Aug 10, 2016

Ceriakan hari anda dengan wangian Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette


Hai semua. Siapa kat sini pencinta minyak wangi? Yaya sendiri salah seorang pencinta minyak wangi tau! Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tak pakai perfume. Hihi. Sekurang-kurangnya ia memberikan keyakinan kepada diri kita untuk berhadapan dengan masyarakat. Tapi please jangan pakai wangian yang kuat dan memeningkan kepala mereka yang berada di sekitar kita ye ^^'


Yaya nak suggest kat semua perfume best dari Mary Kay iaitu Upbeat for Her Eau de Toilette. Kenapa Yaya suka perfume ni? Bau dia sangat lembut dan wangi serta boleh bertahan untuk tempoh setengah hari walaupun kita banyak melakukan aktiviti harian. Selain itu, yang paling penting sekali, kalau kita tengah tiada mood, bila pakai perfume ni confirm mood akan ceria semula tau! Wee!


Kalau nak tahu, tagline untuk Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette ialah "Fragrance For The Music". Uniknya, ia diinsprisikan untuk mereka yang gemarkan muzik dan untuk mereka yang sentiasa ceria dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian. Tengok sahaja pada botol kacanya yang comel dan juga warna kotaknya yang ceria ini.


Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette

Nak dapat bayangan bagaimana bau Upbeat ni? Yaya akan bagi 3 jenis notes yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua ;)

Opening Notes   
Gabungan bauan beri merah, epal segar dan juga aprikot yang mana memberi sensasi bauan yang lembut dan sangat unik.

Middle Notes 
Juga dipanggil sebagai backbeat, gabungan jasmine rose, muguet dan wild honeysuckle menghasilkan bau bungaan lembut dan memberi efek ceria kepada si pemakai. Kalau dengan muzik dalam kereta, bahu kita pun boleh bergoyang tau! Hihi 

End Notes
Boleh juga dipanggil sebagai finishing, gabungan patchouli, skin musk, amber dan juga agarwood memberikan mood yang positif kepada si pemakai. Walaupun ia wangian khusus untuk perempuan, Yaya percaya kebanyakan lelaki juga akan sukakannya kerana terdapat aroma kayu-kayuan. Kalau nak tahu kan, Shawn pun suka tau bau ni. Sibuk juga dia nak pakai perfume kita ni. XD


Yang pastinya, Yaya sangat suka dengan perfume Upbeat ni. Sangat membangkitkan mood pada setiap pagi apabila Yaya sembur di titik utama nadi. Bila rasa boring je, mesti rasa nak cium pergelangan tangan sendiri untuk menikmat bauannya yang sangat segar dan menceriakan. 


Mary Kay Upbeat for Her Eau de Toilette kini boleh didapati mulai 1hb Julai 2016 pada harga RM89 sahaja untuk 60ml. Untuk perfume yang sangat wangi ini, Yaya rasa sangat berbaloi okay! 


Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi Perunding kecantikan bebas Mary Kay di talian 03-77117500 dan layari www.marykay.com.my untuk pembelian secara atas talian. Paling penting sekali, jangan lupa LIKE facebook page Mary Kay untuk mengetahui info terbaru! https://www.facebook.com/MaryKay.com.my/



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment