Jul 31, 2016

Western Murah di The Humble Chef, Bukit Damansara



Mesti pernah dengar restoran The Humble Chef ni kan? Famous molek dah dengan western dia yang murah, sedap dan unik! Bertempat di Bukit Damansara, The Humble Chef menyajikan hidangan dengan harga bermula dari serendah RM2.50!


Amboi kedai cantik cenggini takkan murah sangat? Tak percaya? Depa dah lekat elok menu dan harga kat cermin pintu masuk okay. So tak payah ragu-ragu nak cuba makanan kat sini. Hihi


Antara menu berhantu yang disajikan dengan harga terendah :) 
*harga mungkin berubah mengikut pasaran harga semasa


Sekitar pemandangan di The Humble Chef. Sangat selesa untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Nak sambut birthday kat sini pun boleh! Hee





Hello! Jom kita cuba antara menu menarik yang mendapat banyak permintaan dari pelanggan. Hehe


Mushroom Soup - RM5.00

Rasa sup cendawan yang lain dari yang lain dengan campuran herba istimewa. Untuk mereka yang suka kelainan, boleh cuba mushroom sup disini. 


Laksa Goreng - RM6.00

Omagosh! Favorite! First time dalam hidup cuba laksa goreng. Kenyal-kenyal yang sangat mengasyikkan. Yang penting, rencah semua memang cukup dan sedap! Wajib cuba!


The Humble Chef Sandwich - RM3.00

Pun wajib cuba! Daging lembu / daging ayam yang dicincang diolah bersama cendawan, daun salad dan juga telur dan kemudiannya di apit oleh roti bakar rangup panas-panas masuk mulut nyum nyum serius sedap!



Spaghetti Bolognese - RM5.00

Bagi peminat spaghetti, pernah dapat tak harga cenggini dalam kedai cantik? Confirm memang takkan dapat melainkan di The Humble Chef! 


Lamb Chop - RM20.00

Masterpiece! Serius sedap sangat sangat dan Yaya sangat rekomen kat korang untuk cuba Lamb Chop Spaghetti ni. Dapat dua keping daging kambing lepas tu makan bersama sos istimewa yang seriously sedap. Berbaloi dengan harga. Kenyang sampai esok. Hihi


Maka tak hairanlah orang ramai sanggup beratur menanti hidangan mereka kerana sesungguhnya dengan portion yang banyak dan dengan harga yang murah, Yaya pun sanggup beratur lama sebab memang confirm sedap seperti kebanyakan orang bagitahu. Nak dating secara bajet tapi engko takmo kalah nak juga makan western? Jemput datang ke The Humble Chef dan bahagiakan pasangan korang. Hihi


Untuk maklumat lanjut :

RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)

Instagram: @mrhumble

Telefon:
014-229 6854 (Rosman)

Kredit foto : Yanty | Uzu

Terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. sedappp tuuu yaya..hehe..selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

    ReplyDelete
  2. first time dgr nama kedai ni.. hehe.. boleh tahan juga harganye yer... kalau ada kesempatan insyallah boleh singah rasa masaakan nye mcm mana..

    ReplyDelete
  3. mujur perut dh kenyang br bc entry ni...kalau takkkkk...haaa >_<

    ReplyDelete