Jun 9, 2016

Telekung Aleena by Aroneb Concept Boutique & Cafe



Hai korang~! Macam mana puasa hari ni? Okay tak? Alhamdulillah sehingga ke hari ini Yaya masih berpuasa penuh dan juga tak terlepas waktu sahur. Hihi. Terawih sempat pergi tak? Kalau dapat pergi selalu, Alhamdulillah. Tapi kalau tak dapat berjemaah di masjid/surau seboleh-bolehnya kita buat sendiri di rumah ya In sya Allah :)

So hari ni Yaya nak share dengan korang telekung best yang semakin popular siap keluar surat khabar dah tau. Telekung apa? Telekung Aleena keluaran istimewa dari Butik Aroneb. Korang pernah pergi Butik Aroneb di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) tak? Kalau belum pernah pergi, wajib pergi tau! Bukan sekadar butik tapi terdapat cafe sekali. Makanan jangan cakap ler. Semua sedap-sedap dari vendor popular. Milkshake power pun ada. Kalau datang, wajib try okay! Butik Aroneb ni berhadapan Lake Valley je. Kalau nak tahu, owner dia sendiri yang bernama ARONEB tau. Unik kan. Lepas tu owner dia comel sangat. :D


Pernah dengar nama Telekung Aleena? Rasanya dah ramai tahu mengenai telekung ni. Siapa tak tahu tu sila ambil tahu dari entri ni tau! :p Yang sebenarnya telekung ni Yaya hadiahkan untuk ibu Yaya. Pernah haritu iklan Telekung Aleena ni lalu timeline FB ibu lepas tu boleh pulak dia tag kita sedangkan kita memang berniat nak hadiahkan dia ni. So korang boleh bayangkan tak betapa excited ibu Yaya bila Yaya bagitahu telekung ni untuk dia? Ibu seronok gila dan terus dia masak lauk ketam haritu! Muahaha!


First impression? Telekung ni cantik sangat!! Sulaman yang kemas, kain cotton yang lembut dan sejuk serta elok terletak di muka ibu. Ibu Yaya terus transform menjadi semakin comel! Hopefully ibu suka ya :')


Cantik kan sulaman Telekung Aleena? Back to basic, telekung kita semua yang ibu belikan dulu mesti berwarna putih sebelum keluarnya inovasi telekung berwarna-warni. Betul tak? Yaya suka dengan konsep Telekung Aleena yang mengekalkan kain telekung yang berwarna putih. Tapi untuk mereka yang suka warna-warni, jemput scroll dibawah okay Yaya ada sertakan sulaman Telekung Aleena yang berwarna pastel. Cantik sangat jugak! Geram tengok.


Riben ikatan yang comel yang ending dia macam kupu-kupu. Hihi


Ibu tak penyabar dia terus cuba dan try Telekung Aleena ni. MasyaAllah cantiknya ibu saya :'D


See? Nampak kemas, elok dan terletak kan. Memang perfect!


Sulaman di bahagian kepala. Yang penting tidak menyakitkan dahi atau meninggalkan bekas apabila bersujud.


Suka pattern di dagu ni yang menggunakan kain lycra. Senang sesuai dengan semua bentuk muka. Kemasan di dagu ni bersifat stretchable gitu ala ala telekung mahal jenama terkenal. Tapi mengapa bayar lebih? Telekung Aleena kan ada! :D


Ala ibu kita comel sangat! Ibu korang pun mesti comel kalau korang hadiahkan dia Telekung Aleena ni. Mesti dia seronok macam ibu kita juga mesti dia sayang nak pakai tapi mesti dia happy bila dapat buat terawih dengan telekung baru dan cantik untuk beribadah. Kita selalu beli baju cantik je apa salahnya kita beli telekung cantik untuk ibu kita pula? Trust me, mesti mereka happy gila lepas tu muka malu-malu nak senyum dapat telekung. Tak percaya tengok gambar atas ni. Nampak perasaan happy dari mata ibu tu. :')


KEISTIMEWAAN Aleena Telekung Exclusive adalah seperti berikut :
✔️Sulaman Di Kepala Nampak Kemas, Teliti dan Sangat Cantik Lagi Elegant
✔️Kain Tidak Mudah Renyuk
✔️Hujung Tali Telekung ini di Jahit Juga Sulaman Supaya Tampak Kemas
✔️Bahagian Dagu Di Perbuat Kemas dan Menggunakan Bahan Material Kain Cotton Lycra Supaya Bawah Bahagian Dagu si Pemakai Akan Lebih selesa Semasa Solat
✔️Sulaman Telekung ini terdapat di Hujung Bahagian Atas telekung & juga Kain Sarungnya Juga terdapat sulaman yang sama
✔️Harga Sangat Berpatutan Lebih Murah Dari Harga Pasaran ( Harga Pasaran RM200+++)

Cantik kan? Simple But Exclusive dan Sangat sesuai untuk dijadikan Hantaran Perkahwinan, Hadiah, Untuk di bawa ketika mengerjakan Umrah atau anda boleh beli untuk diri sendiri ^_^

Materialnya High Quality Cotton yang sangat sejuk sangat sangat best! Harga yang mereka tawarkan memang sangat berpatutan dan sesuai untuk di miliki oleh semua golongan.



Pilihan warna sulaman Telekung Aleena yang sangat cantik! Nak nangis tengok cantiknya :')


Jom hadiahkan orang tersayang kita dengan pemberian Telekung Aleena. Sesungguhnya tipulah siapa yang tak happy bila dapat hadiah telekung. Rasa deep sangat tau :')


Telekung Aleena ni memang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu kita kerana ukuran muka yang sangat fleksibel. Kebanyakan telekung bermuka kecil kesian ibu kita bila pakai dahi tak kemas. Tapi dengan Telekung Aleena, confirm ibu kita semua akan suka tau! :')


Antara testimoni dari pengguna.



See? Dah masuk surat khabar tau. Semoga Butik Aroneb dan Telekung Aleena semakin maju jaya dan menjadi pilihan semua wanita di dalam dan luar negara. Aamiin. 

Harga promosi : RM 167
Normal Price RM199

Untuk Order Online Boleh hubungi 012-9312419 Segera sebelum TAMAT TEMPOH PROMOTION 

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Telekung Aleena
Instagram : @telekungaleena
‪#‎aleenatelekungexclusive‬

WHATSAPP 012-9312419 - ALEENA EXCLUSIVE

Alamat Butik Seperti Berikut :
ARONEB CONCEPT BOUTIQUE & CAFE
No.9A, GROUND FLOOR,
WISMA PZK, 
JALAN SUARASA 8/3, 
Lake Valley BTHO
Bandar Tun Hussein Onn
43200 Cheras, Selangor

Landmark :
-Sederet TNB Bandar Tun Hussein Onn
-Berhadapan Dengan Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn
-Sebelah Vape Don
-Berdekatan Dengan Poliklinik @ Hospital Azzahra (Soon)
-Berdekatan Dengan Masjid Besar Bandar Tun Hussein Onn (Walking in Distance)



Terima kasih sudi baca

1 comment:

  1. suka warna putih. nmpk pn selesa kain ni

    ReplyDelete