Jun 27, 2016

HAIRDEPOT loft | Syurga Penjagaan Rambut





Hai semua! Siapa kat sini ada masalah rambut? Tak kiralah rambut gugur ke, kelemumur ke, kering ke bercabang ke dan lain-lain lagi. Tapi nak buat rawatan rambut menggunakan bahan semulajadi yang tidak memudaratkan? Yes! HAIRDEPOT loft lah jawapannya! 


Masa Yaya pertama kali menjejakkan kaki ke HAIRDEPOT loft yang bertempat di LG311G, One Utama Shopping Center (New Wing), memang kagum dan excited sangat! Pelbagai produk penjagaan rambut di bawah satu bumbung HAIRDEPOT loft. Seronok sangat nak membeli belah produk penjagaan rambut kita. Iyalah. Rambut kan mahkota wanita. Nak juga rambut cantik walaupun bertudung. :p



Untuk pengetahuan semua, HAIRDEPOT loft telah mula beroperasi sejak tahun 2009 dan sehingga kini, terdapat 30 cawangan HAIRDEPOT loft yang telah dibuka demi memenuhi permintaan generasi masa kini yang semakin mengambil berat tentang kesihatan dan penjagaan rambut.


Terdapat 13 jenama produk penjagaan yang dijual di HAIRDEPOT loft iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, HAIRDEPOT, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style dan Farcom Aler. Yang pastinya, kesemua jenama ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.


Nampak tak botol comel putih + pink + biru tu? Itu ialah Deep Nourishing SPA for Head Spa. Bau dia serius lahai wangi gila. Yaya beli tau sebab bau dia memang sedap! Sampai rasa nak makan rambut sendiri je bila pakai. Haha!


Menariknya, terdapat pelbagai sudut yang memudahkan pelanggan untuk terus mencari produk yang bersesuaian di rak yang disediakan. Kemas dan teratur sungguh. Sambil mencari, kita juga boleh mencuba produk tester yang disediakan. Kebanyakan produk sangat berbau natural dan tidak menyakitkan hidung seperti kebanyakan produk penjagaan rambut yang lain. Jom join Yaya dalam misi mencari produk pilihan! Tak sabar nak guna. Hihi


Sebenarnya, Yaya sangat tertarik dengan produk dari MIDORI. Kebanyakan produk dari MIDORI amat bersesuaian dengan Yaya yang mempunyai masalah rambut gugur. Rambut Yaya panjang tetapi agak nipis. Memang sayanglah nak potong kan? Jadinya, produk dari MIDORI ini mungkin sesuai untuk menyelesaikan permasalahan rambut Yaya. :D






Yang lagi best, korang jangan risau kalau buntu untuk mencari produk yang sesuai. Sebab nanti ada amoi cantik yang bertindak sebagai konsultan dan meneliti produk yang paling sesuai dengan masalah rambut kita. Memang seronok! Hee


Bukan setakat untuk rambut sahaja. Produk penjagaan badan pun terdapat disini. Harga? Memang berbaloi sangat! Yang penting, produk di HAIRDEPOT loft menggunakan bahan semulajadi dan selamat digunakan. Yayy!



Di sini juga turut menjual set peralatan untuk penggayaan rambut. Yaya tertarik dengan sikat tu yang mana ianya menggunakan ion technology dalam pembuatannya dan bertindak untuk mengemas, mengalun dan menyihatkan rambut kita. Power oh!




Sekarang ni sedang berlangsung promosi menarik di HAIRDEPOT loft cawangan One Utama sahaja tau! Nak lagi best? Haa tunggu di akhir entri okay :p





Mana satu kita nak beli ni? Rasa nak grab je semua sebab semua memang best sangat khasiatnya untuk rawatan rambut dan kulit kepala. Kalau nak tahu, HAIRDEPOT loft  juga mempunyai peminatnya yang tersendiri khususnya mereka yang sentiasa menitik beratkan penjagaan rambut samada berhijab mahupun tidak.


Produk penjagaan bayi pun ada disini. Memang sesuai sangat untuk si ibu yang mencari produk penjagaan bayi dan dalam masa yang sama memastikan si manja mendapat rawatan yang terbaik dari bahan-bahan yang terbaik. Semuanya ada di HAIRDEPOT loft ! ;)



Hair Milk? Wow sekarang susu pun sudah diinovasikan untuk penjagaan rambut kita. Bau hair milk ni memang sedap sangat pun Yaya rasa nak makan jugak! Hihi






Ehem ehem. Hair perfume? Selalu kita susah nak cari hair perfume yang best kan? Tapi jangan risau. Di HAIRDEPOT loft, terdapat hair perfume yang memang tersangatlah wangi gila. Yang paling penting, selain berfungsi untuk mewangikan rambut ianya juga memberi perlindungan dari sinaran UV, melembutkan rambut, membuat rambut nampak sihat berkilau serta lain-lain lagi. Memang terbaik boh!


Cantik dan unik sungguh botol set penjagaan rambut di HAIRDEPOT loft :D


Jangan lupa tau korang datang ke HAIRDEPOT loft yang bertempat di LG311G, One Utama Shopping Center (New Wing) okay! Jangan malu-malu okay sebab ada konsultan yang comel-comel dan baik hati sedia membantu. Wee!


Antara produk penjagaan rambut yang sempat Yaya grab demi merawat masalah rambut gugur Yaya.  Memang excited nak cuba tau!


Bergambar kenangan bersama rakan blogger yang turut serta dalam misi pencarian produk penjagaan rambut. Hihi

Jom tengok produk penjagaan rambut pilihan Yaya ^_^


1) Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel | RM 66
Gunakan sebelum mencuci rambut. Spray di kulit kepala dan kemudian urut perlahan sehingga semua khasiat itu sebati di kulit kepala kita. Kemudian, tunggu selama 10 minit untuk melembutkan kotoran di kulit kepala sebelum bilas. Digalakkan untuk penggunaan 2 minggu sekali jika mempunyai masalah kelemumur yang teruk. 


2) Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo | RM 48
Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur seperti Yaya. Syampu ini berfungsi untuk membersihkan kulit kepala kita secara semulajadi. Lagi best korang pakai Midori Secret Energy Scalp Peeling Gel dulu dan bilas dengan syampu Midori Secret Energy Hair Growth Shampoo ini. Kalau nak syampu hari-hari pun boleh dan lagi cepat masalah rambut gugur dapat diatasi. Rambut takkan gugur dalam kuantiti yang banyak sekiranya kulit kepala kita dalam keadaan sihat.


 3) Midori Secret Energy Power Tonic | RM 85
Haa ni best tau! Yaya suka sangat. Lepas syampu rambut dan agak-agak rambut dalam keadaan lembap tu, spray kulit kepala korang dengan  Midori Secret Energy Power Tonic ni dan kemudian urut perlahan sehingga rata. Sejuk dan segar je rasa kulit kepala bila pakai Midori Secret Energy Power Tonic ni dan kemudian berhijab dengan pelbagai gaya. Tampil yakin dan segar walaupun berhijab! :D


4) Argan Oil Hair Serum | RM 89

Rasanya semua orang dah tahu mengenai khasiat argan oil yang sudah semestinya tidak dapat disangkal lagi. Selepas lalui ketiga-tiga step diatas, last sekali harus kita sapukan Argan Oil Hair Serum ini di hujung rambut kita. Memang best sangat tau. Ianya merawat struktur hujung rambut yang kering dan bercabang. Selalunya kalau lepas mandi bila kita sikat rambut mesti rambut tersekat kan? Tapi dengan menggunakan Argan Oil Hair Serum ni, rambut kita akan sentiasa lembut oh my Yaya suka sangat. 

Korang nak juga tak Argan Oil Serum ni secara percuma? Haa senang je! Baca perenggan seterusnya! 


Argan Oil Hair Serum Percuma!

Untuk 100 TERAWAL, kalian boleh mendapatkan Argan Oil yang bernilai RM89 ini secara PERCUMA di @hairdepot_my One Utama apabila mengikut langkah mudah iaitu :


2. REPOST gambar ini di Instagram [ klik sini untuk link gambar ]


4. TUNJUK gambar yang telah kalian repost di IG kepada staf @hairdepot_my di One Utama

5. Secara automatik kalian akan mendapat Argan Oil secara PERCUMA! Sah dan terhad untuk 100 yang terawal sahaja sebelum 15 Julai 2016. Jangan lupa datang ke Hair Depot Loft yang terletak di LG, New Wing One Utama untuk tebus Argan Oil sehingga stok masih ada! 

#HairDepotMy #HairCare #Hair #HairTreatment #HairDepotLoft #OneUtama #1Utama


Treat Your Hair Right!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online :

Website : www.kcareshop.com


Instagram : @hairdepot_my

WhatsApp +60122407070

Alamat : LG 311G, 1 Utama Shopping Centre (New Wing) 


Terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. oooo menarik2.. so far guna himalaya je.. sensitif sikit kepala ni tak leh kena chemical kuat sgt.. thanks share info ni..


    Blogwalking sini, jom baca article ini

    Terbaru Mengenai Nofollow Link article...

    ReplyDelete
  2. beznye...xde arah msih blaja lagi...

    ReplyDelete