Hai korang! Siapa kat sini peminat makanan Thailand? Haa ni Yaya nak perkenalkan kat semua antara makanan Thai yang sangat-sangat unik yang disajikan di Mr Tuk Tuk. Yang Yaya pergi ni di cawangan Sunway Pyramid. Baru sangat dibuka dan sudah mula beroperasi dari Jun 2016.
Menariknya, dekorasi dan hiasan dalaman Mr. Tuk Tuk ni memang tersangatlah cantik dan membuatkan pengunjung lebih berselera gitu. Mana taknya, kesemua susun atur sangat sesuai untuk mereka yang suka bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan dalam jumlah yang ramai. Memang syok ah! Meh Yaya tunjuk kat korang hiasan dalaman Mr. Tuk Tuk ini ya! ^_^
Cantik sangat kan?
Ok sekarang jom kita berkenalan dengan pelbagai sajian top yang menjadi pilihan pelanggan yang datang ke Mr. Tuk Tuk ini. Yang penting, memang sungguh sangat menyelerakan!
Set Menu 2 | RM 17.80
Set Menu 2 ini dihidangkan bersama Ayam Pandan yang sangat wangi , Kerabu Mangga Thai, Fish Fillet yang rangup digabungkan bersama nasi dan sos Thai. Memang terangkat beb!
Tom Yam Fried Rice | RM 8.80
Ini memang favorite semua orang! Memang sedap sungguh tau Nasi Goreng Tom Yam ni. Portion pun banyak boleh makan untuk 2 orang. Rasa keaslian Nasi Goreng Tom Yam ni memang membuatkan kita rasa seperti berada di Thailand. Memang kaw.
Fried Chicken Wings | RM 8.80
Nampak seperti ayam goreng biasa tapi siapa sangka rakan Yaya siap request plate yang kedua. Kepak ayam goreng ini memang sangat garing dan terasa rempah asli masakan Thailand. Hee
Chicken Tom Yam | RM 8.80
Sesungguhnya Yaya memang seorang peminat Tom Yam. Kalau demam ke, takde selera makan ke, beli je tom yam kat Yaya. Confirm akan terus berselera. Begitu juga dengan Tom Yam Ayam di Mr. Tuk Tuk, memang sangat sesuai untuk peminat Tom Yam merasai sendiri Tom Yam resepi asli dari Thailand. Penuh isi dalam tu, memang ada umphh!
Thai BBQ Lamb | RM 11.80
Hoyeah. My favorite ever! Thai BBQ Lamb ini membuatkan Yaya tak sabar nak datang lagi. Kalau pergi Sunway Pyramid memang nak order lagi Thai BBQ Lamb ni. Diperap denagn sos istimewa, rasa kambingnya memang sangat enak, daging pun lembut dan empuk sangat. Rasa manis-manis perapan tu yang buat Yaya suka sangat. Very recommended untuk peminat kambing macam Yaya. Hehe
Thai Special Platter | RM 23.80
Kalau tak minat kambing tak apa sebab ada hidangan ayam! Hihi. Untuk Thai Special Platter, ianya termasuk Kerabu Betik, Sate Thai, Keropok udang dan juga Ayam Madu dan spring yang sangat sedap bila dicicah dengan kuah sate tu.
Tom Kha Chicken | RM 8.80
Yaya first time cuba Tom Kha Chicken ni yang rasanya ala-ala Green Curry gitu. Boleh pilih samada nak Ayam ataupun Seafood. Yang pasti, memang unik rasanya. Ada rasa santan dan manis-manis pedas. Hehe
Fried Glass Noodles | RM 8.80
Pencinta suhoon atau suka makanan yang tak pedas? Haa korang boleh cuba Fried Glass Noodles ni. Tak payah kunyah lama-lama boleh terus telan. Unik sangat ni apabila dihidangkan panas-panas. Tapi hati-hati tau jangan terpegang besi dia. Melecur nanti macam Yaya. Tak perasan masa terpegang tu. Hahaha
Thai Crispy Fried Kangkung | RM 9.80
Fuhh layan tau makan Kangkung goreng crispy ni. Memang rangup dan layan sangat. Macam makan keropok tapi sebenarnya sayur. Untuk yang tak suka sayur kalau korang makan ni mesti terus suka sayur. Hehe
Phat Thai | RM 8.80
Howaaa. Ni memang favorite Yaya juga. Rasa nak bungkus bawa balik sebab sedap sangat la. Memang citarasa Yaya. Kueytiow halus digoreng kering sedikit which is memang my favorite yang goreng kering ni lepas tu digaul bersama serbuk pedas dan bahan-bahan lain disekelilingnya. Memang recommended sangat ni. Aaa nak makan lagi!
Thai Pomelo Salad | RM 11.80
Dah lama tak makan buah bali. Siapa sangka buah bali juga boleh dijadikan salad. Memang unik betul makanan dan resepi dan Thailand ni. Buah bali itu digaul dengan kacang, udang kering, bawang, daun bawang, daun sup, sos istimewa dan lain-lain.
Lab Khai | RM 9.80
Kebanyakan hidangan hidangan Thailand berasaskan sayur-sayuran. Nak rasa ulam-ulaman versi Thailand yang dimakan bersama kerabu ayam? Memang unik dan menarik. Yang bestnya, Kesemua ulam dan sayur-sayuran sangat segar dan rangup!
Fresh Whole Coconut | RM 9.80
Menu minuman yang wajib untuk semua restoran Thai. Air kelapa fresh! Hee macam-macam menu minuman di Mr. Tuk Tuk ni. Ada juga jus tembikai yang sangat sedap tau. Tapi paling legend mestilah Teh Ais Thailand. Susah nak dapat kat gerai biasa. Hee
Tako | RM 6.90 dan Mango with sticky rice| RM 7.90
Kalau teringin nak kuih tako yang ala-ala tepung pelita dan Pulut Mangga Thailand, tak payah susah-susah nak tunggu bulan puasa atau hari tertentu. Hari-hari ada hidangan ini di Mr. Tuk Tuk tau! Sedapnya!
Credit : www.kiflimally.com
Water Chesnut (Red Ruby) in Coconut Cream | RM 7.90
Yaya tak sempat nak rasa hidangan ini sebab lari pergi surau kejap. Yang pastinya semua kata sedap sangat. In sya Allah nanti bila pergi Mr. Tuk Tuk lagi Yaya akan order ni dua mangkuk! Hihihi
Credit : www.kiflimally.com
Nak kelainan yang lain yang lagi unik? Haa korang kena cuba Green Curry Ice Cream, Tom Yam Ice Cream dan Thai Ice Tea Cream yang mana rasanya sangat unik tetapi dalam versi sejuk. Fuhh kalau datang sini, Jangan lupa cabar diri sendiri untuk cuba ketiga-tiga aiskrim ni okay! ^_^
Antara menu lain yang dihidangkan di Mr. Tuk Tuk. Memang sangat pelbagai untuk mereka yang suka nak cuba macam-macam menu makanan Thailand. Yang pastinya, harga untuk setiap hidangan adalah sangat berbaloi tau!
Jangan lupa datang ke Mr. Tuk Tuk di Sunway Pyramid tau korang! ^_^
Mr. Tuk Tuk
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid
(opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738
Facebook: www.facebook.com/mrtuktuk
Instagram: @mrtuktuk_my
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid
(opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738
Facebook: www.facebook.com/mrtuktuk
Instagram: @mrtuktuk_my
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment