Aug 30, 2016

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick





Perkenalkan dari kiri Always Apricot, Powerful Pink, Rich Truffle dan juga Poppy Please. 'Mereka' semua ialah barisan lipstik hebat dari Mary Kay iaitu Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick yang sangat best dan kini menjadi kegemaran Yaya. ^_~


Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick baharu ini mempunyai 8 jenis warna yang semuanya tersangatlah cantik. Rambang mata sungguh kalau korang tengok lagi-lagi buat pengumpul lipstik termasuklah Yaya sendiri. Siapa kata lipstik tak penting? Sekurang-kurangnya ia membantu menaikkan lagi warna pada wajah kita bagi nampak bermaya. Tak adalah pucat lesi kan. ;)


8 Jenis Warna Menarik Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Cantik sangat kan semua warna ni? Kalau kita tengok kebanyakannya bermain dengan warna nude. Sekarang pun memang tengah trend lipstik dengan warna nude. Nampak sweet dan elegan gitu. Hee


Korang ada masalah bibir kering walaupun dah minum segelen air? Jangan risau sebab lepas ni korang boleh pakai lipstik tanpa membuatkan bibir menjadi kering kerana Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini bersifat "Cushion Matrix Technology" yang mana ia menggunakan formula dan teknologi yang halus untuk memastikan warna lipstik di bibir kekal untuk jangka masa yang lama. Ianya juga bersifat ringan supaya warna lipstik sentiasa kelihatan cantik dan kekal menarik.


Nak tahu apa lagi best? Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini juga mengandungi khasiat minyak bunga matahari dan jojoba yang mana ianya bertindak untuk mengekalkan kelembapan bibir apabila kita memakai lipstik. Jujur kata, memang selepas memakai Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick ini, bibir Yaya dah tak kering macam selalu. Excited gila! :D


Jom tengok apa hasilnya apabila Yaya mencuba 4 daripada 8 koleksi Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick. 





Always Apricot ni memang cantik dan sesuai untuk digayakan ke majlis santai pada siang hari. Nampak manis dan ceria dengan warna nude bercampur oren lembut.


Powerful Pink. Fuhh memang power betul warna pink dia. Mula-mula pakai rasa macam berubah karakter Yaya. Haha! Maklumlah Yaya tak biasa dan tak berani pakai warna pink terang macam ni. Tapi bila dah pakai, eh cantik pulak. Lagi cantik kalau kita pandai mix kan dengan warna lain. Lagi kebabom jadinya. Hee


Rich Truffle. Omg suka gila warna ni. Warna nude dia cantik sangat! Nampak seperti warna coklat gelap tapi bila pakai di bibir memang sangat cantik hasilnya. Humble dalam masa yang sama nampak manis. Gituhh :p


Poppy Please. Kalau orang Melayu panggil warna merah Mak Ngah. Memang berdebar masa pakai ni takut tak sesuai je dengan Yaya. Masa dah pakai tu stuck 2 saat jap. Hahaha cantik okay warna merah dia! Kalau ada dinner memang sesuai pakai Poppy Please. Nampak seksi dan berani. Awrrr


So korang rasa yang mana satu warna pilihan Yaya? Semuanya memang cantik dan jujurnya Yaya akan pilih warna Always Apricot dan Rich Truffle untuk dipakai selalu kerana karakter Yaya pun memang nude begitu. Haha. Yaya memang suka warna lembut dan warna pastel. Hee


Tapi apa salahnya cuba lain daripada yang lain kan? 


Poppy Please maybe? :p


Mary Kay Gel Semi- Matte Lipstick kini telah dijual mulai 1 Ogos 2016 lalu dengan harga RM55. Boleh terus berhubung dengan perunding kecantikan Mary Kay di 03-7711 7500 atau layari www.marykay.com.my untuk maklumat lanjut. Koleksi wajib untuk semua wanita okay! :D



MARY KAY 2016 DREAM BEAUTIFUL CONTEST



Pertandingan Mary Kay 2016 Dream Beautiful kini telah bermula dari 1 Julai 2016 lepas sehingga Mac 2017 tahun hadapan. Pertandingan ini dijangka menarik ribuan pasangan (model/talent dan perunding kecantikan bebas Mary Kay) dari sembilan buah negara di Asia Pasifik, termasuk Australia , China, Hong Kong , Korea, Malaysia, New Zealand , Filipina , Singapura, dan Taiwan. Mereka yang layak ke pusingan akhir berpeluang mendapat tajaan penuh ke Hong Kong dan berjumpa dengan mereka yang ternama. Tahniah kepada pemenang akhir Mary Kay Dream Beautiful Contest 2015 iaitu Corvina Chong yang merupakan wakil dari Malaysia. Yaya ada bercerita mengenai kemenangan beliau pada bulan Mac lalu. Jemput baca DISINI


Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jangan lupa untuk melayari www.mkdreambeautiful.com dan berhubung dengan perunding kecantikan Mary Kay anda di talian  03-7711 7500 . 



Untuk maklumat lanjut :

Website : 

Facebook :


No Telefon :
 03-7711 7500 


Terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. cantik color lipstik ni.. dkna baru cuba2 guna lipstik color light..selalu duk sapu kat bibir color garang dan terang jer..hahaaa

    ReplyDelete
  2. memang hebat2 produk mary kay ni...

    ReplyDelete
  3. liz suka warna apricot dan warna2 nudes. shades tu mesti suka.

    ReplyDelete
  4. Thank u for your review darling! For you readers who'd love to try these Gel lipsticks or other Mary Kay products, I am an independent Beauty Consultant based in Gombak area, Selangor and Kuala Terengganu, Terengganu. You may contact me Hanis at 0193271725. THANK YOU!

    ReplyDelete
  5. Bestkan lipstick ni.. Jom sape y berminat bley dapatkan dari saya juga
    Beauty Consultant Mary Kay
    >>Isma- 013-6630396
    Nak try dulu pn boley.. wee...

    ReplyDelete
  6. cantik kaler-kaler lipstick :)

    ReplyDelete
  7. cantik kan warna2 dia.. ladies!! sapa yg berminat bole dapatkan dgn saya - independent beauty consult mary kay- emma 0134327915 (area kuala lumpur, selangor, kedah, perlis, penang ) :*

    ReplyDelete