1000 goodies bag percuma untuk 1000 pelanggan terawal. Selalu butik buat 100 yang terawal je tapi Zahara Exclusive buat 1000 goodies beg untuk 1000 terawal! Murah rezeki owner ni tau buat orang gembira. Hee
Bila Yaya masuk je terus terkesima. Ingatkan butik kecil tapi hamek kaw. Besar, cantik dan selesa! Yang lagi best, kami diberitahu terdapat lebih 50 vendor yang menyertai Grand Opening ini dan in sya Allah akan terus berkerjasama dengan pihak Zahara Exclusive. Bagi Yaya sendiri, semua vendor ini memang telah mengambil langkah yang bijak apabila meletakkan produk mereka di Zahara Exclusive. Kebanyakan vendor terkenal pun meletakkan produk mereka disini makanya secara tidak langsung, jenama ingin mengembangkan nama mereka turut menerima tempias apabila pelanggan datang ke sini.
Contoh macam Yaya sendiri, dah nama pun perempuan. Confirm kita akan tawaf dan belek satu persatu shawl, jubah. blouse, skirt palazo dan macam macam lagi sebelum membuat pilihan terakhir. Dalam masa yang sama, kita sebagai pelanggan juga turut aware dengan jenama yang belum kita dengar. Lepas tu cantik dan unik pula. Lagilah seronok! :D
Jom tengok gambar yang sempat Yaya rakamkan. Dengan tengok gambar pun korang boleh tahu kan betapa besarnya butik ni.
Wah ada baju kurung dan jubah untuk kanak-kanak juga. Awesome sungguh. Ni baru suku nanti korang scroll kebawah lagi okay! Hee
Persembahan dari Ippo Hafiz yang turut serta untuk memeriahkan majlis. Sedap lunak suara Ippo Hafiz ni.
Bila letih tak tahu nak pilih yang mana semuanya cantik sangat, kita selfie sat. Hahaha :p
Selain itu, terdapat juga vendor perfume, produk kecantikan, barangan make up, pin tudung, aksesori, cookies raya dan pelbagai lagi di satu sudut hadapan kaunter. Memang menarik dan comel-comel. Hee
Cantik sangat la semua kat sini. Harga? Sesuai dengan nilai eksklusif yang ditampilkan, kesemua busana, shawl, jubah, blouse, instant shawl, tudung sarung yang berkualiti tinggi tetapi masih boleh dibeli dengan harga mampu milik! Tak percaya sila pergi okay ;)
Antara aktiviti menarik yang mendapat perhatian ketika itu ialah tutorial shawl dari Aliaa yang merupakan model muslimah yang top. Masa ni semua berebut dok rakam video dan fokus dengan tutorial dari Aliaa. Yaya pun belajar sekali. Lepas tu bila tengok semua cakap, "Ooo.. Macam tuuu".
Aliaa menunjukan cara-cara memakai instant shawl dengan cara yang pelbagai.
Jeles dengan orang Melaka. Tak payah susah-susah pergi jauh-jauh. Cari je baju raya, baju dinner, blouse, shawl dan lain-lain di Zahara Exclusive yang merupakan butik muslimah yang terbesar di Melaka. Senang banyak dah tau sebab Zahara Exclusive ni dekat je dengan bandaraya Melaka.
With Uzu muah muah cikebum.
Cantiknya baju tu ada tambahan di bahu. Memang meletop sangat!
Nak cari skirt? ada. Nak cari jubah? ada. Nak cari blouse, palazo, shawl, instant shawl, inner, kurta, jubah lelaki dan macam-macam lagi? Ada! Semuanya kini di bawah satu bumbung di Zahara Exclusive Melaka.
Shopping salah satu terapi yang berkesan untuk saya. Terus jadi kanak-kanak ribena. Hee
Antara rekaan unik yang menarik perhatian. Sesuai sangat untuk majlis glamour tapi masih nak nampak sweet. Suka sangat warna dia yang soft dan sweet. Selain itu, terdapat 3 fitting room yang disediakan untuk pengguna. Memang puas hatilah dapat shopping di Zahara Exclusive ni. Silap-silap duduk 3 jam pun tak sedar. Hihi
Berkenan dengan shawl bercorak sekarang. Suka pakai baju warna plain dan pakai tudung corak macam ni. Nampak ceria kan?
Yayy saya dah shopping disini. Anda bila lagi? Jangan lupa datang ke Zahara Exclusive Melaka tau korang! Dah boleh dah mula buat persiapan raya in sya Allah beli awal-awal tak adalah kelam kabut nanti. Jom ajak ibu, ayah, kakak, adik abang datang ke Zahara Exclusive sebab semua keperluan raya dari kecil sehingga ke besar dan untuk lelaki serta perempuan ada di Zahara Exclusive Melaka! Wajib singgah sini tau!
Antara Vendor yang terlibat di bawah bumbung Zahara Exclusive Melaka ialah :
• OSRA EXCLUSIVE
• QASREENA
• WA CLOTHING
• SUCI BY YATT HAMZAH
• EMBUN KASEH COUTURE
• ANZEL SCARF
• JULIANA NORDIN
• ANAQAH COLLECTIONS
• QURRATUL AIN COUTURE
• DHAFYRA BLUE
• INARA
• REDAUDRA BOUTIQUE
• ADENIA SIGNATURE
• AISHA HANA
• EPILOGUESS BY AEINCHASMIN
• AYULYSS
• INSPIRASIKU BY JOBA
• ARDINI KL
• SITI SARAH OFFICIAL
• RAINBOWSS SCARF
• DOTTY FABULOUS HIJAB
• SCARVANGELS
• GARDEN OF ZAIRA
• EMLYN SHOP
• BY RHEAROSE
• AIRINA APPAREL
• MISS MARIA OFFICIAL
• QALA DREEM
• SHARIFAH SHEIKHA
• NUR IMANI OFFICIAL
• BY JUZAILA HADI
• RUFFLES AND SCARVES
• BUSY BAKERS MY
• CHOKOTAK
• CAPTAINS DESSERTS
• LEGEND PERFUME
• NAZRAI HIJAB PIN
• ACCESSORIES VINTAGE
• QAWENARA
• HAURA PINS
• LIPSWAGON
• AAHIJABPIN
• BROWNIESCIOUS
• ZARA NATURLICH
• NAELOFAR HIJAB
• ZEEYA BY ALIA ISMAIL
• QASTAL OFFICIAL
• BEEYA ALISHA
• BEAUTIFUL YOU CLOSET
Boleh terus klik link vendor di Instagram mereka :
@bywindee , @shineshijab ,@browniescious_ , @kancingkirana ,@thebalangcookies , @tudungbalqis ,@airishmiracle , @kenyang_bynar ,@quekiss_ , @modestcafe, @doorg_islamic , @thehanaras ,@sprinklebyhoney , @perfume_body_ ,@nhmcollections , @sambalhitammakteh, @zara_naturilch , @anaqahcollections , @kaseh_azean, @chummy.lummy, @house_of_doorgift, @ohmykerepeks, @_mimiehamdan_ , @captivated_illusion, @d_biz_concept, @qurratulaincouture, @qmanda_boutiquecafe, @qasreenacollection
Kalau rasa agak payah nak beli satu-satu di setiap vendor, boleh terus cari mereka di Zahara Exclusive Melaka. Dekat mana? Dekat ZAHARA EXCLUSIVE MELAKA! ^_^
Terima kasih Encik Deen Nordin (3 dari kanan) dan isteri beliau Puan Siti Afiqah (2 dari kanan) yang sudi mengalu-alukan kedatangan kami ke Butik Zahara Exclusive. Semoga sentiasa murah rezeki, terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan mendatang. Aamiin :)
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Zahara Exclusive
Instagram : @zaharaexclusive
Waktu operasi : 11 am - 7pm
Alamat : No. 16,18 & 20, Jalan KPMB 1,
Kompleks Perniagaan Musai Bestari, Melaka
📞Vendor Enquiry (013-6817715)
Terima kasih sudi baca
Mau borong sakan camtu..banyak vendor n byk pilihan..
ReplyDeletebestnyer - dpt goodist beg lg
ReplyDeletehehe shopping update je trus sampai belog yaya hahaha wah mmg besar betol kedai ni! ok la org melaka pn dh bole shoppg xyah dtg jauh2 ke kl kn :)
ReplyDeletePerghh nampak sipi2 pun dah cantik bagi ena baju kat sini.. kalau datang ke Melaka boleh terjah ni.. Cari baju jubah eheheheh
ReplyDeleteWow..legend perfume ada juga kt cni????senangla nk dapatkan lepas ni....wah bestnya2.. :)
ReplyDelete