Hai Korang! Suka shopping barang kecantikan Korea? Kagum dengan teknologi Korea dalam penghasilan barang penjagaan dan kecantikan? Samalah kita! Tapi Yaya beli online je tanpa terbang ke Korea. ^^v
Woot woot! Sampai depan rumah dah! Teruja betul bila tengok alamat penghantar dari Seoul Korea. Termasuk ni, dah dua kali Yaya buat pembelian barang kecantikan dari Korea secara online.
Istimewanya kali ni, Yaya beli dari laman sesawang produk kecantikan yang sangat terkenal iaitu Althea Korea. Jom tengok isi kandungan kotak comel ni.
Tadda!~~~ Seronok gila bila tengok bungkusan yang comel-comel ni! Sayang kita nak pakai! >.< Meh Yaya kenalkan satu-satu produk yang Yaya beli di Althea Korea ;)
Innisfree (No-Sebum Blur Primer)
RM 59 now RM 34 only!
Ianya berfungsi untuk menjadikan kulit muka lebih licin dan cerah serta menutup kesan cela dan liang pori yang terbuka sebelum mengenakan sebarang alat solek. Yang bestnya, ianya juga boleh menutup dan meratakan tekstur kulit serta kedutan halus supaya solekan kita tak pecah. Very recommended!
Ruby & Bulgarian Rose Eye Patch
RM69 now RM35 only!
OMG ni memang best gila korang kena try! Ada gel dan eye patched untuk korang pakai dibahagian bawah mata. Tekstur hidrogel yang sejuk dan berbau bunga ros membantu menenangkan kulit yang letih dan mengurangkan eye bag di kawasan bawah mata. Yang bestnya, ia memberi kelembapan dalam jangka masa yang lama (30-40 minit) dari eye patched yang selalu ada di pasaran. Wajib cuba! :p
Premium Metal Snow Mask
RM18 now RM7 only!
Mask yang macam robocop ini sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kulit yang kusam serta keletihan. Pakai sebelum tidur confirm esok pagi bangun muka rasa segar dan glowing! Hihi. Ramai bagi feedback yang bagus untuk mask ni. So korang pun kena cuba okay!
Black Block Set
Harga untuk set Black Block + Pore Brush ini ialah RM37
Tahu tak sabun warna hitam dari Korea ni bagus? Dia macam magic juga. Boleh buat jerawat di muka surut dalam beberapa hari je. Dulu famous sabun ni lepas tu dah tak tahu mana nak cari. Punyalah Yaya seronok sebab ada jual kat Althea Korea! Sabun ni best sebab ianya berasaskan Charcoal atau arang tapi dalam versi yang lebih lembut. Bau dia pun best je takdelah busuk ke apa sebab menggunakan bahan semulajadi. Memang suka sangat siap potong kecil-kecil sebab takut habis cepat. Hahaha. Paling best lepas cuci muka kita akan rasa bersih sangat, lembut, segar dan langsung tidak mengeringkan kulit muka. Wee
Nampak tak Pore Brush tu? Punya halus bulu dia sampai lebih halus dari rambut sebab ianya berukuran 0.045mm! Berfungsi untuk membersihkan kulit mati yang tidak boleh dicapai oleh jari kita sendiri. So memang totally dia akan bersihkan kulit muka kita secara mendalam. Yang bestnya, bulu berus ni tersangatlah halus dan sangat lembut untuk kulit muka kita.
Angel Factory Under-Arm Perfume Peeling Pads
RM16 now RM6.50 only!
Yaya pun tak tahu kenapa Yaya ambil ni sebenarnya hahaha. Mungkin sebab pek dia comel lepas tu ada promosi beli 4 pek dengan harga RM26. Tapi sekarang lagi best ada promosi untuk setiap satu pek dengan harga RM6.50 je huhu. Okay kalau nak tahu, ianya berfungsi untuk mencerahkan bawah lengan, membuang sisa daki yang terlekat di bawah lengan, menyahkan bau yang kurang enak serta melembutkan kulit bawah lengan korang. Ada 3 step tau masa nak guna, mula-mula korang lap dulu dengan Mesh Pad untuk membuang sisa daki, lepas tu lapkan pula dengan Soft Pad untuk melembutkan kulit dan kemudian sapukan krim White Cream di bawah lengan korang. Siap!
Elizavecca Pore Solution Super Elastic Mask Pack
RM9 now RM5 only!
Merawat wajah dalam 3 langkah iaitu Melembabkan, Menutrisi dan juga Mencerahkan. Cuma ikut 3 langkah mudah yang diberikan dan pakai selama 15 minit. Hasilnya, kebabom! Muka akan rasa lebih segar dan bermaya.
Unik kan? Nak tengok cara nak pakai? Rujuk gambar di bawah ya ;)
Sumber : Althea Korea
Bestnya shopping di Althea Korea! Tak payah susah-susah naik flight nak pi Korea semata-mata nak beli barang penjagaan diri disana. Online lagi senang! Yayy! ^_^
Yang bestnya, penghantaran pun percuma tau!
Nak dapatkan rebat RM30 apabila mendaftar untuk kali pertama? Klik link https://my.althea.kr/customer/account/create ini dan selamat bercantik-cantik! Wee ^_^
I love Althea Korea! Sayang awak sangat! Happy Birthday okay! Muahh! Sorry kita lambat wish kita busy kahwin. Sob sob.
Jangan lupa layari Facebook Althea Malaysia dan website Althea di http://my.althea.kr/ tau korang! Memang meroyanlah kalau dah buka website dia. Happy shopping!
Terima kasih sudi baca
so cute yaya! fara pon dah cuba brg Althea.. best :D
ReplyDeleteAnnyeong! I'm Mell from Althea. That's a sweet haul you had. Thanks for you support!😘
ReplyDeletex, 멜 (Mell)